Sunday, July 8, 2012

Semuanya baik baginya...(^_^)

Dua orang berbeza prinsip , pandangan hidup dan karekter...Menerima berita yang sama...

Bilik dipecah masuk, dan kehilangan laptop. Seorang marah, seorang lagi pasrah.. Kedua-duanya ada hujah yang kukuh untuk menyokong  tindakan masing-masing....

Namun yang pasti, kecewa Si Pasrah tidak berpanjangan.Luka emosinya cepat pulih, Tidak seperti Si Marah, masih terus menyalah....

Kerana Si Pasrah yakin, Allah Maha Kaya, Maha Pengasih, dan Dia tidak sekali-kali menzalimi hambaNya...

"..dan Allah tidak sekali-kali akan menzalimi kamu" (2:272)


Sedangkan Si Marah berasakan laptopnya yang hilang adalah miliknya secara mutlak. Pencurinya perlu diajar! Wajar bagi mereka kata carut dan maki...Lantas hatinya berterusan dalam keadaan menyalah dan  keluh-kesah...

Itulah bezanya antara orang benar-benar beriman dan yang belum benar-benar beriman...(^_^)

Yup, kadangkala melihat mereka diuji, membuatkan kita benar-benar rasa bersimpati. Tapi yang anehnya, mereka tetap bersabar dan mampu bertenang...

Itulah ajaibnya orang beriman..Jiwa mereka lapang...Seluas laut terbentang...Mengingat Allah menjadikan hati mereka tenang....




Datanglah seburuk manapun ujian pada pandangan orang...Namun pasti tersingkap hikmah baginya...Saat orang berasakan kekalahan itu satu kerugian, baginya seribu satu ruang untuk penambah baikan..Saat orang berasa kesakitan itu satu kesengsaraan, baginya kesakitan itu penghapus dosa-dosa yang akan menyelamatkan dirinya daripada kesengsaraan neraka yang tiada tara.. 


Teringat kisah Hasan Al Basri apabila ditanya tentang zuhud:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."


Justeru marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan kita kepada Allah dengan banyak-banyak mengingatiNya. Mudah-mudahan Allah membuka hati kita untuk melihat setiap hikmah atas setiap ujianNya. Menerima ketentuannya dengan pasrah dan redha, serta tetap dalam kesabaran.


“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (13:28)




Kesilapan terbesar sesorang saat dia ditimpa ujian adalah, dia berasa dirinya cukup kuat untuk menghadapi ujian itu bersendirian sehingga dia terlupa bahawa Allah sentiasa ada untuknya.






p/s: Sekiranya orang bertanya saat yang paling bahagia dalam hidupku, aku akan menjawab...Saat yang paling bahagia dalam hidupku adalah tatkala dunia ini terasa begitu sempit kerana ujian dariNya, lalu aku mengingatiNya dengan tulus ikhlas, lantas dibukaNya pintu hikmah....Subhanallah, rupanya ujian ini tidaklah seberapa jika nak dibandingkan dengan hikmahnya....(^_^)





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP