Thursday, July 21, 2011

"His Story"

Pada saat ini,aku sangat geram, marah, benci, sakit hati!

Dengan penipuan yang 'mereka' lakukan. Kepada aku, dan KAMU!

Baru hari ini aku tahu secebis hakikat yang disembunyikan 'mereka'. Menampal cerita ini dan itu di dalam buku teks Sejarah. Menutupi kebenaran yang sebenarnya. Malah menebar fitnah! Meracuni minda remaja-remaja dengan fakta-fakta yang menyeleweng. Mungkin bukan semua, tetapi apabila ini melibatkan hal yang penting, ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng!

Sejarah, atau dalam Bahasa Inggerisnya "History", bukanlah sesuatu yang boleh kita telan bulat-bulat seperti yang kita lakukan pada zaman persekolahan dahulu.

"his" "story". Ah, sinis bunyinya...sinis lagi apa yang dirancangkan 'mereka' untuk kita. Membentuk pemikiran dan pandangan anak muda seperti yang mereka mahukan. Sekalipun dengan cara menebar fitnah!.

"Kamu harus melihat sejarah sepertimana 'kami' mahu kamu melihatnya....PKMM, PUTERA, API, ini semua berhaluan kiri..." kata 'mereka'.

"Benarkah begitu????"

Sekali lagi aku mahu bertanya..."Benarkah begitu!!?, apalagi penipuan dan penyelewengan yang kamu lakukan?"

astaghfirullah.....

"HISTORY IS NOT WRITTEN BY THE HISTORIAN, IT IS WRITTEN BY THE PEOPLE WHO HAVE POWER"

p/s:
Don't underestimate me. Aku bukan penentang kerajaan, dan bukan pula peyokong pembangkang. Aku adalah insan yang mendambakan kebenaran!

Read more...

Monday, July 11, 2011

Mujahadatun Linafsihi

Ku dakap erat tanganku ke dadaku. Kupejam rapat mataku. Ah, perasaan apakah yang sedang bergelora di hatiku ini! Bagai ingin pecah dadaku dibuatnya.

Dalam keserabutan menghantui benakku, jiwaku menyusur mencari jalan-jalan ketenangan. Kuselak pintu kejujuran dalam hati. Kubuka jendela muhasabah. Lalu kelihatan sinaran sayup-sayup memancar. Semakin lama semakin terang cahayanya. Lantas menyuluh kebenaran yang selama ini ditutupi sikap khianat pada diri sendiri.

Ah, di situ rupanya silapnya...

Amalku…

Ya, amalku. Ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Apa yang diperaktikan belakangan ini, tidak selari dengan ilmu yang diterimanya( dari dourah, halaqah, taujih, bahan bacaan dan sebagainya). Kerna itu wujudnya gelora dalam hati.

Hatinya mendesak untuk mengamalkan apa yang telah dipelajarinya, tapi akal dan fizikalnya tidak mahu. Kalah dalam bermujahadah!

Ah, alangkah deritanya hati ini. Asyik kalah, kalah dan kalah dalam mujahadah. Sedangkan Ramadhan bakal menjelang. Bagaimana dengan hati sebegini rupa aku mahu menyambut Ramadhan?

Perlahan-perlahan kuleraikan tangan dari dakapanku. Mata yang dipejam tadi kubuka. Kuhela nafas panjang. Tiba-tiba kudengar hatiku bicara.

“ Kau tahu jawapannya…Teruskan bermujahadah!!!” (^_^)



Dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari r.a katanya:

”Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: ”Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.”

(Riwayat Muslim)


Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP