Sunday, August 21, 2011

malam tadi malam lailatul qadar (malam 21)

" wei, malam tadi malam lailatul qadar"

"haish, mana hang tau?"

"aku tau la..ni aku nak tanya hang, malam tadi malan ke berapa Ramadhan?"

"malam 21"

"ha, nampak..kan malam lailatul qadar berlaku pada malam-malam ganjil pada 10 yang terkahir?"

"macam mana hang tau malam tadi malam lailatul qadar? apa bukti?"

"aku download movie malam tadi dapat 12Mb per second wo...guna lan UTP...biasa 45 kb per second je"

"err...."

**************************

Subhanallah, nampaknya kita dah masuk fasa 10 malam terakhir Ramadhan (^_^).
Dalam islam, fasa ini merupakan fasa yang amat penting bagi insan-insan yang tahu nilainya. Di mana diantara malam-malam ganjilnya, tersedia satu malam yang amat istimewa, yakni lailatul qadar.

Macam-macam perkara aneh yang kita dengar apabila dikaitkan dengan lailatul qadar. Pokok sujud lah. Air sungai berhenti mengalirlah. Sejadah sujudlah. Production kueh lopeh seorang makcik tiba-tiba menjadi amat banyak keesokan harinya kerana pada malam tersebut dia melatah "opocot, lopeh, lopeh, lopeh (300x)" gara-gara diusik anaknya...(^_^)...

Apa-apa pun, semua yang kita dengar itu, tidak ada nas-nas atau dalil yang sahih menerangkannya. Justeru, sejauh mana kebenarannya, Allah sahaja yang lebih mengetahui.

Namun, 1 perkara jelas, kita dianjurkan untuk mengimarahkan masjid dengan beri'tikaf pada malam harinya (10 malam terakhir). Kita juga digalakkan untuk mempertingkatkan amalan-amalan kita dalam usaha bertaqarrub kepada-Nya.

Justeru hal inilah selayaknya yang kita lakukan. Perbanyakkan ibadat. Bukan keluar rumah waktu malam untuk melihat sama ada pokok sujud atau pun tidak kemudian main mercun. Bukan juga pergi ke sungai untuk melihat sama ada air berhenti mengalir atau pun tidak, kemudian sambung tidur!

****

Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Mungkin tahun lepas kita beri'tikaf penuh pada malam 10 terakhirnya. Dihidupkan lagi dengan ibadah-ibadah sunat. Tapi tidak kita rasai kehadiran lailatul qadar. Begitu juga pada tahun-tahun sebelumnya. Malah kita berazam untuk memburunya lagipada kesempatan kali ini.

Entah jumpa, entah tidak.

Namun usah khuatir. Teruskan perbanyak amalan-amalan sunat terutama pada malam harinya...Andai masih tidak dapat merasai kehadiran lailatul qadar, itu tidak mengapa. Sekurang-kurangnya, tercatat disisiNya bahawa kita merupakan orang-orang yang menghidupkan 10 malam terakhir dengan ibadah sekalipun kita gagal merasai kehadiran lailatul qadar. (^_^)

Sedangkan Rasulullah pun berusia 40 tahun tatkala menemui lailatul qadar!

Sepanjang tempoh 40 tahun itu, baginda diuji dengan pelbagai ujian yang sangat berat.pernah hatinya dibelah dan disucikan malaikat.Enam bulan sebelum lailatul qadar, baginda mengasingkan diri secara intensif meninggalkan keluarga dan kaumnya sementara menumpukan sepenuh hati kepada Allah di gua Hira. Setelah apa yang dilalui baginda, barulah baginda bertemu jodoh dengan lailatul qadar tatkala wahyu pertama diturunkan.

Persoalannya, sudah bersih benarkah hati kita untuk layak bertemu dan merasai kehadiran lailatul qadar?

Wallahualam, yang pasti, kita akan terus membersihkan hati kita! Sekalipun itu sehingga kita mati! Mudah-mudahan ada jodoh bertemu lailatul qadar. Ya Allah, apalah kiranya kau izinkan hati-hati ini bertemu dengan malam yang istimewa itu ya Allah..






2 comments:

Najihah Razali August 21, 2011 at 6:54 AM  

subhanallah, shukran luqman. perkongsian yang menarik dan bermanfaat. Imam syafie ada buat carta tentang malam lailatul qadar ni, tapi ana tak pasti lagi. nak pi confirmkan, insyaAllah, :)

fityah91 August 21, 2011 at 7:09 AM  

(^_^)..

btw, take a look at this:

http://genta-rasa.com/2010/09/01/mencari-bukan-menanti-lailatul-qadr/

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP