Wednesday, December 22, 2010

Banyak untuk sedikit

Aku cek file-file yang ada dalam hard disk komputer aku. Dengan kabel khas yang dipinjamkan roommate aku, aku menyambung hard disk tersebut ke laptop. Akhirnya setelah hampir setahun setengah, aku dapat mengakses semula hard disk ni selepas satu insiden hitam yang berlaku waktu foundation dulu.

Aku buka folder-folder documents, application, music, video dan lain-lain. Huh, ada nasib baik ada lagi bahan-bahan kenangan yang aku kumpul dahulu. Walaupun tak semua, tak apalah.Sekurang-kurangnya ada.

Sambil-sambil menyemak gambar-gambar kenangan waktu di MRSM Merbok dulu, aku terjumpa gambar ni:

(^_^)

Tersenyum aku mengamati gambar tu. Aku pun sudah lupa bila aku mengambil gambar tersebut. Tetapi, yang pasti tulisan yang terpampang di meja belajar tersebut masih segar dalam otak kanan aku.

SPM 9 1A

-usaha 2 tahun untuk peperiksaan beberapa jam

-buku bertimbun-timbun untuk kertas periksa beberapa helai

-duit habis beribu-ribu semata-mata untuk mencapai 9A1

Bila difikir-fikirkan semula, tidak dapat dinafikan kita banyak menghabiskan masa untuk sesuatu sedikit.

Kita belajar sepanjang sem untuk final exam yang hanya beberapa jam.

Budak-budak event asyik-asyik dok mesyuarat semata-mata nak menjayakan event yang kadangkala tak sampai sehari pun.

Pelari pecut berlatih berbulan-bulan untuk pertandingan yang mengambil masa hanya beberapa saat.

Bekerja saban hari semata-mata untuk dapat gaji yang sekali sebulan baru dapat.

Hakikatnya kita banyak sekali dalam membuat persediaan untuk kehidupan kita di dunia ini. Padahal natijahnya bersifat fana. Tidak dinafikan, untuk hidup kita perlukan buat banyak persediaan kerna banyak perkara yang bakal kita tempuhi.

Tetapi pernahkah kita terfikir. Bagaimana pula persediaan kita untuk satu perkara yang mana natijahnya bersifat selama-lamanya?

1 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP