Friday, July 9, 2010

Marketting di dalam train (bahagian akhir)

KTM route map (yang ini outdated version, sekarang dah ada luluan dari Seremban hingga ke Tanjong Malim)


Tren dari Rawang ke Tanjong Malim agak sesak sehingga aku terpaksa berdiri. Kuletakkan kotak yang berisi Majalah Solusi kemas-kemas di sisiku supaya tidak jatuh. Mataku berlegar-legar melihat reaksi masyarakat di dalam train.

Kuperhatikan dua anak muda di hadapanku. Juga senasib denganku, terpaksa berdiri kerana tiada lagi tempat duduk.Seakan-akan ada sinar yang terpancar di wajah mereka.

" peluang ni, muka-muka pemuda yang ada fikrah islami!" bisik hati kecilku.

Sekali lagi aku menggunakan teknik marketing yang aku peraktikkan di dalam tren ke Rawang tadi. Tapi kali ini ku tambah inovasinya dengan memulakan bicara dan bertaarufan dengan dua pemuda tadi. Ya, dalam dakwah perlukan komunikasi dan komunikasi memerlukan keberaniaan untuk berbicara.


" Abang, cuba tengok artikel ni..subhanallah mantop tulisannya !..tengoklah dulu" aku mempelawa salah seorang daripada mereka untuk membaca.


Kemudian kumulakan langkah untuk berkenalan dengan mereka. Sementara yang seorang membaca artikel di dalam majalah Solusi, seorang lagi berbual-bual denganku. Seorang bernama Humaidi dan seorang lagi Najmuddin( sekiranya aku tak tersalah dengar). Dalam sembang-sembanag barulah ku tahu mereka sebenarnya pelajar Darul Quran. Subahanallah, para huffaz rupanya! Malahan bakal terbang ke timur tengah tahun hadapan untuk menyambung pelajaran. Patutlah muka kelihatan bersinar-sinar.


Dalam pada berbual dengan Humaidi, rupa-rupanya dia juga tahu mengenai Majalah Solusi. Sebuah majalah yang sarat dengan ilmu yang sepatutnya dibaca oleh para remaja. Bukannya majalah picisan yang tidak mengembangkan pemikiran langsung. Barangkali sudah menjadi takdir rezekiku hari ini, Humaidi masih belum memiliki Solusi isu yang terbaru. Kesempatan ini digunakannya untuk mendapatkan majalah yang kujual. Tidak sekadar itu sahaja, rakannya yang sedang membelek-belek majalah Solusi yang kutawarkan turut kelihatan berminat untuk membelinya. Akhirnya kedua-dua mereka membeli majalah Solusi daripadaku.

Alhamdulillah ya Allah atas rezekimu!

Hasrat di hati ingin kupanjangkan lagi perbualan bersama dua orang huffaz ni. Tetapi seusai saja akad membeli, tren sudah pun tiba ke Kuala Kubu Baru. Memandangkan institut Darul Quran berada di Kuala Kubu Baru, mereka terpaksa turun di sini.Tampaknya pertemuan kami berakhir di sini. Andai ditakdirkan Allah, mudah-mudahan berjumpa lagi......

*****
p/s: kepada sahabat-sahabat di UTP, insyaallah sesiapa yang berminat untuk dapatkan majalah Solusi bolehlah dapatkan daripada saya selepas buka sem baru nanti.

3 comments:

masturah mj July 9, 2010 at 8:42 AM  

truskan usaha ya, bgus tu..jrg org marketting dlm tren!!
fatinmmj

Anonymous,  July 15, 2010 at 10:13 AM  

nk bli ..nk bli

Azuan SRE July 20, 2010 at 11:14 PM  

Good job! Be proud of ur product, not 'Solusi' but the Islam which the magz try to deliver.

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP