Tuesday, November 10, 2009

"kenalan" di alam maya...(Part 1)

Wujud kah "sahabat" di di dunia maya?

Si A :hye
Si A :Bz ke?
Si B :Hye..urm..x pown
Si A :bley kenal?
Si B is typing a messege..
Si B : bley jew...
..............................................................................................................................................

you have friend request from...
..............................................................................................................................................


Demikianlah kalam-kalam yang kebiasaannya terpamer-pamer di dada-dada monitor insan yg larut di ulit ym, google talk, friendster,myspace, facebook dan sosial network-sosial network yg sewaktu dgnnya. Tambahan pula bagi insan yang baru menjebakkan diri ke arena ini.

Sedar x sedar koleksi 'kenalan' sudah mencecah ratusan insan. Sehingga kadang-kala kita sendiri lupa siapakah insan yg berada di dalam friend list kita (padahal bukan main kencang lagi kita bersembang dengannya di awal-awal dulu).

Mungkin inilah hakikat 'kenalan'. Lain sekali dgn hakikat 'sahabat'. Barangkali majoritinya insan yang berada di dlm friend list rata-ratanya adalah 'kenalan' walaupun senarai itu adalah 'senarai sahabat'. Kerana apa?

Kerna Mereka hanyalah tempat pelepas boring. (dalam pada yang sama kita pun menjadi tempat pelepas boring di dalam friend list orang lain).

Kononnya gembira berbual bersama diawal-awal dahulu, saling mengenali, berjenaka, berkongsi pendapat dan masalah, meluahkan perasaan dan sebagainya sedang kita x pernah semesra itu dgn 'sahabat' kita yang hadir di dunia nyata.

Lama kelamaan tempat pelepas boring mula memboringkan. Frekuensi kekerapan berchatting bersama mula berkurang dan beralih kpd 'kenalan' yg lain. Cuma sekali sekala bertegur sapa, itu pun x kala 'kenalan-kenalan' yang lain offline. Ye la kan, kan tgh boring waktu tu? Rasa nikmatnya chatting di awal-awal dulu semakin hambar. Topik-topik perbualan yang menggunung tinggi suatu masa dahulu sudah habis dibicara. Akhir sekali sampai dah x tahu nk buat apa dgn si 'kenalan' lantas dibiarkan sahaja "berhabuk" di friend list.

Sekiranya difikir-fikirkan kembali, wujudkah 'sahabat' di alam maya ini?
(tidak termasuk sahabat dari dunia nyata yg kita add kedalam friend list kita kerana penulis beranggapan mereka sememangnya sahabat
. Maksud penulis adalah kewujudan sahabat drpd kalangan orang asing yg kita add dr chat room @ friend request)

6 comments:

KiTa_KaWaN November 13, 2009 at 10:55 AM  

segala yg indah kini semakin menjadi plastik..persahabatan yang indah jua menjadi sesuatu yang tidak indah lagi..

satu persatu nikmat Allah tarik daripada kita..

huhu..sedih..

moga ada baiknya

Pedot November 19, 2009 at 8:00 AM  

sungguh menusuk kalbu artikel ni...
huhu!!

fityah91 November 19, 2009 at 9:28 AM  

thanks pedot coz sudi ziarah blog aku..jazakallah taufiq 4 ur comment (^_^)

neopentene December 12, 2009 at 8:29 PM  

Salam dik Lukman
Setuju dengan apa yg adik tulis tu...rasanya, mejoriti yg 'gila' berchatting atau yg gemar berkawan dengan sahabat maya ni mengalami situasi yang sama (ana pun). Tapi, Alhamdulillah, dalam ramai2 tu, terselit juga beberapa kenalan yang sefikrah dengan kita, apa yang ana boleh cakap, mungkin dapam 100 orang kenalan maya yang ana kenal, mungkin 3 daripadanya adalah orang yang sefikrah. Alhamdulillah, ada juga tempat untuk meminta nasihat.
Apa yang ingin ana sampaikan kat sini?
Sebenarnya, yang penting, macamana kita 'bawa' cara kita bercakap dengan dia tu...kalau kita mula perbualan dengan perkara2 yang berfaedah, insyaALLAH, 'kenalan' dapat bertukar menjadi 'sahabat'.insyaALLAH.
cuma....pesan utk diri sendiri dan semua yang membaca ni, walaupun di alam maya, kawan2 kat tepi kita x tahu apa yang kita duk bincnag dengan kenalan maya tu, yang penting, kita kena ingat, ALLAH SENTIASA TAHU =)

fityah91 December 14, 2009 at 7:17 PM  

"Sebenarnya, yang penting, macamana kita 'bawa' cara kita bercakap dengan dia tu...kalau kita mula perbualan dengan perkara2 yang berfaedah, insyaALLAH, 'kenalan' dapat bertukar menjadi 'sahabat'.insyaALLAH."

(^_^) insyaallah..

Zinedine Zaiddin August 18, 2011 at 8:37 PM  

aku pun baru je filter out mana2 yang nak kata kenalan pn xleh dah. sebab jarang sangat berinteraksi. sekarang ni mana2 yg aku check mcm x idup je profile dia mmg terpaksa remove, dan kalau yg add tu sampai beratus-ratus mutual fren pn terpaksa biarkan pending...

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP