Thursday, December 9, 2010

HEBAT!

Aku kagum dengan anak-anak beliau. Semuanya berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam jurusan-jurusan profesional-medik & kujuruteraan.

"Hebat ye anak-anak pakcik" kuzahirkan rasa kagum yang terbuku dalam hati.

"Hebat?" balas pak cik tersebut sambil memandang tepat dimataku.

Beliau menyambung bicara,

"Orang yang hebat sebenarnya adalah orang yang turut perintah Allah dan rasul dan tinggalkan segala larangannya. Solat jangan tinggal.."Sambungnya lagi.

Aku khusyuk mendengar apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan "hebat" oleh pakcik yang sudahpun berusia lewat 60 an ini...

"Belajar tinggi manapun, kaya macam manapun , pangkat tinggi ka...tapi kalau tak solat, langgar perintah Allah, dia bukan orang yang hebat..." tegas beliau.

"Kat dunia ini kita tak ada apa pun..Apa yang kita ada? kita hanya ada Allah..Kepada Dia kita akan kembali..."

Itulah antara bait-bait yang terngiang-ngiang dalam benakku sejak berjumpa dengannya. Bicaranya mudah. Apa yang dibicarakannya ada yang sudah biasa kudengar atau kubaca. Tapi kali ini kata-kata tersebut memberkas...

"HEBAT"

Mugkin kerna sering aku laungkan perkataan ini. Tapi gersang tanpa fahaman yang jelas tentang maksud perkataan ini dalam erti kata yang sebenar-berlandaskan neraca timbangan iman (bukan semata-mata logik akal yang sering ditipu nasfu"

Terima kasih pakcik atas pengertian ini

3 comments:

Najihah Razali December 16, 2010 at 1:03 AM  

Salam. Saya setuju. Kata2 pakcik tu buat kita berfikir jauh. Hebatkah kita? :)

Manan Qayyim December 19, 2010 at 11:42 PM  

Kat mana jumpe pak cik tu...
nak jumpe jugak..... =)

fityah91 December 20, 2010 at 12:16 AM  

Ha, Manan...
Aku jumpa pakcik tu kat dlm komuter waktu otw nak jumpa hg aritu..

Selalunya aku suka menyembang dgn org yg aku jumpa terutamanya bila otw ke mana-mana by kenderaan awam...

Its nice to share with them you know.. (^_^)
It help me understand about life better..but of course, ada juga pkr2 yg dikongsikan sebahagian mereka perlu ditapis.

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP