Monday, July 19, 2010

Rakyat didahulukan..

Kereta api, komuter dan bas...

Ya, belakangan ini hidupku banyak dihabiskan di dalam kendaraan-kenderaan tersebut. Berulang-alik dari UTP, Bandar Tasek Selatan dan rumahku berhampiran Sungkai. Penat? Kadangkala memang terasa amat penat, di tambah pula dengan masalah-masalah yang datang menimpa.

Tetapi itu bukan persoalannya..

Persoalannya wajarkah aku berasa penat?

No, this is the cost should I pay for the decision than I have done.

Lagi pun aku masih muda. Tenaga pemuda usah dipersia! Selagi ada ruang dan peluang untuk belajar dan menimba pengalaman, manfaatkan sebaiknya!

Alhamdulillah di dalam kenderaan-kendaraan inilah aku dipertemukan dengan pelbagai jenis manusia. Berkenalan, bersembang, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman bersama. Baik dari anak kecil semuda 4 tahun, sehinggalah pakcik yang berusia 69 tahun.
Membuatkan aku terlupa seketika akan masalah yang menimpaku.

"minyak naik, gula naik...ye la kan, rakyat 'didahulukan'.." komen abang Rohim berkenaan isu semasa sekarang. Ada berbaur sindiran dalam nadanya... Aku bertemu dengan beliau 2 hari yang lepas, banyak yang aku belajar darinya..

"Macam mana pula boleh dikatakan rakyat didahulukan macam tu?" bisikku dalam hati..

Seperti tahu apa yang aku fikirkan, abang Rohim menyambung perbualannya...

" Betul la rakyat 'didahulukan'..aku setuju jugak kata ko, sepatutnya elaun-elaun menteri atau datuk-datuk yang ditarik dulu...tapikan dah Najib kata 'rakyat didahulukan...' Jadi nak mula apa-apa, mulakan dengan rakyat dulu..tarik 'dulu' subsidi dari rakyat..' dahulukan' dulu kenaikan minyak untuk rakyat.....kan rakyat didahulukan?" terang beliau panjang lebar...

Aku hanya tersenyum dan mengagguk..barulah aku faham...Sedikit sebanyak meluaskan lagi pandanganku tentang sesuatu perkara. Ada perkara yang tafsirannya bukan 1, tetapi lebih luas lagi.

Namun perbualan yang lebih kepada politik ini hanyalah sekadar berkongsi pendapat. Mungkin inilah terbaik yang dapat difikirkan oeh para pemimpin sekarang dalam menangani masalah ekonomi. Terus-terang aku katakan, aku agak skeptikal bila bicara tentang politik. Dunia politik sekarang ini menjadikan aku keliru. Menjadikan imej negatif terhadap politik dominan di dalam diriku. Tetapi aku sedar, walaupun aku benci politik, aku kena ambil tahu tentang politik...

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP