Pernahkah kita terfikir, apa sebenarnya yang kita cari di dunia ini?
Ataupun kita sendiri masih blur apa sebenarnya yang kita kejar selama ini.
Ada orang kehidupannya berkisarkan tentang belajar. Cermin mata "berkuasa tinggi" yang melekap dimatanya menggambarkan dia adalah pelajar yang sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap kuiz, assignment, lab, test mahupun exam. Aktiviti lain selain belajar atau mambaca hanyalah membuang masa, termasuklah aktivi kokurikulum.
Kehadirannya di kafe, kelas, mahupun dimana-mana sahaja sentiasa menimbulkan kegugatan dan ancaman kepada pelajar-pelajar lain yang melihatnya kerana buku sentiasa di tangan. Bila hari peperiksaan tiba, hanya alat tulis dan kad matrik yang menemaninya.
Buku atau nota semuanya ditinggalkan di bilik. Muka tenang bersahaja menambahkan lagi tekanan kepada pelajar-pelajar lain yang tengah sibuk membelek buku teks setebal 800 muka surat memanfaatkan masa-masa terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Seperti yang dijangka, apabila result peperiksaan diumumkan, keputusannya adalah 4 flat.
Dia mungkin berjaya dalam kehidupannya sebagai pelajar, tetapi itu kejayaan itu tidak menjanjikan pekerjaan yang baik. Barangkali selepas tamat pengajian, dia hanya menanam anggur (menganggur) kerana tewas di medan temuduga. Maklumlah, dalam temuduga tidak ada soalan differential equation, atomic orbital mahupun lewis structure.

Justeru, adakah kehidupannya hanya semata-mata untuk belajar?
Adapula orang yang kehidupannya tentang mengejar wang. Sehingga dikenali ramai orang sebagai seorang yang berwang. Kata-kata semangat : " Money is Everything " ditampal di segenap dinding bilik menyemarakkan lagi dirinya untuk berusaha keras mencari wang setiap hari.

Syarikat besarnya yang mengandungi beribu-ribu kakitangan semuanya di dalam kawalan. Tapi isteri seorang dan anak dua tak mampu dikawalnya. Anak merayap entah ke mana, isteri pula asyik nak cari gaduh apabila dia pulang ke rumah.
Jadi, adakah " Money is Everything" ?
Justeru, apa yang dikejar sebenarnya di dunia ini?
Apa yang ada sebenarnya pada 4 flat? Apa yang ada sebenarnya pada wang?
Di situ ada kebahagiaan.. ya, kebahagiaan ataupun ketenangan... itulah yang kita semua kejar di dunia ini sebenarnya.
Tidak hairanlah ada orang yang merogol perempuan berkali-kali tanpa ada perasaan bersalah mahupun takut. Kerana baginya merogol itu satu kebahagiaan.
Tidak hairanlah ada orang yang sanggup "bermesej-mesesan" dengan balak atau ceweknya sampai pukul dua tiga pagi tak tidur-tidur lagi. kerna itu adalah satu kebahagiaan baginya.

Tidak hairanlah ada orang yang ditelinganya sentiasa terlekap earphone mendengar gratisan muzik setiap hari...Kerana mendengar muzik itu adalah sesuatu yang membahagiakan bagi dirinya..
Tetapi adakah semua tindakan yang kita cipta untuk membahagiakan diri kita ini benar-benar membahagiakan?
Selama manakah kebahagiaan itu berkekalan?
Ingat!
di hujung nanti kita cuma ada dua penghujung. 1 membahagiakan manakala 1 lagi menyiksakan.
Justeru pastikan segala kebahagiaan yang kita cipta akan turut menjurus kepada kebahagiaan "di sana" kelak. Tidak berguna rasanya untuk menikmati nikmat sesaat sedang sengsara selama "infinity of time"..
Sesugguhnya Allah SWt telah berfirman :
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati allah itu,tenang tenteramlah hati manusia" (Ar-Ra'd:28)
Read more...