Thursday, July 26, 2012

'tapi tak kasi balik.."

Asal solat subuh je, hingus mesti meleleh-leleh disebabkan resdung. Biasanya hari-hari lain ok je, tapi entah macam mana, bulan puasa ni, resdung datang balik. 




Its not me alone, the same goes to a housemate of mine. Tak pernah aku nampak dia makan ubat resdung, tiba-tiba bulan puasa ni dia makan. Katanya resdung dia datang balik puasa ni. Dia pun tak tahu kenapa.

Tetapi ada satu perkara yang aku sangat pasti. Ada satu nukilan ringkas tentang penyakit yang aku terbaca. Lebih kurang bunyinya begini,

Bila kita sakit, Allah perintah malaikatnya untuk,

ambil selera makan kita,
ambil kecantikan wajah kita (muka pucat),
ambil kecergasan fizikal kita,  dan
Allah perintah malaikat untuk ambil dosa-dosa kita.



Tetapi apabila kita sembuh  Allah perintah malaikatnya untuk,

beri kembali selera makan kita,
beri kembali kecantikan wajah kita,
beri kembali kecergasan fizikal kita....

Cuma satu je yang Allah tak kasi  balik....Ya, dosa-dosa kita..(^_^)

"Dari Abu Said al-Khudri radh. dan Abu Hurairah radh. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya." [HR Bukhari]

wallahualam~

1 comments:

Anonymous,  August 11, 2012 at 8:47 PM  

syukran :)

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP