Sunday, November 7, 2010

akhirnya ketemu juga alasannya..

ada saat dan ketikanya..terketuk di pintu hati kita untuk berubah..dari malas kepada rajin..dari pada sering lewat kepada menepati masa..dari itu kepada ini...tapi seringkali juga perubahan itu berhenti di tengah jalan...

kenapa ini berlaku?

kerana "driving force" untuk kita berubah semakin luntur dek masa berlalu. Kerana kita tiada alasan yang kukuh untuk berubah... ya, alasan yang kukuh itu merupakan driving force untuk kita sentiasa kosisten dalam melakukan perubahan.

"aku nak berubah supaya aku boleh dapat anugerah dekan kali ini"
bisik hati kita.

Lantas seribu 1 strategi dirancang menuju ke arah itu.Malangnya setelah 11 strategi dilaksanakan, kita mula berasa penat. Lalu strategi yang tak direncana tiba-tiba terlaksana.

"weyh, jom dota"
"ni ada crita korea baru..jom tengok""nak tido 'sat' lah"
"nak fb 'sat' lah"

Aneh, semakin hari semakin banyak strategi yang tak dirancang terlaksana..Bagaimana dengan strategi yang dirancang?hampeh tak terlaksana.

Di mana semangat nak berubah dulu? kata nak dapat anugerah dekan.

Ah, rupanya alasan untuk mendapatkan anugerah dekan bukanlah alasan yang kukuh untuk kita berubah. Mungkin ya untuk orang lain. tetapi tidak untuk kita..
Lalu kita bermenung panjang memikirkan di mana silapnya. Penuh dengan perasaan bermuhasabah.

Dalam bermenung, terbayang wajah ibu bapa. Terkenang saat mereka menghantar kita ke universiti di hari pertama dulu. Gembiranya mereka...Bangganya mereka..

" anak aku dapat masuk universiti PETRONAS" kata seorang ibu kepada jirannya. lucu mendengar dek hilangnya perkataan Teknologi diantara universiti dan PETRONAS.

"nanti dah habis nanti dapat kerja dengan PETRONAS..gaji besar" sambungnya lagi...
"belajar rajin-jajin ye nak" pesan si ibu sebelum meninggalkan kita dihari pendaftaran universiti.terpapar airmata kebanggaan bergenang dimatanya..

Kemudian terbayang pula adik-adik...

"abang..abang.. nanti adik pun nak sekolah asrama macam abang"
"abang..abang... nanti adik besar nanti adik nak masuk universiti PETRONAS macam abang"
"Abang..abang...nanti beli baju adik kaler macam baju abang tau"

Ah, betapa kita menjadi idola mereka..

Tiba-tiba hati tersentak..

"inilah dia..ya, inilah dia alasan yang selama ini yang aku cari..Aku perlu berubah kerana mereka..orang-orang yang aku sayangi..."



Sampaikah hati kita mengecewakan mereka?








Muhamad Lukman Bin Sainal,
Consultant e-pendidikan Skor A,
http://thewebucationbusiness.com

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP