Monday, November 22, 2010

laptopku bukan "katilmu"


Read more...

Saturday, November 20, 2010

Share

Every 2 days, akan ada kisah-kisah dari sirah umat islam singgah di inbox aku since sign up untuk website ni http://tutorialgdi.ws/anbia.html . Hari ni ingat nak share antara kisah yang aku dapat. Kome semua pun boleh sign up untuk website ni. Dapat jugak pengisian every two days secara tak lansung, ye dak? (^_^)

*
*
*

Dapatkan Kisah-kisah Para Anbia terus ke dalam email anda setiap hari untuk dijadikan pedoman dan panduan dalam kehidupan kita menuju kepada Allah swt.
Hanya klik disini.
http://tutorialgdi.ws/anbia.html
______________________________

_______________________________________

Salam untuk lukman, kisah kali ini,

Kain Kafan Pahlawan Besar Salahuddin Al-Ayyubi

Seluruh dunia kenal akan kebesaran, keberanian dan kegagahan pahlawan besar Islam Salahuddin Al-Ayyubi dalam perang salib. Di bawah panglima besar ini, beberapa bumi islam dapat dibebaskan dari penjajahan kaum salib kristian.

Panglima Salahuddin menumpukan segala daya upayanya dalam perang ini untuk mengembalikan maruah umat Islam yang dipermain-mainkan oleh kaum musyrikin. Bumi Palestin yang telah dijajah oleh kristian selama 90 tahun dapat dibebaskan.

Kekayaan negara-negara Islam yang dapat dibebaskan, digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat dan pertahankan negara dari serangan musuh.Di Mesir, Salahuddin membina sebuah benteng tebal yang kukuh dan panjangnya lebih dari satu kilometer. Di Damaskus, didirikan rumah 'Takiyah' atau tempat pemeliharaan orang-orang miskin.Demikian juga diSudan, Yaman, dan lain-lain negara yang pernah ditadbir oleh Panglima besar ini terdapat banyak bangunan kebajikan untuk rakyat.

Setelah bertahun-tahun memimpin negara Islam dan perang melawan tentera salib, tibalah saatnya Salahuddin kembali ke hadrat Allah.Pada waktu kewafatan pahlawan dan pemimpin besar ini terjadilah sesuatu yang menyedihkan sekali.Orang-orang besar dan kerabat diraja yang menyaksikan kewafatkan itu sama-sama mengalirkan air mata.Ini bukan sahaja kerana pemergiannya untuk selamanya tetapi sangat terharu apabila membuka tempat penyimpanan harta panglima besar itu kosong sahaja.

Demikian juga harta kerajaan yang dipimpinnya juga kosong, semua harta yang ada digunakan sepenuhnya untuk perang dan kesejahteraan rakyat.Sehingga untuk membeli kain kafan pembalut jenazah si panglima pun tidak ada langsung. Maka pembesar-pembesar dan raja-raja yang ada di bawah taklukan Salahuddin bersepakat untuk mengutip derma di antara mereka untuk membeli kain kafan untuk pengurusan jenazah Panglima Salahuddin Al-Ayyubi.

Ternyata Penglima besar itu sudahpun tidak memikirkan sama sekali akan harta untuk dirinya. Semua tenaga dan fikirannya hanya dicurahkan untuk Allah semata. Allahu Akbar. Semoga Allah tetap mencucuri rahmat ke atasnya.

_____________________________________________________________________
Bantuan:
Semoga lukman dapat tolong foward2kan kisah2 ini kepada sahabat2 yang lain, terima kasih.

Read more...

Thursday, November 18, 2010

Kucing oh kucing

Belakangan ada 2 ekor anak kucing selalu main dalam bilik aku..seekor hitam seekor lagi putih hitam..Comel..aktif..menyejukkan mata yang memandang..Main kejar-kejar, gigit-gigit, sampai tangan dan kaki aku pun digigitnya..Teringat kembali memori dengan kucing-kucing aku di rumah..

Dalam pada itu, aku mengenal pasti tabiat pelik si hitam. Nampaknya si hitam suka barang teknologi. Laptop dan printer aku jadi "port" untuk dia rilek-rilek lepas main..kata member aku maybe sebab laptop dengan printer panas. Kucing suka tempat panas..Tapi bila turn off laptop pun dia landing kat situ jugak...tak panas pun laptop..jadi idea mengatakan suka tempat panas mungkin kurang tepat..




Semalam aku dengar bilik sebelah bilik depan aku kecoh-kecoh..rupanya si hitam putih menunaikan hajat besarnya di sana..sebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga...habislah kome..lepas ni kalau nak ziarah bilik aku kena kejap-kejap je..coz bahaya..nanti tak pasal-pasal aku kena berurusan dengan bisnes "kecik" mahupun "besar"...dua-dua aku tak nak (^_^)..



pengajaran:


untuk si hitam dan si putih hitam, jangan buat "bisnes" di dalam bilik orang.bilik aku pun jangan..cukuplah aku "berbisnes" dengan kucing di rumah... orang tak suka...itu akan menjejaskan kecomelan kome di mata orang..nanti dah tak sejuk lagi mata orang memandang..

Read more...

Monday, November 8, 2010

Berubahlah

Ada saat dan ketika kita mengeluh,

"hmm..aku ni kurang confident la"

"Apa yang tak kena dengan aku ni...asyik kena marah dengan bos je"

"alamak, 'death list' lagi..."

Sekadar mengeluh tidak menyelesaikan apa-apa..Berubahlah

Siapa kita pada hari ini tidak penting kerana siapa kita pada hari ini adalah hasil acuan kita masa lalu. Yang lebih utama adalah siapa kita pada masa akan datang. Jadi mulalah membentuk acuan dari saat ini. Kerana siapa kita pada masa akan datang adalah hasil acuan kita pada hari ini.






Muhamad Lukman Bin Sainal,
Consultant e-pendidikan Skor A,
http://thewebucationbusiness.com

Read more...

Sunday, November 7, 2010

akhirnya ketemu juga alasannya..

ada saat dan ketikanya..terketuk di pintu hati kita untuk berubah..dari malas kepada rajin..dari pada sering lewat kepada menepati masa..dari itu kepada ini...tapi seringkali juga perubahan itu berhenti di tengah jalan...

kenapa ini berlaku?

kerana "driving force" untuk kita berubah semakin luntur dek masa berlalu. Kerana kita tiada alasan yang kukuh untuk berubah... ya, alasan yang kukuh itu merupakan driving force untuk kita sentiasa kosisten dalam melakukan perubahan.

"aku nak berubah supaya aku boleh dapat anugerah dekan kali ini"
bisik hati kita.

Lantas seribu 1 strategi dirancang menuju ke arah itu.Malangnya setelah 11 strategi dilaksanakan, kita mula berasa penat. Lalu strategi yang tak direncana tiba-tiba terlaksana.

"weyh, jom dota"
"ni ada crita korea baru..jom tengok""nak tido 'sat' lah"
"nak fb 'sat' lah"

Aneh, semakin hari semakin banyak strategi yang tak dirancang terlaksana..Bagaimana dengan strategi yang dirancang?hampeh tak terlaksana.

Di mana semangat nak berubah dulu? kata nak dapat anugerah dekan.

Ah, rupanya alasan untuk mendapatkan anugerah dekan bukanlah alasan yang kukuh untuk kita berubah. Mungkin ya untuk orang lain. tetapi tidak untuk kita..
Lalu kita bermenung panjang memikirkan di mana silapnya. Penuh dengan perasaan bermuhasabah.

Dalam bermenung, terbayang wajah ibu bapa. Terkenang saat mereka menghantar kita ke universiti di hari pertama dulu. Gembiranya mereka...Bangganya mereka..

" anak aku dapat masuk universiti PETRONAS" kata seorang ibu kepada jirannya. lucu mendengar dek hilangnya perkataan Teknologi diantara universiti dan PETRONAS.

"nanti dah habis nanti dapat kerja dengan PETRONAS..gaji besar" sambungnya lagi...
"belajar rajin-jajin ye nak" pesan si ibu sebelum meninggalkan kita dihari pendaftaran universiti.terpapar airmata kebanggaan bergenang dimatanya..

Kemudian terbayang pula adik-adik...

"abang..abang.. nanti adik pun nak sekolah asrama macam abang"
"abang..abang... nanti adik besar nanti adik nak masuk universiti PETRONAS macam abang"
"Abang..abang...nanti beli baju adik kaler macam baju abang tau"

Ah, betapa kita menjadi idola mereka..

Tiba-tiba hati tersentak..

"inilah dia..ya, inilah dia alasan yang selama ini yang aku cari..Aku perlu berubah kerana mereka..orang-orang yang aku sayangi..."



Sampaikah hati kita mengecewakan mereka?








Muhamad Lukman Bin Sainal,
Consultant e-pendidikan Skor A,
http://thewebucationbusiness.com

Read more...

Friday, November 5, 2010

Diam ada makna

Kolumnis: Hj Zainuddin Ali


Sering berlaka dalam komunikasi, ada orang yang lansung tidak memberikan sebarang respons. Tiada sebarang tindak balas, hanya diam sahaja. Tidak bercakap atau bersuara, senyap dan membisu seribu kata.Apabila keadaan ini berlaku, kita sering rasa kurang senang dengannya.
:
:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata benar atau diam" (Riwayat Bukhari)
:
:

..Berikut kita lihat jenis-jenis diam:

* Diam semula jadi

Seorang pemuda menyapa seorang gadis di dalam bas. Si pemuda memulakan dengan bertanya nama, nak ke mana, sudah berpunya atau belum, namun gadis itu hanya tersenyum. Pemuda ini sudah tidak tahan lagi lalu mendesak si gadis memberi respons. Tiba-tiba gadis itu bersuara agak kuat tetapi tidak jelas. Rupa- rupanya gadis itu seorang yang bisu. Itulah diam yang semula jadi.

* Diam terpaksa
Zaman saya kecil dulu apabila ibu ayah sedang bercakap dengan seseorang yang lebih tua, saya disuruh diam kerana tidak boleh menyampuk orang tua bercakap. Kalau ikutkan rasa hati kita ingin menyampuk kerana pada masa itu ada sesuatu yang untuk bercakap. Tegahan tadi membuat kita akun duduk berdiam diri.

*******

Ketahui lagi jenis-jenis diam yang lain seperti

* Diam bodoh
* Diam malas
* Diam marah
* Diam merajuk
* Diam khianat

dalam solusi isu 25 (terbaru)

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP