Wednesday, September 8, 2010

Untuk berilmu jalannya berliku


******Setiap kali aku memasuki kelas, guru kelas akan memanggil namaku untuk membayar yuran bulanan. " Sidek where is your school fees?

"No teacher," jawabku antara dengar dengar dengan tidak.

" When are you going to pay?" tanyanya lagi. Semua perhatian pelajar kelas tertumpu kepada ku. Aku tunduk malu. Ada kesan psikologi kepadaku. Tetapi aku masih tidak berputus asa.

Suatu pagi basikalku bocor dalam perjalanan ke sekolah. Aku terlewat sampai. Apabila masuk ke dalam kelas, guru bahasa inggeris bertanya kepadaku " Why are you late?"

" My bicycle punctured sir. I'm sorry," jawabku spontan. " From now on i'll call you Mr. Puncture" mendengar usikan guru pelajar--pelajar lain ketawa. Aku rasa terusik dalam gelak mereka yang memanjang.

Semasa di Kelas Peralihan(Remove Class) guru Bahasa Melayu menanyakan suatu soalan yang sukar dijawab. Guru itu menyuruh aku berdiri di atas kerusi.

"Kamu, kepala 'kohok' berdiri di atas kerusi. Selagi tak dapat jawab jangan duduk."

Pelajar-pelajar lain memandangku, aku rasa terhina. Terhina yang mat sangat kerana dipanggil " kepala kohok". Aku tetap bersabar dan semangatku untuk belajar tidak pernah mati.

Suatu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayatku adalah apabila seorang guru Matematik di tingkatan 2D memulangkan buku kerja rumah. aku memang susah nak faham latihan matematik. Aku menduga tentu banyak kesalahan kali ini.

"Sidek Baba, stand up!" guru itu terus memanggil namaku dan aku berdiri. Ia terus membaling buku latihan tepat mengenai muka dan batang hidungku.

"Hey Sidek, you better go back to kampung tanam kacang lagi baik" katanya marah.

Pelajar-pelajar lain ketawa. Sekali lagi penghinaan tertimpa kepadaku. Terasa mahu menjerit sekuat-kuatnya. Aku masih sabar dan tekadku masih tinggi untuk belajar. Tanpa kusedari air mataku mengalir dipipi.

Dalam perjalanan balik aku menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri. Tapi apakan daya, aku tidak berdaya Mengapa guru-guru tidak bertanyakan latar belakangku, cara aku bersekolah dan kepayahan hidup yang aku haddapi? Mengapa cikgu hanya meraikan murid-murid yang cerdik sedang aku yang lemah ini terus terbiar dan terus tercicir? Aku berbisik, tetapi siapa yang mahu mendengar ratapan ini? rasanya terlalu payah untuk belajar dan menjadi orang yang berilmu.

Alangkah baiknya sekiranya ada guru yang tahu bahawa bapaku hanya seorang penoreh getah dengan pendapatan harian hanya rm2.50 sehari.

Ataupun sekiranya orang mengetahui bahawa aku mengayuh basikal sejauh 60 kilometer ke sekolah setiap hari**

******

p/s: dapatkan artikel penuh di dalam Solusi terbaru (isu 23)

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP