Friday, April 23, 2010

Selawat

Di dalam Al Quran, kita berjumpa dengan ayat yang Allah perintahkan kita untuk bersolat, tetapi tidak ada pula kita berjumpa akan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga bersolat.



Di dalam Al Quran, kita juga berjumpa dengan ayat yang Allah perintahkan kita untuk menunaikan zakat, tetapi tidak ada pula kita berjumpa akan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga menunaikan zakat.

" Dan dirikanlah kamu akan sembahyang, dan keluarkanlah zakat..."
(Al-Baqarah:43)




Kita juga menjumpai di dalam Al-Quran akan perintah Allah yang menyeru kita menunaikan ibadah haji kepadanya, tetapi tidak ada pula kita berjumpa akan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga menunaikan haji.



" Sempurnakanlah ibdah Haji dan Umrah kerana Allah..."
(Al-Baqarah: 196)


Begitu juga perintah Allah tentang puasa, tetapi tidak ada pula kita berjumpa akan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga berpuasa.


" Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu..."
( Al-Baqarah:183)

Tetapi..

Di dalam Al-quran, kita akan bertemu dengan ayat daripada Allah yang memerintahkan kita untuk berselawat, dan kita juga akan bertemu dengan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga turut berselawat ke atas nabi.

" Sesugguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu ke atas nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
( Al-Ahzab: 56)

Justeru, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Insan yang begitu cinta kepada umatnya. Yang sentiasa menginginkan kebaikan untuk mereka. Sambutan "maulidurrasul" sepatutnya disambut sepanjang masa, bukan hanya kencang berselawat pada 1 Rabiul Awal.

"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung."

(At-Taubah:128-129)





1 comments:

Hazim June 2, 2010 at 6:46 AM  

salam ziarah.... hehe..

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP