Tuesday, January 26, 2010

Saat kalimah tauhid diungkapkan..


Baru-baru ni Brother Lim Jooi Soon di jemput ke UTP untuk memberi pengisian selepas solat maghrib dan isyak...banyak pengalaman yang dikongsikan beliau baik semasa, mahupun sebelum beliau memeluk islam...

Termasuklah detik ketika beliau melafazkan kalimah tauhid...

"la ilaha illallah muhammadar rasulullah"

katanya, selesai mengucap dua kalimah syahadah, beliau diserang oleh 3 perasaan..

1) Teramat-amat Bersyukur kerana mendapat hidayah daripada Allah SWT..t

2)
Takut apabila memikirkan apa yg akan dilaluinya setelah memeluk islam..dalam pada keluarganya, komuniti tempat tinggalnya dan majoriti rakan-rakan masih lg belum menerima hidayah daripadaNya..Namun dikuatkan dirinya..ini bukanlah satu yang wajar ditakutkan..tapi adalah 1 peluang...peluang untuk berdakwah kepada mereka....

3) Kecewa. tidak cukup dengan itu, beliau menambah...Amat kecewa!

kerana apa?
ibu dan abang beliau meninggal dunia sebelum dia memeluk islam..
bukan kerana itu!

tetapi semasa beliau masih belum memeluk islam..ketika beliau masih lagi tinggal bersama dengan keluarganya yang mana di kawasan kejiranan yg majoriti 80 peratus adalah islam..sepanjang tempon 30 tahun lebih tatkala ibu dan abang beliau masih hidup...x ada seorang islam pun yang datang kepada keluarganya untuk mengajarkan tentang islam...itulah yg amat mengecewakan beliau..

*****

Read more...

Sunday, January 24, 2010

Demi solat berjemaah.

Selesai mengambil wudhuk aku memasuki masjid..kemudian mataku terpaku di suatu sudut..dan aku melihat..

lalu aku terfikir..

"kalau orang yg x de kaki pun gah nak pi solat berjemaah di masjid, mcm manalah kita yg elok sempurna ni kalau x mau jugak pi solat berjemaah di masjid.."


Read more...

Monday, January 11, 2010

Mencari jawapan...


Ayyuhal sahabat-sahabat sekalian..insyaallah hari ini kuingin kongsikan..jawapan kepada soalan-soalan yang barangkali pernah mengusik jiwamu..yang menjadikan dirimu gundah gulana..resah tanpa jawapan...Sedang Al-Quran ada jawapannya..

1) Kenapa ku diuji sebegini rupa?

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"

(Al-Ankabut:2-3)

2) Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". "

(Al-Baqarah-286)

3) Kenapa tidakku dapat apa yang kuidamkan?

"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "

(Al-Baqarah: 216)


4) Kenapa rasa kecewa?

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. "

(Al-Imran: 139)


5) Bagaimana kuharus hadapi?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; "

(Al-Baqarah: 45)


6) Kepada siapa kuberharap?

"Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."

(At-Taubah: 129)


7) Apa yang kudapat dari semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. "

(At-Taubah: 111)


Kita sering bertanya kenapa..tapi kita lupa mencari jawapannya, lantas membiarkan diri keresahan..ayuh, tadabburlah al-quran..bukan handset, komputer, etc sahaja yg ada manualnya..kita juga ada manual..al-quranlah manual kehidupan kita..ayuh mentadabbur ayat2 quran (^_^)

Read more...

Thursday, January 7, 2010

Bicara Mata

Dari jauh aku merenung ke luar jendela...
kelihatan kilauan cahaya samar-samar, tidak jauh bezanya seperti ini



Kemudian kusedar, rupa-rupanya aku tidak memakai cermin mata..patutlah blur semacam...
lantas kuambil cermin mataku dan melihat sekali lagi pemandangan malam di kota..kali ini lebih jelas...


lalu fikiran kuhanyut...mengenang kembali sesuatu yang tiada lagi padaku ; penglihatan yang jelas seperti yang pernah aku nikmati suatu masa dahulu...

kata orang, kita selalunya mensyukuri nikmat setelah kita kehilangannya...yup..ada benarnya..kerna kita selalu berlaku kufur pabila diberi nikmat..

" dan sungguh, kami telah menempatkan kamu dimuka bumi dan di sana kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (tetapi) sedikit sekali kamu yang bersyukur " (Al A'raf: 10)

Alangkah rindunya aku akn penglihatan yang baik seperti dulu, tanpa perlu memakai cermin mata..selesa..memudahkan aku utk bersukan(main takraw) dan masuk hutan dikala hujan..x perlu susah2 ingat kembali letak tempat spek lepas mandi.bila keluar kereta ber air cond pada waktu pagi tiada kabus terbentuk di spek....nak tgk tv sambil baring2 pun senang..

dan kini semua itu tiada lg...



Baru2 ni kucuba contact lens..rasa spt mati hidup semula..namun semua itu cuma utk seminggu lebih..pada mulanya umiku redha perlakuanku memakai contact lens...kemudian tidak..setelah didoktrin dgn kesedaran bahayanya memakai contact lens oleh kakakku (seorang nurse: specialised bidang mata) pada 1 jan yg lalu...yup, hadiah untukku buat tahun baru...tp tetap ku pakai contact lens ptg itu utk bermaik takraw..ternyata performanceku amat teruk..sah sbb ingkar arahan umi..seusai saja main takraw, kubuang contact lens...

Betul juga iklan yg ditayangkan sewaktu aku melihat MHI (segmen iklan tajaan MHI utk hari tu):

"mata adalah anugerah yang tidak ternilai"

Namun kusedar..segalanya milik Allah..bila2 sahaja boleh ditarikNya..persoalannya bukanlah mengapa perkara ini berlaku, ttp bgaimana dapat dimanfaatkan keadaan ini...
baik dapat melihat dgn jelas mahupun rabun, pasti ada kebaikan sebaliknya...carilah yang baik, nescaya engkau akn bersyukur...

p/s: aku tgk cermin, bnyk jgak uban yg dah tumbuh...pastu abg aku cakap aku ni pekak sbb selalu x dgr dia pggl...mata dah kabur, rambut dah beruban, telinga dah x brp dengar, gigi dah...nasib baik gigi elok lg...(^_^)




Read more...

Monday, January 4, 2010

Mewarna dan diwarnai..

Sekiranya diberi pilihan, antara pensil warna dan kertas lukisan, yang mana 1 yang anda mahu jadi?

Sebelum membuat pilihan, ambil sedikit masa utk berfikir...

"Andai kertas lukisan dipilih, aku akan diwarnai...bagaimana? warna apa? terpulanglah kepada pensil warna. Kalau hasilnya cantik, maka cantiklah aku, kalau x?..x cantik la jawabnya kan?..tapi, kalau aku jadi pensil warna, aku berpeluang utk menentukan sendiri bagaimana dan warna apa yang akan aku corakkan di atas kertas lukisan..besar advantagenya ni!"


******************

Bicara tentang realiti masa kini...sekiranya kita menjadi kertas lukisan..beginilah agaknya warna yang akan mewarnai kita~







Diwarnai dengan peredaran zaman..Sedangkan kita, orang islam mempunyai identiti tersendiri..
Bagaimanakah agaknya masa depan kita nanti sekiranya kita terus diwarnai sebegini?

Jesteru, sebagai umat islam, kita perlulah berusaha menjadi agen2 perubahan umpama pensil warna..yang berkuasa ke atas kertas lukisan..yang akan mencorak masyarakat dengan identiti islam sejati...

Andaikata kita kita menjadi kertas sekali pun, biarlah kita menjadi kertas yang hanya membenarkan certain warna yang mewarnainya..warna yang akan membentuk peribadi seorang muslim sebenar..

Read more...

Sunday, December 27, 2009

Vaksin untuk virus pink..


Kumelihat realiti remaja masakini... Begitu ramai yang telah dijangkiti dengan virus yg kugelar virus pink..asyik dengan pasangan masing2...menumpahkan segala perasaan cinta antara satu sama lain..

Barangkali mereka fikir mereka bahagia...mungkin..
kerna yang berasa bahagia itu adalah nafsu sedang iman terseksa..inilah bahayanya virus pink ; mejadikan indah pada pandangan insan2 yang dijangkitinya akan maksiat yang dilakukan..

Setelah kutelusuri masalah ini, kudapati virus pink ini menjangkiti remaja2 yang tidak tahu mengalirkan perasaan cinta kearah yang sepatutnya...jika kecil dahulu perasaan ini hanya untuk ibu dah ayah, bila meningkat remaja ia mula beralih arah...sayangnya remaja sering tersalah arah..kerna itulah mereka perlu dibimbing...

Aku dapati virus ini dapat diubati dengan suatu vaksin..
yakni vaksin usrah..
Dalam usrah remaja2 ini akan lebih terbimbing...perasaan cinta dapat disalurkan dengan betul kepada ahli2 usrah...alangkah untungnya bila dapat merasai manisnya ukhuwah serta redha dari Ilahi?..

Bagiku sudah cukup usrah sebagai pengganti kepada virus pink...x perlu nak ber'couple'..kerna ia mengundang murka Ilahi..

****
Buat mereka yang telah pun terkesan dengan usrah..teruskan berada didalam biah yang baik ini sebagai pembimbing diri kalian..manfaatkannya sebaik mungkin...insyaallah usrah merupakan medan yang baik dalam membentuk jati diri...

Buat yang belum...aku hanyalah sekadar memberi pandangan ..sesungguhnya virus pink bukanlah satu2nya virus yang menyerang kita, malahan banyak lagi virus yang lain..dan aku melihat usrah sebagai satu alternatif yang amat baik untuk menghadapi segala virus2 tersebut..

****
p/s: kadang2 aku terfikir...bagaimanakah agaknya hidupku tanpa usrah yang aku ikuti skg ini?

Read more...

Sunday, December 20, 2009

Selamatkan diri ! Api ! Api !....



"Nun di sana kelihatan api sedang marak membakar rumah yang masih berisi dengan insan-insan di dalamnya.. kebanyakannya masih lena diulit mimpi indah dalam keadaan tidak sedarkan diri..sedang bahaya mendekati dari segenap arah..ada juga yang telah di hempap dengan runtuhan papan-papan yang rebah dek dimamah api, tapi masih bernyawa..


Syukurlah ada beberapa insan pilihan tersedar dari terus lena...Jumlah mereka hanyalah segelintir jika nak dibandingkan dengan jumlah insan yang terus tidak sedarkan diri..berusaha untuk menyedarkan insan-insan lain..dan membawa mereka jauh...jauh dari bahaya...."

*****
Inilah ibaratnya kehidupan yang kita lalui masa kini...
umpama buih di lautan banyaknya manusia islam
yang masih tidak sedar bahawa mereka sedang dan sentiasa di serang dari segenap arah..
baik yang terlihat(jarum-jarum kafir laknatullah yang menusuk fikiran berupa budaya hedonisme, seks bebas, pakaian-pakaian yang tidak menutup aurat dsb)
maupun yang tersirat (bisikan syaitan dan nafsu)..
Yang mana setiap kali kemungkaran ini dilakukan mendekatkan lagi pelakunya kepada bahaya yang lebih besar yakni, NERAKA..
Mujurlah masih ada golongan yang menyedari bahana bahaya ini..
mereka sentiasa berusaha menangkis serangan-serangan ini dengan sedaya-upaya baik yang datang kepada mereka mahupun kepada insan-insan lain...bermujahadah untuk menyelamatkan insan-insan yang sedang "lena" ..merekalah para daie yang menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran...
"kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada allah..." (Al-imran:110)
*****
Buat para daie
Bersabarlah dalam menyeru insan-insan yang didakwahi..sesugguhnya kalian menyeru mereka ke arah suatu yang tidak ternilai harganya..
"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.." (At-Taubah:42)
Bukan kerna malapnya bintang membuatkan ia tidak kelihatan di malam hari,
tapi kerna pekatnya awan yang melindungi sinarnya..
berdoalah kepada Allah agar dihilangkan halangan-halangan yang menyekat pandangan mata hati mereka sehingga mereka dapat melihat dengan sejelas-jelasnya akan bahaya yang menyerang mereka serta jalan keluar dari bahaya tersebut..
******
Buat insan-insan yang masih lena dibuai mimpi
Ayuh, sedarlah!..kehidupan ini hanya sementara..jangan terus membiarkan diri digelumangi perkara-perkara lagha dan maksiat.. sesugguhnya tempat kembali kita hanyalah pada Allah..dan di sana kita akan dinilai nanti..yang mana penghujungya cuma dua pilihan..
yakni
SYURGA atau NERAKA





Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP