'tapi tak kasi balik.."
Asal solat subuh je, hingus mesti meleleh-leleh disebabkan resdung. Biasanya hari-hari lain ok je, tapi entah macam mana, bulan puasa ni, resdung datang balik.
Asal solat subuh je, hingus mesti meleleh-leleh disebabkan resdung. Biasanya hari-hari lain ok je, tapi entah macam mana, bulan puasa ni, resdung datang balik.
Alhamdulillah...(^_^)
Keberadaan dalam tarbiyah telah mengubah banyak perkara dalam kehidupan aku. Dari sudut prinsipnya, cara bersikap, sudut pandang, perilaku dan banyak lagi. Walaupun ada kalanya ternyata jelas berbeza dengan kebiasaan orang ramai sehingga menyebabkan diri terasa asing dan kesorangan, namun aku percaya dan yakin, prinsip inilah yang paling tepat dan hampir dengan islam. After all, its not me alone holding on to the principles. Di sana ramai lagi saudara-saudaraku yang masih tegar dengan prinsip-prinsip ini (^_^).
So hari ni aku nak kongsikan satu perkara yang sangat best yang aku dapat dari tarbiyah, yakni, bagaimana cara menangani stress? Mudah-mudahan dengan tips-tips yang akan diberikan akan mengubah sudut pandang kita dan cara kita bersikap apabila berhadapan dengan stress.
Jadi apa yang patut kita buat bila dilanda stress?
Lets start with the first tips: Katakan pada diri anda:
1) "tak dak la teruk sangat apa yang menimpa aku ni kalo nak dibandingkan dengan orang lain."
Dua orang berbeza prinsip , pandangan hidup dan karekter...Menerima berita yang sama...
Bilik dipecah masuk, dan kehilangan laptop. Seorang marah, seorang lagi pasrah.. Kedua-duanya ada hujah yang kukuh untuk menyokong tindakan masing-masing....
Namun yang pasti, kecewa Si Pasrah tidak berpanjangan.Luka emosinya cepat pulih, Tidak seperti Si Marah, masih terus menyalah....
Kerana Si Pasrah yakin, Allah Maha Kaya, Maha Pengasih, dan Dia tidak sekali-kali menzalimi hambaNya...
"..dan Allah tidak sekali-kali akan menzalimi kamu" (2:272)
Sedangkan Si Marah berasakan laptopnya yang hilang adalah miliknya secara mutlak. Pencurinya perlu diajar! Wajar bagi mereka kata carut dan maki...Lantas hatinya berterusan dalam keadaan menyalah dan keluh-kesah...
Itulah bezanya antara orang benar-benar beriman dan yang belum benar-benar beriman...(^_^)
Yup, kadangkala melihat mereka diuji, membuatkan kita benar-benar rasa bersimpati. Tapi yang anehnya, mereka tetap bersabar dan mampu bertenang...
Itulah ajaibnya orang beriman..Jiwa mereka lapang...Seluas laut terbentang...Mengingat Allah menjadikan hati mereka tenang....
(^_^)
© Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009
Back to TOP