Thursday, September 30, 2010

Nota Hati Seorang Lelaki

Thanks Alif for this remarkable book (^_^)..



Tau tau ja hang yang aku suka hasil tulisan Ustaz Pahrol. Yup, aku memang penggemar karya ustaz.



Aku pun dah lupa sejak bila aku mula mengagumi beliau. Yang pasti segalanya bermula apabila aku mula mengenali blog ustaz, http://www.genta-rasa.com/ . Aku kagum dengan hasil tulisannya. Tiap kali aku membaca, terasa apa yang disampaikan begitu hampir sekali dengan hati ini. Karya beliau sememangnya menyentuh hati. Sarat dengan ibrah.



Thanks ya Alif (^_^)

Read more...

Saturday, September 25, 2010

SOLUSI isu 24- Panjangkan usiaku


Insyaallah, saya akan dapat stok Solusi terbaru dalam dua tiga hari ni. Sesiapa yang berhajat nak dapatkan boleh la roger saya terutamanya sahabat-sahabat di UTP. Kalau yang jauh sangat tu,..better dapatkan di kawasan tempat tinggal sendiri coz lagi senang(^_^)..Moga sama-sama dapat manfaat...Salam aidilfitri wa taqabbalallahu minna waminkum

Read more...

Friday, September 17, 2010

Kalau bulan Ramadhan boleh, bulan lain pun KENA boleh juga

"Aduh, beratnya badan nak bangun tidur. Eh, baru 5.30 a.m. Awal lagi tak pa lah, sambung tidur lagi 5 minit lah, lepas tu aku bangun....Alamak dah 6.50. Macam mana baru terjaga ni? ni mesti gara-gara makan tat nenas banyak sangat malam tadi.Subuh tak solat lagi ni, aduss.. "
*****
"Ah, aku dilema! nak baca quran ke buat assignment,nak baca quran ke buat assignment..quran, assignment.quran, assignment.quran, assignment..buat assignment lah.." Dan dan nak ambil buku untuk buat assigment, tiba-tiba ternampak adik tengah layan cerita Santau. "layan Santau sekejap pun best ni" ..last last sekejap jadi lama, layan terus layan..Assignment tak buat, baca quran pun tidak..

****

"Awat la susah sangat nak maintain ibadat lepas Ramadhan ni?..haish..ni mesti sebab setan dah kembali ni..Kurang asam punya setan!


Usaha lagi untuk kekalkan perubahan ke arah kebaikan yang kita lakukan Ramadhan dulu. Kalau Ramadhan boleh, kenapa bulan lain tak boleh? Sedangkan bulan Ramadhan itu ialah madrasah untuk kita mempersiapkan diri untuk menempuh bulan-bulan berikutnya.

Sesungguhnya kalau kita menyembah Ramdhan, ia akan berlalu dan silih berganti selagi kiamat belum tiba. Tetapi jika kita menyembah Allah, ketahuilah Allah kekal ada dan sentiasa sentiasa memerhatikan hamba-hambanya.

Biasanya badan jadi berat nak beribadat bila kita mula tangguh-tangguh untuk buat kebaikan.

**
"lepas ni lah solat zohor, tunggu iklan..rugi tak layan cerita Cicak Man ni. Hari raya je ada ni"

"lepas ni lah ngaji, kawan ajak raya rumah Alisa. Member cakap dia masak Soto sendiri. Ntah sedap ntah idak la...kena pi ni" padahal nak bertolak lagi sejam. Gara-gara nak raya rumah "awek" sejam ambik masa untuk dressing.
**

Sebab bila tangguh-tangguh selalunya berakhir dengan tak buat. Sebab tu lama-lama badan jadi berat.

Justeru bila terlintas je nak buat kebaikan, terus je lakukan. Walaupun rasa malas-malas(ye la, sebab setan dan kembali la katakan) gara-gara hasutan setan, buat ja..

Tak ada jalan pintas, tak ada jalan mudah, yang ada jalan mujahadah. Ya, jalan mujahadah.

Dengan adanya mujahadah, kita akan tetap maintain berqiamunlail walaupun tertidur waktu sujud. Kita akan tetap solat di awal waktu walaupun cerita Ular Emas menanti di tivi.

Tak apa kita bersusah-susah mencari redha Ilahi. Kerana kesenangan itu menyertai kesusahan, kelapangan menyertai kesempitan, keringanan menyertai keberatan.

Kita memburu cinta Ilahi. Tentulah besar pengorbanan yang perlu kita lakukan. Kalau nak memburu cinta manusia sanggup lautan api direnangi, inikan nak buru cinta pemilik segala cinta, pengorbanannya tentulah lebih lagi.

Selamat bermujahadah!



Read more...

Tuesday, September 14, 2010

Cinta kepada-Mu!


*** Dalam keadaan badan yang sihat, kita boleh makan dengan berselera sekali. Hadapkan masakan yang enak-enak, tentu mulut kita dapat menikmati kelazatannya.

Namun bagaimana kalau kita tiba-tiba jatuh sakit? Tekak kita jadi pahit, selera kita jadi sempit. Ketika itu hidangkan makanan selazat mana sekali pun, lidah kita akan menolaknya. Yang manis terasa pahit. Segala-galanya bertukar menjadi hambar, kelat dan meloyakan.

Kenapa jadi begitu? Adakah makanan itu berubah rasa atau lidah kita yang berubah selera?

Sebenarnya makanan tetap sedap tetapi lidah kita yang tak berupaya merasa kerana badan kita sakit.


Begitulah hati kita apabila degil untuk mencintai Allah. Bukan kerana cinta Allah itu tidak agung, tidak hebat, tidak indah tetapi hati yang sakit tidak berupaya menikmatinya***


******

p/s: dapatkan artikel penuh di dalam Solusi terbaru (isu 23)

Read more...

Wednesday, September 8, 2010

Untuk berilmu jalannya berliku


******Setiap kali aku memasuki kelas, guru kelas akan memanggil namaku untuk membayar yuran bulanan. " Sidek where is your school fees?

"No teacher," jawabku antara dengar dengar dengan tidak.

" When are you going to pay?" tanyanya lagi. Semua perhatian pelajar kelas tertumpu kepada ku. Aku tunduk malu. Ada kesan psikologi kepadaku. Tetapi aku masih tidak berputus asa.

Suatu pagi basikalku bocor dalam perjalanan ke sekolah. Aku terlewat sampai. Apabila masuk ke dalam kelas, guru bahasa inggeris bertanya kepadaku " Why are you late?"

" My bicycle punctured sir. I'm sorry," jawabku spontan. " From now on i'll call you Mr. Puncture" mendengar usikan guru pelajar--pelajar lain ketawa. Aku rasa terusik dalam gelak mereka yang memanjang.

Semasa di Kelas Peralihan(Remove Class) guru Bahasa Melayu menanyakan suatu soalan yang sukar dijawab. Guru itu menyuruh aku berdiri di atas kerusi.

"Kamu, kepala 'kohok' berdiri di atas kerusi. Selagi tak dapat jawab jangan duduk."

Pelajar-pelajar lain memandangku, aku rasa terhina. Terhina yang mat sangat kerana dipanggil " kepala kohok". Aku tetap bersabar dan semangatku untuk belajar tidak pernah mati.

Suatu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayatku adalah apabila seorang guru Matematik di tingkatan 2D memulangkan buku kerja rumah. aku memang susah nak faham latihan matematik. Aku menduga tentu banyak kesalahan kali ini.

"Sidek Baba, stand up!" guru itu terus memanggil namaku dan aku berdiri. Ia terus membaling buku latihan tepat mengenai muka dan batang hidungku.

"Hey Sidek, you better go back to kampung tanam kacang lagi baik" katanya marah.

Pelajar-pelajar lain ketawa. Sekali lagi penghinaan tertimpa kepadaku. Terasa mahu menjerit sekuat-kuatnya. Aku masih sabar dan tekadku masih tinggi untuk belajar. Tanpa kusedari air mataku mengalir dipipi.

Dalam perjalanan balik aku menangis teresak-esak mengenangkan nasib diri. Tapi apakan daya, aku tidak berdaya Mengapa guru-guru tidak bertanyakan latar belakangku, cara aku bersekolah dan kepayahan hidup yang aku haddapi? Mengapa cikgu hanya meraikan murid-murid yang cerdik sedang aku yang lemah ini terus terbiar dan terus tercicir? Aku berbisik, tetapi siapa yang mahu mendengar ratapan ini? rasanya terlalu payah untuk belajar dan menjadi orang yang berilmu.

Alangkah baiknya sekiranya ada guru yang tahu bahawa bapaku hanya seorang penoreh getah dengan pendapatan harian hanya rm2.50 sehari.

Ataupun sekiranya orang mengetahui bahawa aku mengayuh basikal sejauh 60 kilometer ke sekolah setiap hari**

******

p/s: dapatkan artikel penuh di dalam Solusi terbaru (isu 23)

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP