Friday, September 17, 2010

Kalau bulan Ramadhan boleh, bulan lain pun KENA boleh juga

"Aduh, beratnya badan nak bangun tidur. Eh, baru 5.30 a.m. Awal lagi tak pa lah, sambung tidur lagi 5 minit lah, lepas tu aku bangun....Alamak dah 6.50. Macam mana baru terjaga ni? ni mesti gara-gara makan tat nenas banyak sangat malam tadi.Subuh tak solat lagi ni, aduss.. "
*****
"Ah, aku dilema! nak baca quran ke buat assignment,nak baca quran ke buat assignment..quran, assignment.quran, assignment.quran, assignment..buat assignment lah.." Dan dan nak ambil buku untuk buat assigment, tiba-tiba ternampak adik tengah layan cerita Santau. "layan Santau sekejap pun best ni" ..last last sekejap jadi lama, layan terus layan..Assignment tak buat, baca quran pun tidak..

****

"Awat la susah sangat nak maintain ibadat lepas Ramadhan ni?..haish..ni mesti sebab setan dah kembali ni..Kurang asam punya setan!


Usaha lagi untuk kekalkan perubahan ke arah kebaikan yang kita lakukan Ramadhan dulu. Kalau Ramadhan boleh, kenapa bulan lain tak boleh? Sedangkan bulan Ramadhan itu ialah madrasah untuk kita mempersiapkan diri untuk menempuh bulan-bulan berikutnya.

Sesungguhnya kalau kita menyembah Ramdhan, ia akan berlalu dan silih berganti selagi kiamat belum tiba. Tetapi jika kita menyembah Allah, ketahuilah Allah kekal ada dan sentiasa sentiasa memerhatikan hamba-hambanya.

Biasanya badan jadi berat nak beribadat bila kita mula tangguh-tangguh untuk buat kebaikan.

**
"lepas ni lah solat zohor, tunggu iklan..rugi tak layan cerita Cicak Man ni. Hari raya je ada ni"

"lepas ni lah ngaji, kawan ajak raya rumah Alisa. Member cakap dia masak Soto sendiri. Ntah sedap ntah idak la...kena pi ni" padahal nak bertolak lagi sejam. Gara-gara nak raya rumah "awek" sejam ambik masa untuk dressing.
**

Sebab bila tangguh-tangguh selalunya berakhir dengan tak buat. Sebab tu lama-lama badan jadi berat.

Justeru bila terlintas je nak buat kebaikan, terus je lakukan. Walaupun rasa malas-malas(ye la, sebab setan dan kembali la katakan) gara-gara hasutan setan, buat ja..

Tak ada jalan pintas, tak ada jalan mudah, yang ada jalan mujahadah. Ya, jalan mujahadah.

Dengan adanya mujahadah, kita akan tetap maintain berqiamunlail walaupun tertidur waktu sujud. Kita akan tetap solat di awal waktu walaupun cerita Ular Emas menanti di tivi.

Tak apa kita bersusah-susah mencari redha Ilahi. Kerana kesenangan itu menyertai kesusahan, kelapangan menyertai kesempitan, keringanan menyertai keberatan.

Kita memburu cinta Ilahi. Tentulah besar pengorbanan yang perlu kita lakukan. Kalau nak memburu cinta manusia sanggup lautan api direnangi, inikan nak buru cinta pemilik segala cinta, pengorbanannya tentulah lebih lagi.

Selamat bermujahadah!



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP