Monday, July 23, 2012

Senyumlah (^_^)



Senyum itu ada dua. Yang pertama senyum kerana "gembira". Yang Kedua senyum kerana "mengembirakan".

Yang pertama itu biasa-biasa saja. Sememangnya fitrah manusia, apabila dia gembira, pasti terukir senyuman di wajahnya.

Namun, senyuman yang kedua itu sukar sekali. Ya, adakalanya di dalam diri kita bersemi seribu satu kemuraman dan kekusutan. Meskipun begitu kita gagahkan juga untuk diri untuk tersenyum demi mengembirakan orang lain. Namun percayalah, senyuman ini tinggi darjatnya dan mahal di sisi Allah.

Kerana pada senyuman itu terdapat suatu kuasa yang luar biasa. Senyuman dapat mengurai kekusutan yang melanda seseorang. Sebab itu adakalanya dengan hanya  melihat senyuman pada wajah seseorang sudah cukup untuk membuat hati kita yang gundah gulana menjadi tenang.

Jadi, senyumlah (^_^). Nescaya anda mengembirakan dua orang. Pertama pada diri orang yang anda senyum padanya. Kedua,  anda sebenarnya mengembirakan diri sendiri. Gembira kerana mengembirakan orang lain!






Dari Abi Dzar radhiallahu’anhu, berkata : “ Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun engkau bertemu saudaramu dengan wajah yang berseri” (HR. Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: "...memberikan senyuman kepada saudaramu adalah sadaqah..."

wallahualam ~






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP