Tuesday, June 7, 2011

Jujur dengan diri


Hati tak tenang? Otak serabut macam nak pecah? Jiwa kacau?

Duduklah sebentar...Bermuhasabahlah seketika...


Nak salahkan orang lain? lupakanlah dulu salah orang lain..mungkin benar antara kecelaruan yang melanda kita datangnya dari faktor luaran...tetapi itu bukannya dalam kawalan kita.. tidak mengapa.... kerana kita mungkin tak mampu nak ubah orang lain..tapi ingat, kita mampu ubah diri sendiri!

Tepuk dada, tanya hati paling dalam..Cari di mana silap kita...

Ya, silap kita..barangkali kita lebih banyak berlaku curang pada diri sendiri berbanding orang lain berlaku salah kepada kita..terutamanya SIKAP kita..

Dengan neraca apa kita bersikap, neraca IMAN atau NAFSU...sekali lagi, tepuk dada, tanya hati paling dalam..

Jika NAFSU neracanya, maka sikap kita lebih ke arah perkara-perkara lagha dan maksiat.. Dan tidak dapat tidak, dua perkara ini sememangnya "baja" kekacauan jiwa dan pengggundah hati..

Sekiranya IMAN menjadi neraca yang dengannnya kita bersikap, insyaallah hati kita tenang...kerana kita tidak nampak satu apa pun baik nikmat atau musibah, melainkan hikmah dan kebaikan disebalik kedua-duanya..

Apabila telah menemui dimana silapnya diri kita, berjanjilah pada diri untuk memperbaikinya..Sekalipun mungkin tergelincir dalam mengubah sikap, berjanjilah untuk tetap memperbaikinya..jatuh, bangkit, jatuh, bangkit semula...

Kerana kita tahu, tiada siapa boleh mengubah kita, melainkan diri kita sendiri..dan kita juga tahu, tiada neraca lain yang boleh memberi ketenangan sebenar dalam diri kita apabila kita bersikap berpandukannya, melainkan neraca Iman..



" Sungguh menakjubkan perihal orang MUKMIN,
kerana semua perkara yang menimpanya adalah kebaikan
dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan kepada orang yang BERIMAN.
Apabila diberi nikmat lalu disyukurinya,
maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya.
Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah,
maka dia bersabar,
lalu jadilah pula musibah itu sebagai kebaikan baginya"
(hadis riwayat Muslim)

2 comments:

anon June 7, 2011 at 4:48 PM  
This comment has been removed by the author.
Anonymous,  June 7, 2011 at 5:46 PM  

ya jujur dengan diri....
syukran fityah....

nak kongsi lirik lagu- perjuangan~saff one~

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP