Wednesday, October 14, 2015

"Aku Penat!"

Suatu perkara yang membuat aku berfikir panjang tatkala mabit malam tadi,

Seusai muwajjih menyampaikan taujihat berkaitan “Menyebarkan Aib Orang”, MC membuat kesimpulan dan mendatangkan suatu kisah yang dilaluinya 5 atau 6 tahun yang lalu. Ketika itu mereka berjaulah ke Parit bertemu seorang sosok yang hebat, Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Mereka bertanya, macam mana Dr. hadapi “medan” yang SETIAP HARI penuh dengan fitnah, caci maki, ugutan dan berbagai-bagai lagi tribulasi?

Dalam hati mereka timbul ingin dengar jawapan-jawapan yang “power-power”, lain daripada lain, sesuatu yang kedengaran hebat..

Tapi dengan tenang Dr. menjawab “Itu pentingnya Mathurat KUBRA SETIAP HARI, solat malam ..(dll)”.

Sekali lagi MC menekankan “MATHURAT KUBRA SETIAP HARI”….

Perkataan “MATHURAT KUBRA SETIAP HARI” sahaja membuatkan aku berasa seperti hati aku disiat-siat..apatah lagi bila ditambah dengan solat malam, tadarus dll,…ada rasa malu, ada rasa teruk, ada rasa bersalah...

Benar, kerja-kerja medan kadang-kadang membuat kita sangat penat sampai adakalanya kita abaikan mutabaah amal kita..

Kita jadi emosional sebab badan kita penat… otak kita penat..

Sampai terkadang kita tak mampu untuk berakhlak lalu menzahirkan apa yang kita rasa dengan keras..Sedangkan tak semua yang kita rasa perlu kita tulis atau kita ungkapkan..

Kerna yang paling penat waktu tu bukanlah badan kita, bukanlah otak kita, TAPI HATI KITA!

Hati  kita rindukan tangis air mata solat malam..

Rindu Solat subuh berjemaah di masjid..

Rindu zikir-zikir mathurat dan  dan zikir sahih lainya..

Rindu ayat-ayat Allah dan tadabburnya..

Sedangkan kita tegar memandang sepele mutabaah amal kita..

Dan mulut kita bising “ Aku penat!”




Read more...

Saturday, July 6, 2013

Jauh yang dekat


Bukanlah rasa kebersamaan itu pada selalu bersama. Atau selalu berjumpa. Ianya jauh lebih baik dan lebih mulia dari itu.

Berapa banyak orang disekeliling kita tetapi tidak bersama kita. Yang ada hanya tubuhnya, tapi jiwa dan rasanya...jauh sekali!

Berapa banyak juga orang yang jauh dari kita, tetapi hakikatnya dekat sekali.
Yang jauh hanya jarak, tapi hatinya...seakan satu! 

Berkongsi rasa rindu yang satu..

Rasa cinta yang yang satu..

Cita-cita terutama yang satu..

Sehingga membentuk frequensi amal-amal yang berpadu!

Itulah rasa kebersamaan yang hakiki. Di dasari akar tunjang yang tiada goyah..

“Allah-lah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang yang beriman dan yang menyatukan hati mereka. Walaupun kamu menghabiskan semua kekayaan yang ada di bumi ini, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah-lah yang telah menyatukan hati mereka.” (Surah al-Anfal, 8: 62-63)

(^_^)

Kita mungkin tak punya banyak masa bersama. Atau kesempatan dan kekuatan yang selalu. Jadi mari kita habiskan masa-masa yang ada ini dengan  moment-moment yang berkualiti.

Supaya kelak kita tak lagi berasa jauh..


Read more...

Tuesday, August 14, 2012

Selamat...

"Selamat hari raya"

Nop, not yet....

"Selamat menggencarkan lagi usaha ibadah kepada Allah di akhir-akhir Ramadhan ini !"





Hm, entahla...Cuma kadangkali ucapan selamat hari raya terasa sangat mengusik jiwa. 
Sabar lah.. InsyaAllah masanya akan tiba.
Manfaatkan "sekarang". Because future is really uncertain. There is no guaranteed that you will meet the next Ramadhan.
Moga meraih takwa.


Read more...

Thursday, July 26, 2012

'tapi tak kasi balik.."

Asal solat subuh je, hingus mesti meleleh-leleh disebabkan resdung. Biasanya hari-hari lain ok je, tapi entah macam mana, bulan puasa ni, resdung datang balik. 




Its not me alone, the same goes to a housemate of mine. Tak pernah aku nampak dia makan ubat resdung, tiba-tiba bulan puasa ni dia makan. Katanya resdung dia datang balik puasa ni. Dia pun tak tahu kenapa.

Tetapi ada satu perkara yang aku sangat pasti. Ada satu nukilan ringkas tentang penyakit yang aku terbaca. Lebih kurang bunyinya begini,

Bila kita sakit, Allah perintah malaikatnya untuk,

ambil selera makan kita,
ambil kecantikan wajah kita (muka pucat),
ambil kecergasan fizikal kita,  dan
Allah perintah malaikat untuk ambil dosa-dosa kita.



Tetapi apabila kita sembuh  Allah perintah malaikatnya untuk,

beri kembali selera makan kita,
beri kembali kecantikan wajah kita,
beri kembali kecergasan fizikal kita....

Cuma satu je yang Allah tak kasi  balik....Ya, dosa-dosa kita..(^_^)

"Dari Abu Said al-Khudri radh. dan Abu Hurairah radh. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya." [HR Bukhari]

wallahualam~

Read more...

Monday, July 23, 2012

Senyumlah (^_^)



Senyum itu ada dua. Yang pertama senyum kerana "gembira". Yang Kedua senyum kerana "mengembirakan".

Yang pertama itu biasa-biasa saja. Sememangnya fitrah manusia, apabila dia gembira, pasti terukir senyuman di wajahnya.

Namun, senyuman yang kedua itu sukar sekali. Ya, adakalanya di dalam diri kita bersemi seribu satu kemuraman dan kekusutan. Meskipun begitu kita gagahkan juga untuk diri untuk tersenyum demi mengembirakan orang lain. Namun percayalah, senyuman ini tinggi darjatnya dan mahal di sisi Allah.

Kerana pada senyuman itu terdapat suatu kuasa yang luar biasa. Senyuman dapat mengurai kekusutan yang melanda seseorang. Sebab itu adakalanya dengan hanya  melihat senyuman pada wajah seseorang sudah cukup untuk membuat hati kita yang gundah gulana menjadi tenang.

Jadi, senyumlah (^_^). Nescaya anda mengembirakan dua orang. Pertama pada diri orang yang anda senyum padanya. Kedua,  anda sebenarnya mengembirakan diri sendiri. Gembira kerana mengembirakan orang lain!






Dari Abi Dzar radhiallahu’anhu, berkata : “ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri” (HR. Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: "...memberikan senyuman kepada saudaramu adalah sadaqah..."

wallahualam ~






Read more...

Thursday, July 19, 2012

"tak dak la teruk sangat apa yang menimpa aku ni..."

Alhamdulillah...(^_^)

Keberadaan dalam tarbiyah telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan aku. Dari sudut prinsipnya, cara bersikap, sudut pandang, perilaku dan banyak lagi. Walaupun ada kalanya ternyata jelas berbeza dengan kebiasaan orang ramai sehingga menyebabkan diri terasa asing dan kesorangan, namun aku percaya dan yakin, prinsip inilah yang paling tepat dan hampir dengan islam. After all, its not me alone holding on to the principles. Di sana ramai lagi saudara-saudaraku yang masih tegar dengan prinsip-prinsip ini (^_^).

So hari ni aku nak kongsikan satu perkara yang sangat best yang aku dapat dari tarbiyah, yakni, bagaimana cara menangani stress? Mudah-mudahan dengan tips-tips yang akan diberikan akan mengubah sudut pandang kita dan cara kita bersikap apabila berhadapan dengan stress.

Jadi apa yang patut kita buat bila dilanda stress?

Lets start with the first tips: Katakan pada diri anda:

1) "tak dak la teruk sangat apa yang menimpa aku ni kalo nak dibandingkan dengan orang lain."










Tips yang kedua:

2) "tak dak la teruk sangat apa yang menimpa aku ni kalo nak dibandingkan dengan orang-orang soleh"


Baca dan hayati sirah Rasulullah SAW, nabi-nabi terdahulu, para Sahabat serta orang-orang yang hampir jiwanya dengan Allah. Bandingkan apa yang menimpa mereka dengan apa yang menimpa kita. Nescaya jauh sekali bezanya.


Khabab Ibn Arath dibakar kulitnya dengan besi panas sehinggan titisan cecair yang keluar dari badannya memadamkan besi tersebut.


Sekiranya kita dipulau beberapa hari oleh kawan-kawan, bayangkan pemulauan yang dihadapai oleh para Sahabat sehingga 3 tahun. Hinggakan ada yang makan daun-daun dan kayu kering. Bukan kerana tiada wang untuk membeli makanan, tetapi kerna dipulaukan masyarakat dari segala sudut perhubungan.


Lihat pula apa yang menimpa Nabi kesayangan kita Muhammad SAW. Dilontar batu di Taif sehingga mengalir darah dari tubuh baginda. Suatu masa dahulu di gelar Al Amin oleh masyarakat arab, namun setelah tiba perintah menyampaikan islam lantas baginda dikeji dengan pelbagai cercaan, Si Gila, Pesihir dan sebagainya. Bagaimana pula sikap kita apabila dicerca?

Tips yang ke tiga..yakni tips yang paling dasyat:

3) " Ya Allah, sesungguhnya mata ini gagal melihat hikmah disebalik ujian yang Kau turunkan sehingga terasa begitu sempit jiwa ini. Kau ajarkanlah aku hikmah disebalik ujian ini"

Yup, tips ketiga adalah..berdoa. (^_^)

Untuk tambah kan keyakinan kita lagi, mari kita tadabbur ayat Al-Quran. Insyaallah, ni aku nak kongsikan ayat-ayat Al quran yang selalu memotivasikan aku bila stress:



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (2:282)

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (64:11)


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (2:186)


"..Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (65:2-3)


"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (94:5-6)


Yakinlah dengan ayat-ayat ini...Andai kata-kata orang bisa menyentuh jiwa kita, inikan kata-kata Ilahi, pemilik segala jiwa.


InsyaAllah sekadar ini dahulu perkongsian daripada aku. So apabila dilanda stress, katakan pada diri anda:


"tak dak la teruk sangat apa yang menimpa aku ni...Aku kan ada Allah" (^_^)







Read more...

Sunday, July 8, 2012

Semuanya baik baginya...(^_^)

Dua orang berbeza prinsip , pandangan hidup dan karekter...Menerima berita yang sama...

Bilik dipecah masuk, dan kehilangan laptop. Seorang marah, seorang lagi pasrah.. Kedua-duanya ada hujah yang kukuh untuk menyokong  tindakan masing-masing....

Namun yang pasti, kecewa Si Pasrah tidak berpanjangan.Luka emosinya cepat pulih, Tidak seperti Si Marah, masih terus menyalah....

Kerana Si Pasrah yakin, Allah Maha Kaya, Maha Pengasih, dan Dia tidak sekali-kali menzalimi hambaNya...

"..dan Allah tidak sekali-kali akan menzalimi kamu" (2:272)


Sedangkan Si Marah berasakan laptopnya yang hilang adalah miliknya secara mutlak. Pencurinya perlu diajar! Wajar bagi mereka kata carut dan maki...Lantas hatinya berterusan dalam keadaan menyalah dan  keluh-kesah...

Itulah bezanya antara orang benar-benar beriman dan yang belum benar-benar beriman...(^_^)

Yup, kadangkala melihat mereka diuji, membuatkan kita benar-benar rasa bersimpati. Tapi yang anehnya, mereka tetap bersabar dan mampu bertenang...

Itulah ajaibnya orang beriman..Jiwa mereka lapang...Seluas laut terbentang...Mengingat Allah menjadikan hati mereka tenang....




Datanglah seburuk manapun ujian pada pandangan orang...Namun pasti tersingkap hikmah baginya...Saat orang berasakan kekalahan itu satu kerugian, baginya seribu satu ruang untuk penambah baikan..Saat orang berasa kesakitan itu satu kesengsaraan, baginya kesakitan itu penghapus dosa-dosa yang akan menyelamatkan dirinya daripada kesengsaraan neraka yang tiada tara.. 


Teringat kisah Hasan Al Basri apabila ditanya tentang zuhud:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."


Justeru marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan kita kepada Allah dengan banyak-banyak mengingatiNya. Mudah-mudahan Allah membuka hati kita untuk melihat setiap hikmah atas setiap ujianNya. Menerima ketentuannya dengan pasrah dan redha, serta tetap dalam kesabaran.


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (13:28)




Kesilapan terbesar sesorang saat dia ditimpa ujian adalah, dia berasa dirinya cukup kuat untuk menghadapi ujian itu bersendirian sehingga dia terlupa bahawa Allah sentiasa ada untuknya.






p/s: Sekiranya orang bertanya saat yang paling bahagia dalam hidupku, aku akan menjawab...Saat yang paling bahagia dalam hidupku adalah tatkala dunia ini terasa begitu sempit kerana ujian dariNya, lalu aku mengingatiNya dengan tulus ikhlas, lantas dibukaNya pintu hikmah....Subhanallah, rupanya ujian ini tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan hikmahnya....(^_^)





Read more...

Monday, July 2, 2012

Diulang-ulang sampai yakin...

(^_^)


Actually agak gementar untuk presentation Professional Communication Skills (PCS) esok gara-gara tak cukup persiapan...

Tiba-tiba teringat pesanan seorang brother tabligh,

"Al-quran tu ayat-ayat yang diulang-ulang, sampai timbul yakin..Antaranya kisah nabi Musa, Iblis, berkali-kali diulang dalam quran"

Bunyi macam simple, tapi bagi yang benar-benar memahami...ianya sesuatu yang berat...

"sampai timbul YAKIN".....


Huh, banyak sebenarnya kalau nak dikupas bab YAKIN ni...Insyaallah ada kesempatan lain, aku sambung bab ni..

Sekarang ni nak praktis untuk presentation dulu.... praktis berulang-ulang, sampai timbul yakin (^_^)...insyaallah...



"..itulah kitab yang tiada keraguan di dalamnya sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa" 
(2:2-3)

Read more...

Sunday, June 24, 2012

"rasa macam nak patah pinggang"..."je"

Alhamdulillah, selamat tiba UTP...(^_^)

Termasuk kali ni, sudah kali ketiga aku merempit sorang-sorang dari UTP ke Pineng. Dan 3 kali juga aku hampir langgar kereta dalam tempoh dua hari ni...hehe...nasib baik tak de perkara yang tak diingini berlaku ..

Yup, sejak ada motor bermula tahun lepas, dah tak travel macam dulu lagi dah. Naik bas, KTM, LRT, sambil bawa buku solusi dok pi jual dalam perjalanan..semua tu dah tak lagi...Sebab sekarang aku dah ada peneman hidup, "LC hitam berBOx""...huhu (^_^)

Dan bila cakap pasal travel jauh, jarak yang paling jauh yang pernah aku lalui takat ni, adalah dari UTP ke Pineng..Tak de la jauh sangat, dalam  195 km..Kalo jalan staright then berhenti 3 kali untuk isi minyak sahaja, ada la dalan 2 jam 50 minit...Kalo berhenti campur makan, mau la dalam 4 jam....Biasanya aku bertolak dari UTP sabtu pagi ke Pineng untuk program, Ahad petang pula sudah bertolak ke UTP semula..Bila total up, dalam 400 km jugak la.

Apa cabarannya bila jalan jauh ni? (^_^)

Yang pertama, kalo jadi apa-apa...susah...sebab aku travel sorang-sorang..Macam first time travel dulu, tiba-tiba motor aku bau macam hangit...rupa-rupanya minyak hitam dah nak kering...Nasib baik la waktu tu dah nak sampai RNR Ipoh, so dapat la refill minyak hitam yang baru...Jadi, apa yang aku nak highlight kat sini, penting untuk kome pastikan kenderaan kome dalam keadaan yang baik sebelum travel...cek dulu minyak hitam, brek,angin tayar, rantai ok atau kendur dan sebagainya...Dah semua ok, baru start travel...

Yang kedua, terutamanya bagi 'perempit motor' yang travel menggunakan motor secara berseorangan adalah...untuk kekal concentrate dalam 'perempitan'... Mengantuk, hilang fokus dek mata terpana sebentar kat board iklan yang menayangkan gambo pompuan yang tak de kena mengena langsung dengan produk....Semua tu boleh buat kita hilag konsentrasi..

So macam mana nak handle masalah ni?

(^_^), ha ni dia aku nak kongsi apa yang selalu aku buat...

Pertama sekali di awal-awal perjalanan, aku mesti baca doa naik kenderaan dengan mathurat..lepas habis aku akan mengulang surah-surah yang aku hafal pastu azan kuat-kuat sampai pecah suara(^_^)...For me, it is important to start something right...So at least kalo jadi apa-apa, insyaallah dah ada 'bekalan' sikit...(^_^)..huhu...Tapi biasanya sekejap je, dalam 30 ke 40 minit..

Then apa yang aku buat untuk masa selebihnya?huhu...yang ni lagha sikit la...KARAOKE..huhu.(^_^)..aku pun macam tak percaya ja.....lagu nasyid, lagu jiwang, rock..Habis semua lagu pakat aku tibai rata..Sebab aku jenis yang tak hafal lirik, last last duk tinggal nananana, huhuhuhu, aaaaaa....(^_^). Somehow it really help me to focus on the road...moga-moga terampun la kelaghaan aku ni...


Tu yang penting aku "start it right " tu...Sebab biasanyanya, as time go, kita cenderung untuk buat benda yang bukan-bukan as the result to keep maintain the concentration....Bayangkan kalo dari mula dah start karoake, gamaknya tak de nak teringat dah nak baca doa, mathurat azan dan sebagainya...


Tapi untuk perjalanan kali ni, UTP-Balik Pulau, aku terjumpa satu teknik baru untuk kekal concentrate dan tak mengantuk..BERANGAN...(^_^)


Semuanya bermula bila beberapa buah motor super bike lalu memotong motor LC ku...Lamunan bermula..



Aku bayangkan aku beli motor besar 1000 CC ke atas...Bumyi ekszs kuat gile macam enjin bot...Then aku travel naik motor tu untuk pi progam macam biasa...Yang specialnya, zaujah aku pun ada kat belakang sekali..memakai seperti ninja(berpurdah), membonceng bersama aku..bersama-sama menghirup udara segar..kemuadian layan laju 240 km sejam....pergh, romatik gile.....Sedar-sedar aku sengih sorang-sorang...haha...

Tapi betul la...aku memang harap untuk ada motor besar suatu hari nanti...Cuma part romantik tu je la yang tak pasti...hehe...Bagi aku yang dah menghabiskan lebih dari 15000 km atas jalan dengan motor, itu la saat romantik yang mampu aku bayangkan....(^_^)

Alrite...cukup dulu part cerita pasal pengalaman..kalau bab bercerita, semua orang suka, ye dak? its normal...Tapi ada yang lebih istimewa daripada pengalaman.....itulah namanya pengajaran (^_^)...

Ikhwah sekalian...(^_^)

For me, future is always uncertain. Mati itu suatu yang pasti, tetapi hidup itu belum tentu..Kita tak tahu apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan kita...Justeru banyakkan amal di mana sahaja kita berada..."Start it right",Sentiasa mulakan sesuatu dengan mengingati Allah, mudah-mudahan Allah bagi kekuatan untuk kita kekal mengingatiNya sepanjang urusan kita.... wallahualam~ (^_^)







Read more...

Sunday, June 17, 2012

Kematian...

Kematian qiamunlail...

Kematian solat berjemaah, kematian solat pada awal waktu...

Kematian membaca quran, mendengar ceramah dan peringatan....

Sedang suatu ketika dahulu ia penuh hidup....


Sugguh, kematian ini jauh lebih besar daripada tercabutnya roh dari jasad!!






Read more...

Thursday, April 26, 2012

Mereka tidak bersedih hati

Orang beriman... 

Apabila marah,
Sangat lambat marahnya, cepat pula redanya...Sedang pada kebanyakan masa, dia banyak bersabar...

Apabia stress,
Ditinggalkannya dahulu fikiran 'tension-tension' mengenang masalah, digantikan dengan 'tenang-tenang' dengan banyak mengingati Allah...lalu hatinya tenteram, fikirannya menjadi rasional..Selesai semua masalah..

Apabila berduka,kecewa....
Ia tidak lama... kerana dia yakin, Allah sentiasa bersamanya...


 "Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman" 3:139

Read more...

Tuesday, August 23, 2011

"We" (UTPian's Muslim) prove Ramadhan reduces our productivity

Facts:

1) Ramadhan reduces the speed of the Muslims. They always late.

2) The attendance to the class is drastically decreases. Guess who is absent at the first place?

ans: MUSLIMS

reasons:
i- LAZY
ii- OVERSLEEP
iii- sick (rare case)

3) Ramadhan is the "festival of excessive sleep" during the day. (just ask yourself how many hours you sleep during the day and how many time you miss your class because of it)

4), 5).....(what else? just list it!...there are a lot more evidences that show Ramadhan reduces our productivity.The prove is yourself!)

(sigh...)

*******

hmh...

Marah, kecewa, sakit hati dengan diri sendiri kerana merasakan diri ini termasuk juga dalam kalangan orang di atas.

Pernah sekali dalam kelas, lecturer Chinese mengomen tentang kehadiran. Waktu tu kelas pagi pukul 9.

" Where is the others? only this this number ea?" sambil tangannya mengira jumlah pelajar yang hadir.

" Ooo, because of fasting ea. I used to be at the same situation either during my college life. My Muslim friend told me that they usually fell asleep after taking the "breakfast"..they call it sahur...am I right?...then they never woke up early in the morning once they sleep. So next time, please don't sleep again after taking the breakfast..." dia menyambung.

Dari riak mukanya, jujur aku cakap,tak nampak langsung niat nak memperlecehkan pelajar islam. Hanya sekadar berkongsi pengalamannya. Lagipun dia seorangan lecturer yang baik dan sangat mengambil berat tentang kefahaman pelajar akan apa yang diajarkannya.

Tapi entah kenapa, kata-kata itu sangat memberi kesan yang memberkas..

"Inikah erti Ramadhan yang kita tunjukkan kepada non muslim?" bisik hatiku.

Sedangkan umat islam terdahulu mengukir banyak sejarah agung semasa di bulan Ramadhan. Mereka sangat produktif. Kemenangan pada perang Badar Al-Kubra, peperangan Al-Buwaib pembukaan kota Mekah, semuanya berlaku pada bulan Ramadhan..

*******

Hmh, tak boleh jadi keadaan dibiarkan berlarutan begini. 7 hari lagi berbaki sebelum Ramadhan melabuhkan tirainya.

Aku selalu mengingatkan diri bahawa kita bukannya berdiri sekadar mewakili diri sendiri. Tapi kita mewakili ibu bapa kita, kita mewakili keluarga kita, kita mewakili institusi yang mana kita berada di dalamnya dan yang paling penting, kita mewakili ISLAM. Jadi perlu kita berhati-hari menunjukkan sikap kita supaya tidak memberi tanggapan buruk pada islam.

Mungkin sedikit perkongsian. Tengok video kat bawah ni:




dan juga ni



Mudah-mudahan jadi panduan kita untuk menjadikan 7 hari Ramadhan yang berbaki, sebagai Ramadhan yang berkualiti.

Sedikit komen tentang video yang aku attach. Subhanallah, seriouly said, memang sangat bermanfaat.Banyak perkara yang aku belajar. Mesej yang disampaikan Muhamed Fares (orang yang di dalam video)sangat jelas dan mudah difahami. Plus, penyampaiannya yang menarik membuatkan kita berkata pada diri sendiri..


"ah, indahnya islam rupanya...."

Insyaallah. Sama-samalah kita bertekad untuk membuktikan kepada orang lain (non-muslim terutamanya) bahawa puasa bukanlah alasan untuk kita menjadi seorang muslim yang tidak produktif.

To UTPian, we got another 3 days before hari raya holiday. So use it wisely, to prove you are a high quality Muslim student. Even in fasting month. Never escape class or tutorial, come to class early...just for more 3 days..






p/s: This post is not actually just to comments about UTPian's Muslim attitude, but it is als for everyone else who subscribe the attitude listed above...









Read more...

Sunday, August 21, 2011

malam tadi malam lailatul qadar (malam 21)

" wei, malam tadi malam lailatul qadar"

"haish, mana hang tau?"

"aku tau la..ni aku nak tanya hang, malam tadi malan ke berapa Ramadhan?"

"malam 21"

"ha, nampak..kan malam lailatul qadar berlaku pada malam-malam ganjil pada 10 yang terkahir?"

"macam mana hang tau malam tadi malam lailatul qadar? apa bukti?"

"aku download movie malam tadi dapat 12Mb per second wo...guna lan UTP...biasa 45 kb per second je"

"err...."

**************************

Subhanallah, nampaknya kita dah masuk fasa 10 malam terakhir Ramadhan (^_^).
Dalam islam, fasa ini merupakan fasa yang amat penting bagi insan-insan yang tahu nilainya. Di mana diantara malam-malam ganjilnya, tersedia satu malam yang amat istimewa, yakni lailatul qadar.

Macam-macam perkara aneh yang kita dengar apabila dikaitkan dengan lailatul qadar. Pokok sujud lah. Air sungai berhenti mengalirlah. Sejadah sujudlah. Production kueh lopeh seorang makcik tiba-tiba menjadi amat banyak keesokan harinya kerana pada malam tersebut dia melatah "opocot, lopeh, lopeh, lopeh (300x)" gara-gara diusik anaknya...(^_^)...

Apa-apa pun, semua yang kita dengar itu, tidak ada nas-nas atau dalil yang sahih menerangkannya. Justeru, sejauh mana kebenarannya, Allah sahaja yang lebih mengetahui.

Namun, 1 perkara jelas, kita dianjurkan untuk mengimarahkan masjid dengan beri'tikaf pada malam harinya (10 malam terakhir). Kita juga digalakkan untuk mempertingkatkan amalan-amalan kita dalam usaha bertaqarrub kepada-Nya.

Justeru hal inilah selayaknya yang kita lakukan. Perbanyakkan ibadat. Bukan keluar rumah waktu malam untuk melihat sama ada pokok sujud atau pun tidak kemudian main mercun. Bukan juga pergi ke sungai untuk melihat sama ada air berhenti mengalir atau pun tidak, kemudian sambung tidur!

****

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Mungkin tahun lepas kita beri'tikaf penuh pada malam 10 terakhirnya. Dihidupkan lagi dengan ibadah-ibadah sunat. Tapi tidak kita rasai kehadiran lailatul qadar. Begitu juga pada tahun-tahun sebelumnya. Malah kita berazam untuk memburunya lagipada kesempatan kali ini.

Entah jumpa, entah tidak.

Namun usah khuatir. Teruskan perbanyak amalan-amalan sunat terutama pada malam harinya...Andai masih tidak dapat merasai kehadiran lailatul qadar, itu tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, tercatat disisiNya bahawa kita merupakan orang-orang yang menghidupkan 10 malam terakhir dengan ibadah sekalipun kita gagal merasai kehadiran lailatul qadar. (^_^)

Sedangkan Rasulullah pun berusia 40 tahun tatkala menemui lailatul qadar!

Sepanjang tempoh 40 tahun itu, baginda diuji dengan pelbagai ujian yang sangat berat.pernah hatinya dibelah dan disucikan malaikat.Enam bulan sebelum lailatul qadar, baginda mengasingkan diri secara intensif meninggalkan keluarga dan kaumnya sementara menumpukan sepenuh hati kepada Allah di gua Hira. Setelah apa yang dilalui baginda, barulah baginda bertemu jodoh dengan lailatul qadar tatkala wahyu pertama diturunkan.

Persoalannya, sudah bersih benarkah hati kita untuk layak bertemu dan merasai kehadiran lailatul qadar?

Wallahualam, yang pasti, kita akan terus membersihkan hati kita! Sekalipun itu sehingga kita mati! Mudah-mudahan ada jodoh bertemu lailatul qadar. Ya Allah, apalah kiranya kau izinkan hati-hati ini bertemu dengan malam yang istimewa itu ya Allah..






Read more...

Thursday, August 18, 2011

Mohon baca sebelum add saya



Assalamualaikum...

Huh....(tarik nafas panjang)

It always happen to me when i get friend request in Facebook from someone i don't know...

Mudah-mudahan Allah permudahkan apa yang aku ingin sampaikan....

Macam ni......terlebih dahulu, saya mohon anda membaca pendirian saya berkaitan hal ini di dalam post yang pernah saya nukilkan sebelum ini:

klik sini: "kenalan" di alam maya ...(part 1)

(selesaikan dahulu membaca artikel pada link di atas sebelum meneruskan pembacaan)

Saya sedar, saat saya menulis artikel tersebut, pembawaan saya agak stereotyping dan ada juga unsur-unsur prasangka....Saya mohon maaf terlebih dahulu...Namun di situ, teselit satu hakikat yang sangat penting yang cuba saya sampaikan berkaitan "kenalan" dan "sahabat"....


(saat ini, saya beranggapan anda sudah mengerti pendirian saya)

Atas dasar pendirian inilah, saya decide untuk menapis acceptation of friend request di dalam Facebook..Saya hanya menerima friend request dari sahabat-sahabat yang saya kenal serta yang mempunyai latar belakang tertentu(e.g.:cikgu-cikgu, junior-junior yang sama sekolah, orang-orang kampung dan yang sewaktu dengannya).

Ketahuilah, sesungguhnya banyak lagi haq-haq "sahabat" kita yang belum kita tunaikan...Sedang haq mereka pun belum tertunai, bagaimana pula kita ingin tunaikan haq-haq "kenalan" kita?...

Utamakanlah dahulu untuk lebih mengenali sahabat-sahabat anda yang hadir di depan mata daripada entah siapa kenalan yang baru anda add...Bicaranya belum tentu jujur..Cakapnya belum tentu betul...Bahkan belum tentu kita dapat menjadi diri kita sebenar sewaktu berbicara dengannya..Ah, ruginya diri kita ketika itu, menipu diri sendiri untuk menipu orang lain!

huh..

Meskipun demikian, ada 1 hakikat "berkenalan" yang pada pendapat saya wajar dilakukan...Saya tidak menemui satu perkenalan yang lebih baik dalam berkenal-kenal di alam maya melainkan atas dasar perkonsian ilmu dan usaha islah antara satu sama lain...Jika masih ingin berkenalan dengan saya, saya syorkan, berkenal-kenallah dengan tulisan saya di blog ni...moga ada manfaat yang dapat dicedok walaupun tidaklah seberapa..tidak perlulah berkenalan dengan tuan empunya diri...kerana tiada apa yang istimewa pun...

wassalam~





Read more...

Monday, August 15, 2011

Anda lapar mata sebenarnya (^_^)




Nasib baik manusia ada dua tangan..



Kalaulah manusia ada sepuluh tangan..




Habis sepuluh-sepuluh tangan dok pakat penuh dengan plastik sekembalinya dari bazaar Ramadhan...



(^_^)

~Don't make Ramadhan and eating contest~

Read more...

Friday, August 12, 2011

Mujurlah....

Mujurlah dosa itu tidak berbau..

Andai kata ia berbau..siapalah agaknya yang sanggup mendekati kita?

Mungkin kita ada ramai kawan. Kita ada banyak orang yang menyanjungi kita. Setiap update status kita di facebook mendapat respon yang banyak dan baik-baik belaka..

Tetapi itu tak bermaksud diri kita sudah cukup baik...tidak bermaksud diri kita sudah cukup mulia..tetapi ketahuilah, kita mempunyai ramai orang yang menyanjungi dan menyayangi kita kerana Allah S.W.T tutup keaiban kita di mata-mata manusia...

Andai kata Allah zahirkan tiap-tiap dosa kita di depan orang ramai..Allah zahirkan apa yang ada di dalam kita yang tidak selari dengan apa yang diucapkan lidah..Allah tunjukkan satu persatu kejelekan yang kita sembunyikan daripada kawan-kawan kita....Siapakah lagi diri kita di hadapan mereka pada saat itu?

Subhanallah..mujurlah masih banyak "kebusukan" diri kita yang Dia hijabkan dari mata dunia...

Di bulan Ramdhan ini..Burulah magrifahNya.....



**********

entri-entri berkaitan Ramdhan yang pernah aku nukilkah sebelum ini:

http://fityah91.blogspot.com/2010/08/membina-tabiat-di-bulan-ramadhan.html

http://fityah91.blogspot.com/2010/08/cepat-la-rukuk-pak-imam.html


http://fityah91.blogspot.com/2010/08/bila-lagi.html


http://fityah91.blogspot.com/2010/09/kalau-bulan-ramadhan-boleh-bulan-lain.html









Read more...

Thursday, July 21, 2011

"His Story"

Pada saat ini,aku sangat geram, marah, benci, sakit hati!

Dengan penipuan yang 'mereka' lakukan. Kepada aku, dan KAMU!

Baru hari ini aku tahu secebis hakikat yang disembunyikan 'mereka'. Menampal cerita ini dan itu di dalam buku teks Sejarah. Menutupi kebenaran yang sebenarnya. Malah menebar fitnah! Meracuni minda remaja-remaja dengan fakta-fakta yang menyeleweng. Mungkin bukan semua, tetapi apabila ini melibatkan hal yang penting, ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng!

Sejarah, atau dalam Bahasa Inggerisnya "History", bukanlah sesuatu yang boleh kita telan bulat-bulat seperti yang kita lakukan pada zaman persekolahan dahulu.

"his" "story". Ah, sinis bunyinya...sinis lagi apa yang dirancangkan 'mereka' untuk kita. Membentuk pemikiran dan pandangan anak muda seperti yang mereka mahukan. Sekalipun dengan cara menebar fitnah!.

"Kamu harus melihat sejarah sepertimana 'kami' mahu kamu melihatnya....PKMM, PUTERA, API, ini semua berhaluan kiri..." kata 'mereka'.

"Benarkah begitu????"

Sekali lagi aku mahu bertanya..."Benarkah begitu!!?, apalagi penipuan dan penyelewengan yang kamu lakukan?"

astaghfirullah.....

"HISTORY IS NOT WRITTEN BY THE HISTORIAN, IT IS WRITTEN BY THE PEOPLE WHO HAVE POWER"

p/s:
Don't underestimate me. Aku bukan penentang kerajaan, dan bukan pula peyokong pembangkang. Aku adalah insan yang mendambakan kebenaran!

Read more...

Monday, July 11, 2011

Mujahadatun Linafsihi

Ku dakap erat tanganku ke dadaku. Kupejam rapat mataku. Ah, perasaan apakah yang sedang bergelora di hatiku ini! Bagai ingin pecah dadaku dibuatnya.

Dalam keserabutan menghantui benakku, jiwaku menyusur mencari jalan-jalan ketenangan. Kuselak pintu kejujuran dalam hati. Kubuka jendela muhasabah. Lalu kelihatan sinaran sayup-sayup memancar. Semakin lama semakin terang cahayanya. Lantas menyuluh kebenaran yang selama ini ditutupi sikap khianat pada diri sendiri.

Ah, di situ rupanya silapnya...

Amalku…

Ya, amalku. Ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Apa yang diperaktikan belakangan ini, tidak selari dengan ilmu yang diterimanya( dari dourah, halaqah, taujih, bahan bacaan dan sebagainya). Kerna itu wujudnya gelora dalam hati.

Hatinya mendesak untuk mengamalkan apa yang telah dipelajarinya, tapi akal dan fizikalnya tidak mahu. Kalah dalam bermujahadah!

Ah, alangkah deritanya hati ini. Asyik kalah, kalah dan kalah dalam mujahadah. Sedangkan Ramadhan bakal menjelang. Bagaimana dengan hati sebegini rupa aku mahu menyambut Ramadhan?

Perlahan-perlahan kuleraikan tangan dari dakapanku. Mata yang dipejam tadi kubuka. Kuhela nafas panjang. Tiba-tiba kudengar hatiku bicara.

“ Kau tahu jawapannya…Teruskan bermujahadah!!!” (^_^)



Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya:

”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”

(Riwayat Muslim)


Read more...

Monday, June 20, 2011

1 perkara penting yang kita lupa

"Argh!! senang je rupanya quiz tadi...Macam mana bleh lupa plak..."

...............

" Dan dan blank plak..macam mana nak jawab test ni!..arrgh!!"

Selepas habis test, "lor, baru ingat...cis!"

................

" Cis, tak guna betul la! Awat result aku tak ok..Waktu exam hari tu, rasa macam boleh je jawab"

...............

(^_^)..

Hehe, common thing selalu berlaku..Kat aku..Kawan-kawan aku, mahu pun pelajar-pelajar lain...Kadang-kadang aku dok fikir gak kenapa jadi gitu... Waktu kat MRSM dulu tak de la plak jadi gini...Maintain je cemerlang, gemilang dan terbilang...

Huh..tapi aku rasa aku dah tau dah sebabnya..

Kat MRSM dulu aku tak pernah datang lewat..NEVER!..ye la kan, aku kan LDP..Eheh.. Then hubungan dengan cikgu pun sangat baik..tiap kali lepas kelas mesti salam dengan cikgu..cium tangan lagi tu...pastu rajin plak tu buat ulang kaji...pendek kata memang ciri-ciri pelajar cemerlang dan akhlak yang comel lotei, semua aku sapu...

Tapi..Bila sampai kat universiti..budaya-budaya tu mula luntur.. kadang-kadang datang lewat..ulang kaji last minute dah jadi adat...nama lecturer pun boleh lupa. Sebab jarang gile communicate dengan lecturer..Even ada sem-sem yang lecturernya tak pernah di tego pun..

Sebab tu la selalu cuai...tiba-tiba blank..kita rasa kita boleh buat,tapi sebenarnya tak...

Sebab aku dan kome, lebih tepat lagi KITA.....Kita lupa 1 perkara yang amat penting...Study is not just about study.. It is about barakah.. Keberkatan dalam belajar..

Datang lewat,

tanda tangan attendance untuk kawan mahu pun sebaliknya,

kutuk belakang lecturer,

tak buat assignment,

ponteng kelas,

meniru...

Semua itu menghilangkan keberkatan..Jadi tidak hairanlah kita tak perform...kerana tiada keberkatan di situ..

Jadi jangan salahkan orang lain kalau kita tak perform..terutamanya lecturer.." tak guna punya lecturer..mengaja tak best langsung!"..Buang sifat ni jauh-jauh dari diri kita...Sebab most of the time, kita sendirilah yang mengkhianati diri kita...

Jadi berazamlah untuk ubah tabiat kita..Ikhlaskan niat kita belajar...Dan hormatilah orang yang mengajar kita..insyaallah...Kita akan lebih seronok belajar, bersemangat, dan tenang...(^_^)..

:
:
:

"Alhamdulillah...So far sepanjang 4 minggu belajar, aku rasa seronok sangat...Pernah lewat ke lecture sekali je coz terlajak tido...Insyaallah aku azam ituah kali pertama aku lewat tanpa sebab yang munasabah untuk sem ni dan terakhir kalinya..Berusaha mengembirakan lecturer, dan sentiasa bersemangat belajar...Insyaallah...Ya, Allah, permudahkan aku Istiqamah..."








Read more...

Tuesday, June 7, 2011

Jujur dengan diri


Hati tak tenang? Otak serabut macam nak pecah? Jiwa kacau?

Duduklah sebentar...Bermuhasabahlah seketika...


Nak salahkan orang lain? lupakanlah dulu salah orang lain..mungkin benar antara kecelaruan yang melanda kita datangnya dari faktor luaran...tetapi itu bukannya dalam kawalan kita.. tidak mengapa.... kerana kita mungkin tak mampu nak ubah orang lain..tapi ingat, kita mampu ubah diri sendiri!

Tepuk dada, tanya hati paling dalam..Cari di mana silap kita...

Ya, silap kita..barangkali kita lebih banyak berlaku curang pada diri sendiri berbanding orang lain berlaku salah kepada kita..terutamanya SIKAP kita..

Dengan neraca apa kita bersikap, neraca IMAN atau NAFSU...sekali lagi, tepuk dada, tanya hati paling dalam..

Jika NAFSU neracanya, maka sikap kita lebih ke arah perkara-perkara lagha dan maksiat.. Dan tidak dapat tidak, dua perkara ini sememangnya "baja" kekacauan jiwa dan pengggundah hati..

Sekiranya IMAN menjadi neraca yang dengannnya kita bersikap, insyaallah hati kita tenang...kerana kita tidak nampak satu apa pun baik nikmat atau musibah, melainkan hikmah dan kebaikan disebalik kedua-duanya..

Apabila telah menemui dimana silapnya diri kita, berjanjilah pada diri untuk memperbaikinya..Sekalipun mungkin tergelincir dalam mengubah sikap, berjanjilah untuk tetap memperbaikinya..jatuh, bangkit, jatuh, bangkit semula...

Kerana kita tahu, tiada siapa boleh mengubah kita, melainkan diri kita sendiri..dan kita juga tahu, tiada neraca lain yang boleh memberi ketenangan sebenar dalam diri kita apabila kita bersikap berpandukannya, melainkan neraca Iman..



" Sungguh menakjubkan perihal orang MUKMIN,
kerana semua perkara yang menimpanya adalah kebaikan
dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan kepada orang yang BERIMAN.
Apabila diberi nikmat lalu disyukurinya,
maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya.
Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah,
maka dia bersabar,
lalu jadilah pula musibah itu sebagai kebaikan baginya"
(hadis riwayat Muslim)

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP