Friday, November 5, 2010

Diam ada makna

Kolumnis: Hj Zainuddin Ali


Sering berlaka dalam komunikasi, ada orang yang lansung tidak memberikan sebarang respons. Tiada sebarang tindak balas, hanya diam sahaja. Tidak bercakap atau bersuara, senyap dan membisu seribu kata.Apabila keadaan ini berlaku, kita sering rasa kurang senang dengannya.
:
:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam" (Riwayat Bukhari)
:
:

..Berikut kita lihat jenis-jenis diam:

* Diam semula jadi

Seorang pemuda menyapa seorang gadis di dalam bas. Si pemuda memulakan dengan bertanya nama, nak ke mana, sudah berpunya atau belum, namun gadis itu hanya tersenyum. Pemuda ini sudah tidak tahan lagi lalu mendesak si gadis memberi respons. Tiba-tiba gadis itu bersuara agak kuat tetapi tidak jelas. Rupa- rupanya gadis itu seorang yang bisu. Itulah diam yang semula jadi.

* Diam terpaksa
Zaman saya kecil dulu apabila ibu ayah sedang bercakap dengan seseorang yang lebih tua, saya disuruh diam kerana tidak boleh menyampuk orang tua bercakap. Kalau ikutkan rasa hati kita ingin menyampuk kerana pada masa itu ada sesuatu yang untuk bercakap. Tegahan tadi membuat kita akun duduk berdiam diri.

*******

Ketahui lagi jenis-jenis diam yang lain seperti

* Diam bodoh
* Diam malas
* Diam marah
* Diam merajuk
* Diam khianat

dalam solusi isu 25 (terbaru)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP