Tuesday, June 29, 2010

Sabar...dan teruskanlah bersabar

Sabar, sabar dan teruskanlah bersabar.

Tetapi sampai kapan?

Sampai engkau mulai merasai kehadiranNya di sisimu.

"Hendaklah kamu bersabar, sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar" (Al-Anfal: 46)

Lalu kehadiranNya meleraikan segala belenggu yang membuatkan hatimu berasa sesak. Lantas engkau pun berasa tenteram. Lalu dibuka jalan-jalan keluar dari masalah yang merantai dirimu dari jalan yang engkau tidak sangka-sangka Dan tatkala itu barulah engkau sedar, sebenarnya sabar itu sangat indah.

Adakalanya Allah menghilangkan mentari. Kemudian didatangkanNya pula guruh dan kilat. Puas kita menangis di mana matahari. Rupa-rupanya Allah hadiahkan pelangi.



Ya Allah, hambaMu ini insan yang maha lemah. Kadangkala terasa berat sekali ujianMu. Lalu dengan rendah diri kami mengadu kepadaMu. Bukan untuk diringankan beban itu... tetapi kurniakanlah kami kekuatan untuk terus sabar dalam mengharungi ujian tersebut. Kerana kekuatan itu hanya ada padaMu. Mudah-mudahan dengan ujian itu, hapuskanlah dosa-dosa kami dan tingkatkanlah ketakwaan kami disisimu.

Read more...

Saturday, June 26, 2010

"Muslim Ben Ten Sainal"


" Abg Man, Abg Man !..nama adik Muslim Ben TEn Sainal" kata Muslim, adik bongsuku sambil tangannya menarik-narik bajuku...

"ha?"



Read more...

Monday, June 21, 2010

"ustaz dah kahwin?"

Tertawa kecil hatiku bila mengenangkan peristiwa semalam. Berbagai-bagai karenah yang dipamerkan oleh pelajar-pelajar SRAR yang aku ajar. Maklumlah, budak-budak lagi katakan. Walaupun ini bukanlah kali pertama aku menjadi guru ganti( atas arahan umi selaku guru besar ), pengalaman hari pertama untuk tahun ini ternyata berbeza.



Alhamdulillah, rata-rata pelajar darjah 5 yang aku ajar semalam boleh membaca Al-quran dan membaca tulisan jawi walaupun ada yang kurang lancar. Sekurang-kurangnya lebih baik dari pelajar darjah 5 tahun lepas, kerna ada pelajar yang tidak boleh membaca Al-quran langsung. Sekiranya ramai pelajar darjah 5 "hyperaktif" tahun lepas, tetapi untuk kali ini kurang sedikit. Barangkali kerana hanya ada 3 orang pelajar lelaki yang hadir semalam di kelilingi pelajar-pelajar perempuan yang 5 kali ganda lebih ramai. Pelajar lelaki yang lain? Mungkin tersalah tengok kalender dan masih bercuti (husnul zhon). Mudah-mudahan hari ini lebih ramai yang dapat hadir.

Lain pula ragamnya dengan pelajar darjah 1. Baik versi tahun ini mahupun tahun lepas, kedua-duanya super hyper aktif. Subhanallah, susah benar nak mententeramkan keadaan kelas. Rasanya tak mengajar aku semalam melayan karenah mereka. Tak sempat nak masuk topik, macam-macam soalah yang diajukan. Tak kurang juga yang keluar masuk tandas.

"ustaz, ustaz kawan kami cakap ustaz macam imam muda yang dalam tv tu" jerit seorang pelajar lelaki sambil kawan disebelahnya cuba sedaya upaya menarik dan menutup mulut pelajar tersebut sambil tersipu-sipu malu.

"ustaz, buku ni ke?" tanya seorang pelajar perempuan untuk memastikan dia telah mengeluarkan buku yang betul walaupun dah lebih 3 kali kutunjukkan buku yang perlu dikeluarkan.

"ustaz baikla" kata pelajar perempuan di depanku tersenyum-senyum. Ntah berapa kali dia ulang perkataan yang sama sambil aku cuba mententeramkan keadaan kelas.

Dan soalan yang paling tak boleh blah:

"ustaz dah kahwin?"

Terkesima sebentar aku untuk menjawab soalan tersebut. Yang bertanya lelaki pula tu. Dan yang tak boleh tahan lagi, pelajar tersebut bertanya soalan yang sama setiap kali terserempak denganku.

Siap boleh bagitahu kawan dia yang kelas lain " betul, ustaz tak kahwin lagi, tak caya hang tanya la" kata pelajar tersebut meyakinkan kawannya sambil menunjukkan jari ke arahku untuk meminta kepastian. Memandangkan di dalam masjid aku hanya mengangguk tidak bersuara dan disusuli dengan memberi isyarat diam.

Subhanallah, begitulah serba sedikit ragam pelajar darjah 1 yang ku ajar semalam. Rasa-rasanya mengajar pun dah tak seperti mengajar kerana semua dah tak fokus. Nak dimarah suruh diam,tak kusanggup, apatah lagi nak di rotan.

Apa-apapun, petang ni aku perlu mengajar lagi. Mudah-mudahan pengalaman ini mengajar aku bagaimana untuk memahami kanak-kanak dengan labih baik dalam usaha mengenal pasti uslub dakwah yang sesuai untuk golongan ini. Masa kecil inilah yang perlu dididik baik-baik bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Moga-moga mereka menjadi muslim atau muslimah yang berjaya dewasa kelak dan bukannya sebagai mat dadah yang sinonim dengan orang-orang melayu felda.

Read more...

Sunday, June 20, 2010

Agar Hati Tak Mati Berkali

Agar Hati TAk Mati Berkali-kali sebuah karya berbahasa Indonesia yang membicarakan suatu topik yang amat hampir dengan kita, yakni HATI.

"Sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging, Bila ia baik, maka baik pulalah seluruh tubuh, Bila ia rusak, rusak pulalah seluruh tubuh, Ketahuilah bahwa ia adalah hati."

Beberapa pokok persoalan tentang hati disentuh dan dihuraikan dengan sangat baik. Antaranya tentang bagaimana memahami hati untuk menata kehidupan, tentang matinya cinta sejati, pendidikan hati dan banyak lagi.

Disulami pula dengan ayat-ayat quran, hadis-hadis, atsar, sirah nabawiah dan kisah orang-orang terdahulu menjadikan karya Muhammad Al Bani lebih memberkas di jiwa pembaca.



Suatu bahan bacaan yang amat sesuai untuk tazkiatun nafs. Tidak lain dan tidak bukan, supaya hati kita tidak mati berkali-kali. Supaya kita sedar, bermuhasabah dan berkekuatan untuk meninggalkan segala kemaksiatan yang kita lakukan dalam keadaan kita sedar ia salah.

Mudah-mudahan kita memiliki jiwa yang mana di dalam al quran Allah SWT menyebut sebagai "jiwa yang tenang".

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas
lagi diridhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku.
Masuklah ke dalam syurga-Ku."
(89:27-30)

Read more...

Friday, June 11, 2010

Bahan Bacaan


&



On progress.


Read more...

Thursday, June 3, 2010

"Ana menumpang kekuatan dari antum yang ikhlas di jalan ini.."


Dalam melangkah di jalan ini, adakalanya kita terjatuh. Bangun, bangkit kembali. Kerana destinasi masih jauh. Namun, kadangkala jauh terasa "amat jauh". Sehingga tak terdaya untuk bangkit semula setelah jatuh. Sehinggakan mata mula menoleh ke jalan-jalan yang lain. Merenung dan menimbang tara baik buruk jalan-jalan yang lain. Ternyata jalan yang dilalui sekarang adalah yang terbaik berbanding jalan-jalan lain. Tetapi, apakan daya, diri ini terasa amat kelelahan. Berdiri pun tidak mampu, apakah lagi melangkah?Patutkah aku melalui jalan lain? Jalan yang lebih mudah. Sepertimana kebanyakan orang lakukan. Jangan. Jangan begitu. Jangan biarkan "kepenatan" mempengaruhi emosimu dalam membuat keputusan. Carilah kekuatan!

*****
Ikat kembali tali hubungan denganNya dengan beribadah

Iman berkadar langsung dengan hubungan kita dengan Allah. Semakin dekat kita bertaqarrub kepadaNya, semakin tinggilah iman kita. Jesteru rapatkan kembali jurang hubungan kita kepada Allah dengan banyak beribadah kepadaNya.

Terasa sukar? Nikmat beribadah tidak terasa seperti dulu? Susah nak ikhlas? Dah cuba, tapi masih gagal? Biasalah tu. Dalam keadaan futur, memang sukar untuk merasai nikmat beribadah. Ini kerana hati sedang dalam kegelapan. Perlukan masa untuk diterangi semula. Tetaplah bertaqarrub kepadaNya walaupun terpaksa memaksa diri. Buat juga walaupun terpaksa? Ya, teruskanlah walaupun terpaksa. Kerana ada benarnya keikhlasan itu hadir dari keterpaksaan.

Jauhi maksiat

Bila sakit, kita perlu makan ubat. Jangan dilupa, ada juga pantangnya. Tidak akan sembuh sakit jantung walaupun makan ubat, tetapi masih mengambil makanan berlemak secara berlebihan. Begitu juga dalam usaha kita mengeratkan kembali hubungan dengan Allah. Tiada gunanya kita beribadah namun mata masih tak terjaga, mulut pot pet sini sana mengata dan mengumandangkan kata-kata kesat, perkara-perkara lagha masih banyak dilakukan. Tentulah susah untuk merasa nikmat beribadah kalau terus dalam keadaan begini.

Tetapi hati cenderung untuk berbuat perkara sedemikian dalam keadaan. Ah, bagaimana ni? Aku tidak mampu memaksa diriku untuk ikhlas, hatiku pula cenderung untuk melakukan maksiat kepadaNya.


"Ana menumpang kekuatan dari antum yang ikhlas.."


Itulah pesanan yang aku dapat baru-baru ini. Ringkas, tapi sangat bermanfaat. Betul juga, biasanya bila kita berkumpul bersama dengan sahabat-sahabat yang juga berada di jalan ini, seolah-olah iman kita tercas kembali. Rasa bersemagat kembali apabila berdourah, berjaulah, berrehlah dan mabit bersama.

" jadi kalau antum mula rasa iman dah turun, pergilah berjumpa dengan ikhwah-ikhwah lain. Kerana di situ ada kekuatan. Dalam kalangan kita ada yang benar-benar ikhlas di jalan ini. Kata-katanya menusuk kalbu. Kadang-kadang tidak perlu bersuara pun, tetapi dengan melihat mereka sahaja, kita terasa semangat kembali. Itulah pentingnya amal jamaie. "

*******

"sesungguhnya Kami (Allah) benar-benar akan menguji kamu agar nyata pengetahuan Kami (Allah) siapakah mujahidin (orang yang berjihad) antara kamu dan yang bersabar, dan Kami (Allah) uji pula berita-berita (hal ehwal) kamu. " (Muhammad: 31)

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP