Monday, June 21, 2010

"ustaz dah kahwin?"

Tertawa kecil hatiku bila mengenangkan peristiwa semalam. Berbagai-bagai karenah yang dipamerkan oleh pelajar-pelajar SRAR yang aku ajar. Maklumlah, budak-budak lagi katakan. Walaupun ini bukanlah kali pertama aku menjadi guru ganti( atas arahan umi selaku guru besar ), pengalaman hari pertama untuk tahun ini ternyata berbeza.



Alhamdulillah, rata-rata pelajar darjah 5 yang aku ajar semalam boleh membaca Al-quran dan membaca tulisan jawi walaupun ada yang kurang lancar. Sekurang-kurangnya lebih baik dari pelajar darjah 5 tahun lepas, kerna ada pelajar yang tidak boleh membaca Al-quran langsung. Sekiranya ramai pelajar darjah 5 "hyperaktif" tahun lepas, tetapi untuk kali ini kurang sedikit. Barangkali kerana hanya ada 3 orang pelajar lelaki yang hadir semalam di kelilingi pelajar-pelajar perempuan yang 5 kali ganda lebih ramai. Pelajar lelaki yang lain? Mungkin tersalah tengok kalender dan masih bercuti (husnul zhon). Mudah-mudahan hari ini lebih ramai yang dapat hadir.

Lain pula ragamnya dengan pelajar darjah 1. Baik versi tahun ini mahupun tahun lepas, kedua-duanya super hyper aktif. Subhanallah, susah benar nak mententeramkan keadaan kelas. Rasanya tak mengajar aku semalam melayan karenah mereka. Tak sempat nak masuk topik, macam-macam soalah yang diajukan. Tak kurang juga yang keluar masuk tandas.

"ustaz, ustaz kawan kami cakap ustaz macam imam muda yang dalam tv tu" jerit seorang pelajar lelaki sambil kawan disebelahnya cuba sedaya upaya menarik dan menutup mulut pelajar tersebut sambil tersipu-sipu malu.

"ustaz, buku ni ke?" tanya seorang pelajar perempuan untuk memastikan dia telah mengeluarkan buku yang betul walaupun dah lebih 3 kali kutunjukkan buku yang perlu dikeluarkan.

"ustaz baikla" kata pelajar perempuan di depanku tersenyum-senyum. Ntah berapa kali dia ulang perkataan yang sama sambil aku cuba mententeramkan keadaan kelas.

Dan soalan yang paling tak boleh blah:

"ustaz dah kahwin?"

Terkesima sebentar aku untuk menjawab soalan tersebut. Yang bertanya lelaki pula tu. Dan yang tak boleh tahan lagi, pelajar tersebut bertanya soalan yang sama setiap kali terserempak denganku.

Siap boleh bagitahu kawan dia yang kelas lain " betul, ustaz tak kahwin lagi, tak caya hang tanya la" kata pelajar tersebut meyakinkan kawannya sambil menunjukkan jari ke arahku untuk meminta kepastian. Memandangkan di dalam masjid aku hanya mengangguk tidak bersuara dan disusuli dengan memberi isyarat diam.

Subhanallah, begitulah serba sedikit ragam pelajar darjah 1 yang ku ajar semalam. Rasa-rasanya mengajar pun dah tak seperti mengajar kerana semua dah tak fokus. Nak dimarah suruh diam,tak kusanggup, apatah lagi nak di rotan.

Apa-apapun, petang ni aku perlu mengajar lagi. Mudah-mudahan pengalaman ini mengajar aku bagaimana untuk memahami kanak-kanak dengan labih baik dalam usaha mengenal pasti uslub dakwah yang sesuai untuk golongan ini. Masa kecil inilah yang perlu dididik baik-baik bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Moga-moga mereka menjadi muslim atau muslimah yang berjaya dewasa kelak dan bukannya sebagai mat dadah yang sinonim dengan orang-orang melayu felda.

3 comments:

nordalily June 22, 2010 at 7:47 PM  

salam,

Ustaz kuatkan semangat ya.... senyum sokmo deh :D

isminajihah June 23, 2010 at 8:04 AM  

anak2 murid ustaz comel-comel... =)
anak2 murid saya pun lebih kurang jgk.. bdk2.. kdg2 kerenah mreka buat hati kita sjuk..

fityah91 June 25, 2010 at 8:27 PM  

Ya, kena kuatkan semangat untuk mengajar mereka..
dan kena kuatkan juga semangat meninggalkan mereka..

Alhamdulillah selesai tugas menjadi guru ganti..Sebak juga di hari terakhir meniggalkan mereka..

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP