"Aku Penat!"
Suatu perkara yang membuat aku berfikir panjang tatkala
mabit malam tadi,
Seusai muwajjih menyampaikan taujihat berkaitan “Menyebarkan
Aib Orang”, MC membuat kesimpulan dan mendatangkan suatu kisah yang dilaluinya
5 atau 6 tahun yang lalu. Ketika itu mereka berjaulah ke Parit bertemu seorang
sosok yang hebat, Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Mereka bertanya, macam mana Dr. hadapi “medan” yang SETIAP
HARI penuh dengan fitnah, caci maki, ugutan dan berbagai-bagai lagi tribulasi?
Dalam hati mereka timbul ingin dengar jawapan-jawapan yang “power-power”,
lain daripada lain, sesuatu yang kedengaran hebat..
Tapi dengan tenang Dr. menjawab “Itu pentingnya Mathurat
KUBRA SETIAP HARI, solat malam ..(dll)”.
Sekali lagi MC menekankan “MATHURAT KUBRA SETIAP HARI”….
Perkataan “MATHURAT KUBRA SETIAP HARI” sahaja membuatkan aku berasa seperti hati aku disiat-siat..apatah lagi bila ditambah dengan solat
malam, tadarus dll,…ada rasa malu, ada rasa teruk, ada rasa bersalah...
Benar, kerja-kerja medan kadang-kadang membuat kita sangat
penat sampai adakalanya kita abaikan mutabaah amal kita..
Kita jadi emosional sebab badan kita penat… otak kita
penat..
Sampai terkadang kita tak mampu untuk berakhlak lalu
menzahirkan apa yang kita rasa dengan keras..Sedangkan tak semua yang kita rasa
perlu kita tulis atau kita ungkapkan..
Kerna yang paling penat waktu tu bukanlah badan kita,
bukanlah otak kita, TAPI HATI KITA!
Hati kita rindukan
tangis air mata solat malam..
Rindu Solat subuh berjemaah di masjid..
Rindu zikir-zikir mathurat dan dan zikir sahih lainya..
Rindu ayat-ayat Allah dan tadabburnya..
Sedangkan kita tegar memandang sepele mutabaah amal kita..
Dan mulut kita bising “ Aku penat!”