Friday, March 18, 2011

"Mukadimah-mukadimah" yang perlu dielakkan

Orang kata, antara ciri-ciri pelajar yang cemerlang ialah dia tidak melakukan kerja last minute. Patut tulah keputusan aku moderate je selama ni. Sebab selalu buat kerja last minute.So untuk minggu ni, aku nak test power untuk menjadi pelajar yang cemerlang dengan mengaplikasikan apa yang dikatakan orang.

Hari ini adalah hari yang baru, azam baru dan dengan semangat yang baru. Pagi yang sungguh indah..Ada 1 lab report dan 2 assignment yang perlu dihantar dalam jangka masa seminggu.

"rilek la bro, lama lagi masa tu, enjoy dulu"


" tidak! hari ni aku x nak ulangi kesilapan yang lalu. Aku nak jadi pelajar yang cemerlang. So aku akan siapkan semua tugasan tu sekarang jugak!"

Lalu aku pun mengambil soalan assignment yang perlu disiapkan dan meletakkannya di atas meja. Siap sedia untuk disiapkan.

Tiba-tiba,

"Eh, dahaga pulak, nak bancuh teh jap." Aku pun bangkit dari meja studi lantas membancuh teh.

"huh, lega dahaga..sedap len macam pulak aku bancuh teh hari ni" Aku memuji diri sendiri. Aku percaya untuk menjadi pelajar yang cemerlang seseorang itu bukan sahaja perlu mengelakkan dari melakukan kerja last minute, malah dia perlu yakin dengan kebolehan dirinya. Ya, aku memang pembuat teh yang hebat!

Usai menjamu teh, aku mengambil pen bersiap sedia untuk "berperang" dengan soalan-soalan yang diberi pensyarah.

Tiba-tiba,

"hurm, nak bukak emel jap lah. Kot ada emel yang penting ke. Lagi pun budak-budak kos aku ni selalu post lecture note, solution-solution untuk tutorial dan assignment, contoh-contoh test dan banyak lagi post yang berguna. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, aku perlulah memanfaatkan segala post-post yang berguna ni" bisik hatiku. Lantas aku membuka komputer dan mengecek emel.

"lor, tak de pulak deme post apa-apa kali ni" hampa, apa yang diharapkan tidak ketemu.

"hmh, sambung kerja lah mcm ni."

Tiba-tiba,

"ea eh, ada emel dari fb la. Ada friend request..kena cek ni..hurm, tapi aku nak buat assignment ni..macam mana ni?.erm..erm...erm..x palah, nak cek sekejap ja..pastu sambung la kerja" mungkin niat aku dah lari sikit, tapi segera aku membetulkannya dengan mengingatkan diri bahawa aku hanya akan online untuk 5 minit. Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, aku percaya yang aku perlulah sentiasa meluruskan niat pada setiap masa. Andai bengkok sedikit, kena segera luruskan kembali.

Tiba-tiba,

"ea eh, banyaknya notification. Ada orang komen gambar aku lah..eh, bukan tu saja, status pun deme komen sekali. Siap like lagi tu..eh, apa pulak diorang tag aku ni..owh, rahsia tarikh lahir aku hasil kajian seorang motivator terkenal, Dr Fadzilah Kamsah..menarik ni..wah, apa pulak ni?..bla..bla"

Sebagai seorang pelajar yang cemerlang...aku percaya...eh silap..sebagai seorang kawan yang baik, aku percaya bahawa aku haruslah menghargai apa yang kawan-kawan fb aku dah post kat wall aku. Setiap komen perlu dibalas dengan komen. Setiap like dibalas dengan like. begitu juga lain-lain. Lantas aku jari-jariku mula menari di atas papan kekunciku.

Tiba-tiba,

"Alamak, dah tengah hari. Hampeh, kerja 1 pun x siap. tak guna punya fb"

Tiba-tiba,

"lapar la pulak." inilah akibatnya gara-gara 3 jam 47 minit menghadap fb. Banyak tenaga telah digunakan. Tenaga yang hilang perlu diganti. lalu aku pun ke kafe untuk makan..

:
:
:

Tiba-tiba

"alamak!, esok dah due date untuk hantar assignment..macam mana ni?..1 pun tak siap lagi...arr!!" masa untuk mengopy

*******

moral: kadang-kala kita memang sudah berniat untuk melakukan perkara yang betul. jadi bersegeralah melakukannya. Tak payah nak banyak-banyak mukadimah. Nanti tak terbuat kerja.

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP