Wednesday, October 14, 2015

"Aku Penat!"

Suatu perkara yang membuat aku berfikir panjang tatkala mabit malam tadi,

Seusai muwajjih menyampaikan taujihat berkaitan “Menyebarkan Aib Orang”, MC membuat kesimpulan dan mendatangkan suatu kisah yang dilaluinya 5 atau 6 tahun yang lalu. Ketika itu mereka berjaulah ke Parit bertemu seorang sosok yang hebat, Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Mereka bertanya, macam mana Dr. hadapi “medan” yang SETIAP HARI penuh dengan fitnah, caci maki, ugutan dan berbagai-bagai lagi tribulasi?

Dalam hati mereka timbul ingin dengar jawapan-jawapan yang “power-power”, lain daripada lain, sesuatu yang kedengaran hebat..

Tapi dengan tenang Dr. menjawab “Itu pentingnya Mathurat KUBRA SETIAP HARI, solat malam ..(dll)”.

Sekali lagi MC menekankan “MATHURAT KUBRA SETIAP HARI”….

Perkataan “MATHURAT KUBRA SETIAP HARI” sahaja membuatkan aku berasa seperti hati aku disiat-siat..apatah lagi bila ditambah dengan solat malam, tadarus dll,…ada rasa malu, ada rasa teruk, ada rasa bersalah...

Benar, kerja-kerja medan kadang-kadang membuat kita sangat penat sampai adakalanya kita abaikan mutabaah amal kita..

Kita jadi emosional sebab badan kita penat… otak kita penat..

Sampai terkadang kita tak mampu untuk berakhlak lalu menzahirkan apa yang kita rasa dengan keras..Sedangkan tak semua yang kita rasa perlu kita tulis atau kita ungkapkan..

Kerna yang paling penat waktu tu bukanlah badan kita, bukanlah otak kita, TAPI HATI KITA!

Hati  kita rindukan tangis air mata solat malam..

Rindu Solat subuh berjemaah di masjid..

Rindu zikir-zikir mathurat dan  dan zikir sahih lainya..

Rindu ayat-ayat Allah dan tadabburnya..

Sedangkan kita tegar memandang sepele mutabaah amal kita..

Dan mulut kita bising “ Aku penat!”




Read more...

Saturday, July 6, 2013

Jauh yang dekat


Bukanlah rasa kebersamaan itu pada selalu bersama. Atau selalu berjumpa. Ianya jauh lebih baik dan lebih mulia dari itu.

Berapa banyak orang disekeliling kita tetapi tidak bersama kita. Yang ada hanya tubuhnya, tapi jiwa dan rasanya...jauh sekali!

Berapa banyak juga orang yang jauh dari kita, tetapi hakikatnya dekat sekali.
Yang jauh hanya jarak, tapi hatinya...seakan satu! 

Berkongsi rasa rindu yang satu..

Rasa cinta yang yang satu..

Cita-cita terutama yang satu..

Sehingga membentuk frequensi amal-amal yang berpadu!

Itulah rasa kebersamaan yang hakiki. Di dasari akar tunjang yang tiada goyah..

“Allah-lah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan orang-orang yang beriman dan yang menyatukan hati mereka. Walaupun kamu menghabiskan semua kekayaan yang ada di bumi ini, nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati mereka, akan tetapi Allah-lah yang telah menyatukan hati mereka.” (Surah al-Anfal, 8: 62-63)

(^_^)

Kita mungkin tak punya banyak masa bersama. Atau kesempatan dan kekuatan yang selalu. Jadi mari kita habiskan masa-masa yang ada ini dengan  moment-moment yang berkualiti.

Supaya kelak kita tak lagi berasa jauh..


Read more...

Tuesday, August 14, 2012

Selamat...

"Selamat hari raya"

Nop, not yet....

"Selamat menggencarkan lagi usaha ibadah kepada Allah di akhir-akhir Ramadhan ini !"





Hm, entahla...Cuma kadangkali ucapan selamat hari raya terasa sangat mengusik jiwa. 
Sabar lah.. InsyaAllah masanya akan tiba.
Manfaatkan "sekarang". Because future is really uncertain. There is no guaranteed that you will meet the next Ramadhan.
Moga meraih takwa.


Read more...

Thursday, July 26, 2012

'tapi tak kasi balik.."

Asal solat subuh je, hingus mesti meleleh-leleh disebabkan resdung. Biasanya hari-hari lain ok je, tapi entah macam mana, bulan puasa ni, resdung datang balik. 




Its not me alone, the same goes to a housemate of mine. Tak pernah aku nampak dia makan ubat resdung, tiba-tiba bulan puasa ni dia makan. Katanya resdung dia datang balik puasa ni. Dia pun tak tahu kenapa.

Tetapi ada satu perkara yang aku sangat pasti. Ada satu nukilan ringkas tentang penyakit yang aku terbaca. Lebih kurang bunyinya begini,

Bila kita sakit, Allah perintah malaikatnya untuk,

ambil selera makan kita,
ambil kecantikan wajah kita (muka pucat),
ambil kecergasan fizikal kita,  dan
Allah perintah malaikat untuk ambil dosa-dosa kita.



Tetapi apabila kita sembuh  Allah perintah malaikatnya untuk,

beri kembali selera makan kita,
beri kembali kecantikan wajah kita,
beri kembali kecergasan fizikal kita....

Cuma satu je yang Allah tak kasi  balik....Ya, dosa-dosa kita..(^_^)

"Dari Abu Said al-Khudri radh. dan Abu Hurairah radh. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya." [HR Bukhari]

wallahualam~

Read more...

Monday, July 23, 2012

Senyumlah (^_^)



Senyum itu ada dua. Yang pertama senyum kerana "gembira". Yang Kedua senyum kerana "mengembirakan".

Yang pertama itu biasa-biasa saja. Sememangnya fitrah manusia, apabila dia gembira, pasti terukir senyuman di wajahnya.

Namun, senyuman yang kedua itu sukar sekali. Ya, adakalanya di dalam diri kita bersemi seribu satu kemuraman dan kekusutan. Meskipun begitu kita gagahkan juga untuk diri untuk tersenyum demi mengembirakan orang lain. Namun percayalah, senyuman ini tinggi darjatnya dan mahal di sisi Allah.

Kerana pada senyuman itu terdapat suatu kuasa yang luar biasa. Senyuman dapat mengurai kekusutan yang melanda seseorang. Sebab itu adakalanya dengan hanya  melihat senyuman pada wajah seseorang sudah cukup untuk membuat hati kita yang gundah gulana menjadi tenang.

Jadi, senyumlah (^_^). Nescaya anda mengembirakan dua orang. Pertama pada diri orang yang anda senyum padanya. Kedua,  anda sebenarnya mengembirakan diri sendiri. Gembira kerana mengembirakan orang lain!






Dari Abi Dzar radhiallahu’anhu, berkata : “ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri” (HR. Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: "...memberikan senyuman kepada saudaramu adalah sadaqah..."

wallahualam ~






Read more...

Thursday, July 19, 2012

"tak dak la teruk sangat apa yang menimpa aku ni..."

Alhamdulillah...(^_^)

Keberadaan dalam tarbiyah telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan aku. Dari sudut prinsipnya, cara bersikap, sudut pandang, perilaku dan banyak lagi. Walaupun ada kalanya ternyata jelas berbeza dengan kebiasaan orang ramai sehingga menyebabkan diri terasa asing dan kesorangan, namun aku percaya dan yakin, prinsip inilah yang paling tepat dan hampir dengan islam. After all, its not me alone holding on to the principles. Di sana ramai lagi saudara-saudaraku yang masih tegar dengan prinsip-prinsip ini (^_^).

So hari ni aku nak kongsikan satu perkara yang sangat best yang aku dapat dari tarbiyah, yakni, bagaimana cara menangani stress? Mudah-mudahan dengan tips-tips yang akan diberikan akan mengubah sudut pandang kita dan cara kita bersikap apabila berhadapan dengan stress.

Jadi apa yang patut kita buat bila dilanda stress?

Lets start with the first tips: Katakan pada diri anda:

1) "tak dak la teruk sangat apa yang menimpa aku ni kalo nak dibandingkan dengan orang lain."










Tips yang kedua:

2) "tak dak la teruk sangat apa yang menimpa aku ni kalo nak dibandingkan dengan orang-orang soleh"


Baca dan hayati sirah Rasulullah SAW, nabi-nabi terdahulu, para Sahabat serta orang-orang yang hampir jiwanya dengan Allah. Bandingkan apa yang menimpa mereka dengan apa yang menimpa kita. Nescaya jauh sekali bezanya.


Khabab Ibn Arath dibakar kulitnya dengan besi panas sehinggan titisan cecair yang keluar dari badannya memadamkan besi tersebut.


Sekiranya kita dipulau beberapa hari oleh kawan-kawan, bayangkan pemulauan yang dihadapai oleh para Sahabat sehingga 3 tahun. Hinggakan ada yang makan daun-daun dan kayu kering. Bukan kerana tiada wang untuk membeli makanan, tetapi kerna dipulaukan masyarakat dari segala sudut perhubungan.


Lihat pula apa yang menimpa Nabi kesayangan kita Muhammad SAW. Dilontar batu di Taif sehingga mengalir darah dari tubuh baginda. Suatu masa dahulu di gelar Al Amin oleh masyarakat arab, namun setelah tiba perintah menyampaikan islam lantas baginda dikeji dengan pelbagai cercaan, Si Gila, Pesihir dan sebagainya. Bagaimana pula sikap kita apabila dicerca?

Tips yang ke tiga..yakni tips yang paling dasyat:

3) " Ya Allah, sesungguhnya mata ini gagal melihat hikmah disebalik ujian yang Kau turunkan sehingga terasa begitu sempit jiwa ini. Kau ajarkanlah aku hikmah disebalik ujian ini"

Yup, tips ketiga adalah..berdoa. (^_^)

Untuk tambah kan keyakinan kita lagi, mari kita tadabbur ayat Al-Quran. Insyaallah, ni aku nak kongsikan ayat-ayat Al quran yang selalu memotivasikan aku bila stress:



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (2:282)

"..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)

"Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (64:11)


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (2:186)


"..Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (65:2-3)


"Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan" (94:5-6)


Yakinlah dengan ayat-ayat ini...Andai kata-kata orang bisa menyentuh jiwa kita, inikan kata-kata Ilahi, pemilik segala jiwa.


InsyaAllah sekadar ini dahulu perkongsian daripada aku. So apabila dilanda stress, katakan pada diri anda:


"tak dak la teruk sangat apa yang menimpa aku ni...Aku kan ada Allah" (^_^)







Read more...

Sunday, July 8, 2012

Semuanya baik baginya...(^_^)

Dua orang berbeza prinsip , pandangan hidup dan karekter...Menerima berita yang sama...

Bilik dipecah masuk, dan kehilangan laptop. Seorang marah, seorang lagi pasrah.. Kedua-duanya ada hujah yang kukuh untuk menyokong  tindakan masing-masing....

Namun yang pasti, kecewa Si Pasrah tidak berpanjangan.Luka emosinya cepat pulih, Tidak seperti Si Marah, masih terus menyalah....

Kerana Si Pasrah yakin, Allah Maha Kaya, Maha Pengasih, dan Dia tidak sekali-kali menzalimi hambaNya...

"..dan Allah tidak sekali-kali akan menzalimi kamu" (2:272)


Sedangkan Si Marah berasakan laptopnya yang hilang adalah miliknya secara mutlak. Pencurinya perlu diajar! Wajar bagi mereka kata carut dan maki...Lantas hatinya berterusan dalam keadaan menyalah dan  keluh-kesah...

Itulah bezanya antara orang benar-benar beriman dan yang belum benar-benar beriman...(^_^)

Yup, kadangkala melihat mereka diuji, membuatkan kita benar-benar rasa bersimpati. Tapi yang anehnya, mereka tetap bersabar dan mampu bertenang...

Itulah ajaibnya orang beriman..Jiwa mereka lapang...Seluas laut terbentang...Mengingat Allah menjadikan hati mereka tenang....




Datanglah seburuk manapun ujian pada pandangan orang...Namun pasti tersingkap hikmah baginya...Saat orang berasakan kekalahan itu satu kerugian, baginya seribu satu ruang untuk penambah baikan..Saat orang berasa kesakitan itu satu kesengsaraan, baginya kesakitan itu penghapus dosa-dosa yang akan menyelamatkan dirinya daripada kesengsaraan neraka yang tiada tara.. 


Teringat kisah Hasan Al Basri apabila ditanya tentang zuhud:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."


Justeru marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan kita kepada Allah dengan banyak-banyak mengingatiNya. Mudah-mudahan Allah membuka hati kita untuk melihat setiap hikmah atas setiap ujianNya. Menerima ketentuannya dengan pasrah dan redha, serta tetap dalam kesabaran.


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (13:28)




Kesilapan terbesar sesorang saat dia ditimpa ujian adalah, dia berasa dirinya cukup kuat untuk menghadapi ujian itu bersendirian sehingga dia terlupa bahawa Allah sentiasa ada untuknya.






p/s: Sekiranya orang bertanya saat yang paling bahagia dalam hidupku, aku akan menjawab...Saat yang paling bahagia dalam hidupku adalah tatkala dunia ini terasa begitu sempit kerana ujian dariNya, lalu aku mengingatiNya dengan tulus ikhlas, lantas dibukaNya pintu hikmah....Subhanallah, rupanya ujian ini tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan hikmahnya....(^_^)





Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP