Sunday, March 21, 2010

Penangan Facebook




Belakangan ini hatiku amat terganggu. Seolah-olah ia semakin keras. Membuatkan setiap amalan yang aku lakukan terasa begitu tawar, hambar dan gersang. Aku cuba mencari di mana silapnya. Barangkali kerana terlalu banyak masa kuhabiskan dengan perkara lagha.

Terlalu asyik berfacebook!

Sehinggakan facebook lebih kusukai daripada membaca al-quran. Pantang ada masa lapang, pasti nak online. Sedangkan banyak lagi perkara berfaedah boleh dilakukan untuk mengisi kelapangan itu. Sampaikan sambil study pun nak online. Kalau boleh sepanjang masa nak online. Mangsanya laptop kawanku kerana aku masih tak punyai laptop. Hebatnya penangan facebook ni.

"Perkara ini tak sepatutnya berlaku kepada diri yang mengaku dirinya seorang daie ! Di mana mujahadah ala nafsihi (mujahadah dalam melawan nafsu)? Di mana haarithun ala waqtihi? " bentak hatiku yang mulai resah dengan fiilku.Takut-takut kelaghaan yang sedang kulakukan ini adalah dosa. Teringatku akan satu sabda Rasulullah SAW :

"..dosa adalah sesuatu yang menimbulkan resah di hatimu dan kamu benci jika ia dilihat orang"
(hadis riwayat Muslim).


Tidak kunafikan banyak juga perkara yang boleh aku manfaatkan untuk dakwah dalam laman sosial ini, sayangnya aku masih gagal berbuat demikian malah aku pula yang dimanfaatkan. Begitu banyak masa terbuang dengan perkara sia-sia. Ah, runsingnya hatiku!

Sirah menukilkan kisah seorang sahabat yang dilalaikan kebunnya dari mengingati Allah. Lalu dijual kebun itu agar dia bisa kembali mengingati Allah dengan sepenuh hati.

Pernah juga tercetus dibenakku untuk memansuhkan akaun facebook ini sepertimana pernah kulakukan pada akaun Tagged dulu, tapi kali ini aku tak berdaya. Perasaan takut kehilangan beberapa "kenalan" dan ratusan "sahabat" yang ditemui kembali setelah lama terpisah menghalang diri ini daripada berbuat demikian.

Sugguh aku tak berkekuatan untuk memansuhkan akaun facebookku. Dan aku juga sering tewas dalam melawan "nafsu facebook" ini.

Apa yang perlu aku lakukan?

"Ya Allah, kauberikanlah kukuatan dalam diri ini dalam memelihara diri daripada dosa dan perkara-perkara tak berfaedah"



1 comments:

KiTa_KaWaN March 23, 2010 at 3:03 AM  

sungguh, benar yg membuatmu resah itu adlah fbookmu... tinggalkan sementara apabila dirasakan perlu..

laman sesawang ini masih belum mampu menjadi medium terbaik untuk dakwah..kecuali dlm klangan mereka yg sememangnya kenal erti tarbiyyah..

aku masuk Fbook kerana nak monitor kengkawan...
cuma sesekali dtg jiwa sot nak kenal isu2 panas macam lady ga-go..ahaks...

truskan bermuhasabah sahabat,..kerana itu satu2nya snjata kita sekarang..

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP