Wednesday, March 3, 2010

Apa yang engkau kejar-kejarkan?

Pernahkah kita terfikir, apa sebenarnya yang kita cari di dunia ini?

Ataupun kita sendiri masih blur apa sebenarnya yang kita kejar selama ini.
Ada orang kehidupannya berkisarkan tentang belajar. Cermin mata "berkuasa tinggi" yang melekap dimatanya menggambarkan dia adalah pelajar yang sentiasa mendapat keputusan yang cemerlang pada setiap kuiz, assignment, lab, test mahupun exam. Aktiviti lain selain belajar atau mambaca hanyalah membuang masa, termasuklah aktivi kokurikulum.

Kehadirannya di kafe, kelas, mahupun dimana-mana sahaja sentiasa menimbulkan kegugatan dan ancaman kepada pelajar-pelajar lain yang melihatnya kerana buku sentiasa di tangan. Bila hari peperiksaan tiba, hanya alat tulis dan kad matrik yang menemaninya.

Buku atau nota semuanya ditinggalkan di bilik. Muka tenang bersahaja menambahkan lagi tekanan kepada pelajar-pelajar lain yang tengah sibuk membelek buku teks setebal 800 muka surat memanfaatkan masa-masa terakhir sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Seperti yang dijangka, apabila result peperiksaan diumumkan, keputusannya adalah 4 flat.

Dia mungkin berjaya dalam kehidupannya sebagai pelajar, tetapi itu kejayaan itu tidak menjanjikan pekerjaan yang baik. Barangkali selepas tamat pengajian, dia hanya menanam anggur (menganggur) kerana tewas di medan temuduga. Maklumlah, dalam temuduga tidak ada soalan differential equation, atomic orbital mahupun lewis structure.




Justeru, adakah kehidupannya hanya semata-mata untuk belajar?

Adapula orang yang kehidupannya tentang mengejar wang. Sehingga dikenali ramai orang sebagai seorang yang berwang. Kata-kata semangat : " Money is Everything " ditampal di segenap dinding bilik menyemarakkan lagi dirinya untuk berusaha keras mencari wang setiap hari.



Syarikat besarnya yang mengandungi beribu-ribu kakitangan semuanya di dalam kawalan. Tapi isteri seorang dan anak dua tak mampu dikawalnya. Anak merayap entah ke mana, isteri pula asyik nak cari gaduh apabila dia pulang ke rumah.

Jadi, adakah " Money is Everything" ?

Justeru, apa yang dikejar sebenarnya di dunia ini?

Apa yang ada sebenarnya pada 4 flat? Apa yang ada sebenarnya pada wang?

Di situ ada kebahagiaan.. ya, kebahagiaan ataupun ketenangan... itulah yang kita semua kejar di dunia ini sebenarnya.

Tidak hairanlah ada orang yang merogol perempuan berkali-kali tanpa ada perasaan bersalah mahupun takut. Kerana baginya merogol itu satu kebahagiaan.

Tidak hairanlah ada orang yang sanggup "bermesej-mesesan" dengan balak atau ceweknya sampai pukul dua tiga pagi tak tidur-tidur lagi. kerna itu adalah satu kebahagiaan baginya.



Tidak hairanlah ada orang yang ditelinganya sentiasa terlekap earphone mendengar gratisan muzik setiap hari...Kerana mendengar muzik itu adalah sesuatu yang membahagiakan bagi dirinya..

Tetapi adakah semua tindakan yang kita cipta untuk membahagiakan diri kita ini benar-benar membahagiakan?

Selama manakah kebahagiaan itu berkekalan?

Ingat!

di hujung nanti kita cuma ada dua penghujung. 1 membahagiakan manakala 1 lagi menyiksakan.
Justeru pastikan segala kebahagiaan yang kita cipta akan turut menjurus kepada kebahagiaan "di sana" kelak. Tidak berguna rasanya untuk menikmati nikmat sesaat sedang sengsara selama "infinity of time"..

Sesugguhnya Allah SWt telah berfirman :

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah hanya dengan mengingati allah itu,tenang tenteramlah hati manusia" (Ar-Ra'd:28)

4 comments:

Hazim March 3, 2010 at 3:19 AM  

mantap lukman..
semakin matang dlm menulis...

Anonymous,  March 4, 2010 at 7:44 AM  

emm..
sy setuju dgn abg hazim...
abg lukman mmg hebat!
=)

KiTa_KaWaN March 6, 2010 at 9:30 PM  

dalam kehidupan, semua akan sentiasa tercari2 matlamat hidupnya.. ada yang kekal sesat, ada yang bertemu jlan keluar, ada yang kekal dalam kebenaran..

manusia diberi akal dan hati serta iman untuk meneliti, menafsir, dan mengatur kehidupan sebaik2nya. Tetapi kadangkala, hati yang telah dibutakan dengn keindahan dunia, akhirnya terjerumus ke langkah kehidupan 'immortal' yang kiranya membuatnya percaya bahawa dunia ini adalah kehidupan yang benar dan selamanya..

ada juga yang tidak dibutakan, cuma terlalu asyik dalam mengejar apa yang dipanggil sebagai kesenangan..sehingga lupa pada keperluan kepada cetusan rohani dalam tindak tanduk kehidupannya. Dia percaya bahawa dengan kejayaan pada segulung ijazah itulah yag akan membawa kebahagiaan abadi..sehingga keperluan rohaninya pada takaran ala kadar...sehingga dia percya kudratnya sendiri adalah penentu kepada kejayaannya..

dalam kehidupan, seorang yang menggelarkan dirinya sebagai manusia tidak pernah boleh berlepas harap daripada bantuan Allah yang mencipatakan alam ini.. manusia akan sntiasa bertemu dgn takar waktu dirinya yang dipanggil sebagai limitasi..semua insan itu lemah...

sedangkan Einstein perlukan sebiji epal untuk jatuh atas kepalanya barulah dapat tahu kewujudan graviti...

jadi di mana kudrat diri sebenanrnya...?

yang dicari itu sebnrnya kekuatan hati..kerana dari situ ada kebahagiaan dunia akhirat,.

entri yng bagus untuk mncetus enigma dan memperbaharui paradigma semua...

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP