Thursday, January 7, 2010

Bicara Mata

Dari jauh aku merenung ke luar jendela...
kelihatan kilauan cahaya samar-samar, tidak jauh bezanya seperti ini



Kemudian kusedar, rupa-rupanya aku tidak memakai cermin mata..patutlah blur semacam...
lantas kuambil cermin mataku dan melihat sekali lagi pemandangan malam di kota..kali ini lebih jelas...


lalu fikiran kuhanyut...mengenang kembali sesuatu yang tiada lagi padaku ; penglihatan yang jelas seperti yang pernah aku nikmati suatu masa dahulu...

kata orang, kita selalunya mensyukuri nikmat setelah kita kehilangannya...yup..ada benarnya..kerna kita selalu berlaku kufur pabila diberi nikmat..

" dan sungguh, kami telah menempatkan kamu dimuka bumi dan di sana kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (tetapi) sedikit sekali kamu yang bersyukur " (Al A'raf: 10)

Alangkah rindunya aku akn penglihatan yang baik seperti dulu, tanpa perlu memakai cermin mata..selesa..memudahkan aku utk bersukan(main takraw) dan masuk hutan dikala hujan..x perlu susah2 ingat kembali letak tempat spek lepas mandi.bila keluar kereta ber air cond pada waktu pagi tiada kabus terbentuk di spek....nak tgk tv sambil baring2 pun senang..

dan kini semua itu tiada lg...



Baru2 ni kucuba contact lens..rasa spt mati hidup semula..namun semua itu cuma utk seminggu lebih..pada mulanya umiku redha perlakuanku memakai contact lens...kemudian tidak..setelah didoktrin dgn kesedaran bahayanya memakai contact lens oleh kakakku (seorang nurse: specialised bidang mata) pada 1 jan yg lalu...yup, hadiah untukku buat tahun baru...tp tetap ku pakai contact lens ptg itu utk bermaik takraw..ternyata performanceku amat teruk..sah sbb ingkar arahan umi..seusai saja main takraw, kubuang contact lens...

Betul juga iklan yg ditayangkan sewaktu aku melihat MHI (segmen iklan tajaan MHI utk hari tu):

"mata adalah anugerah yang tidak ternilai"

Namun kusedar..segalanya milik Allah..bila2 sahaja boleh ditarikNya..persoalannya bukanlah mengapa perkara ini berlaku, ttp bgaimana dapat dimanfaatkan keadaan ini...
baik dapat melihat dgn jelas mahupun rabun, pasti ada kebaikan sebaliknya...carilah yang baik, nescaya engkau akn bersyukur...

p/s: aku tgk cermin, bnyk jgak uban yg dah tumbuh...pastu abg aku cakap aku ni pekak sbb selalu x dgr dia pggl...mata dah kabur, rambut dah beruban, telinga dah x brp dengar, gigi dah...nasib baik gigi elok lg...(^_^)




2 comments:

fiqOo January 8, 2010 at 1:08 AM  

"
kata orang, kita selalunya mensyukuri nikmat setelah kita kehilangannya
"

sangat setuju :)
kadang kadang, kita even tak perasan pun bahawa apa yang kita miliki sekarang adalah nikmat.
walau sekecil kecil benda pun.
bila Allah dah tarik balik, baru nak bersyukur.
*bercakap berdasarkan pengalaman diri juga...

KiTa_KaWaN January 8, 2010 at 7:18 AM  

salam..aku pernah teringin berkaca mata... terlalu ingin..

tapi saat aku tidak mahu lagi berkaca mata, barulah mataku mula tidak tahan pada cahaya..

ah...sakit!! ini amaran.tanda nikmat mata akan kabur..

benar kiranya..semua..insan hanya akan menghargai anugerah saat anugerah itu hilang..

lebih teruk apabila dirampas begitu sahaja..

aku hamba khilaf...

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP