Mujahadatun Linafsihi
Ku dakap erat tanganku ke dadaku. Kupejam rapat mataku. Ah, perasaan apakah yang sedang bergelora di hatiku ini! Bagai ingin pecah dadaku dibuatnya.
Dalam keserabutan menghantui benakku, jiwaku menyusur mencari jalan-jalan ketenangan. Kuselak pintu kejujuran dalam hati. Kubuka jendela muhasabah. Lalu kelihatan sinaran sayup-sayup memancar. Semakin lama semakin terang cahayanya. Lantas menyuluh kebenaran yang selama ini ditutupi sikap khianat pada diri sendiri.
Amalku…
Hatinya mendesak untuk mengamalkan apa yang telah dipelajarinya, tapi akal dan fizikalnya tidak mahu. Kalah dalam bermujahadah!
Perlahan-perlahan kuleraikan tangan dari dakapanku. Mata yang dipejam tadi kubuka. Kuhela nafas panjang. Tiba-tiba kudengar hatiku bicara.
“ Kau tahu jawapannya…Teruskan bermujahadah!!!” (^_^)
Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya:
”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”
(Riwayat Muslim)
3 comments:
link yg bgus n baik utk tatapn kita bersama..
selamat bermujahadah. kita sbg hamba Allah yg sering leka dan lupa, mmg tugas kita utk sntiasa bermuhasabah, dan sntiasa berusaha untuk memperoleh redhoNya. :)
like!
Post a Comment