Wednesday, July 28, 2010

Jangan tension-tension

Allah bagi masalah kepada kita bukan untuk kita tension-tension memikirkan masalah tersebut, tetapi untuk kita tenang-tenang dengan banyak-banyak mengingatiNya....

La tahzan (^_^)


“Siapa yang bertaqwa (Taat) terhadap Allah, nescaya Allah tunjukkan kepadanya jalan keluar (dari kesulitan) dan Allah akan beri ia rezeki dengan jalan yang tidak disangka-sangka."

(At tallaq: 2-3)


Read more...

Monday, July 19, 2010

Rakyat didahulukan..

Kereta api, komuter dan bas...

Ya, belakangan ini hidupku banyak dihabiskan di dalam kendaraan-kenderaan tersebut. Berulang-alik dari UTP, Bandar Tasek Selatan dan rumahku berhampiran Sungkai. Penat? Kadangkala memang terasa amat penat, di tambah pula dengan masalah-masalah yang datang menimpa.

Tetapi itu bukan persoalannya..

Persoalannya wajarkah aku berasa penat?

No, this is the cost should I pay for the decision than I have done.

Lagi pun aku masih muda. Tenaga pemuda usah dipersia! Selagi ada ruang dan peluang untuk belajar dan menimba pengalaman, manfaatkan sebaiknya!

Alhamdulillah di dalam kenderaan-kendaraan inilah aku dipertemukan dengan pelbagai jenis manusia. Berkenalan, bersembang, bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman bersama. Baik dari anak kecil semuda 4 tahun, sehinggalah pakcik yang berusia 69 tahun.
Membuatkan aku terlupa seketika akan masalah yang menimpaku.

"minyak naik, gula naik...ye la kan, rakyat 'didahulukan'.." komen abang Rohim berkenaan isu semasa sekarang. Ada berbaur sindiran dalam nadanya... Aku bertemu dengan beliau 2 hari yang lepas, banyak yang aku belajar darinya..

"Macam mana pula boleh dikatakan rakyat didahulukan macam tu?" bisikku dalam hati..

Seperti tahu apa yang aku fikirkan, abang Rohim menyambung perbualannya...

" Betul la rakyat 'didahulukan'..aku setuju jugak kata ko, sepatutnya elaun-elaun menteri atau datuk-datuk yang ditarik dulu...tapikan dah Najib kata 'rakyat didahulukan...' Jadi nak mula apa-apa, mulakan dengan rakyat dulu..tarik 'dulu' subsidi dari rakyat..' dahulukan' dulu kenaikan minyak untuk rakyat.....kan rakyat didahulukan?" terang beliau panjang lebar...

Aku hanya tersenyum dan mengagguk..barulah aku faham...Sedikit sebanyak meluaskan lagi pandanganku tentang sesuatu perkara. Ada perkara yang tafsirannya bukan 1, tetapi lebih luas lagi.

Namun perbualan yang lebih kepada politik ini hanyalah sekadar berkongsi pendapat. Mungkin inilah terbaik yang dapat difikirkan oeh para pemimpin sekarang dalam menangani masalah ekonomi. Terus-terang aku katakan, aku agak skeptikal bila bicara tentang politik. Dunia politik sekarang ini menjadikan aku keliru. Menjadikan imej negatif terhadap politik dominan di dalam diriku. Tetapi aku sedar, walaupun aku benci politik, aku kena ambil tahu tentang politik...

Read more...

Friday, July 9, 2010

Marketting di dalam train (bahagian akhir)

KTM route map (yang ini outdated version, sekarang dah ada luluan dari Seremban hingga ke Tanjong Malim)


Tren dari Rawang ke Tanjong Malim agak sesak sehingga aku terpaksa berdiri. Kuletakkan kotak yang berisi Majalah Solusi kemas-kemas di sisiku supaya tidak jatuh. Mataku berlegar-legar melihat reaksi masyarakat di dalam train.

Kuperhatikan dua anak muda di hadapanku. Juga senasib denganku, terpaksa berdiri kerana tiada lagi tempat duduk.Seakan-akan ada sinar yang terpancar di wajah mereka.

" peluang ni, muka-muka pemuda yang ada fikrah islami!" bisik hati kecilku.

Sekali lagi aku menggunakan teknik marketing yang aku peraktikkan di dalam tren ke Rawang tadi. Tapi kali ini ku tambah inovasinya dengan memulakan bicara dan bertaarufan dengan dua pemuda tadi. Ya, dalam dakwah perlukan komunikasi dan komunikasi memerlukan keberaniaan untuk berbicara.


" Abang, cuba tengok artikel ni..subhanallah mantop tulisannya !..tengoklah dulu" aku mempelawa salah seorang daripada mereka untuk membaca.


Kemudian kumulakan langkah untuk berkenalan dengan mereka. Sementara yang seorang membaca artikel di dalam majalah Solusi, seorang lagi berbual-bual denganku. Seorang bernama Humaidi dan seorang lagi Najmuddin( sekiranya aku tak tersalah dengar). Dalam sembang-sembanag barulah ku tahu mereka sebenarnya pelajar Darul Quran. Subahanallah, para huffaz rupanya! Malahan bakal terbang ke timur tengah tahun hadapan untuk menyambung pelajaran. Patutlah muka kelihatan bersinar-sinar.


Dalam pada berbual dengan Humaidi, rupa-rupanya dia juga tahu mengenai Majalah Solusi. Sebuah majalah yang sarat dengan ilmu yang sepatutnya dibaca oleh para remaja. Bukannya majalah picisan yang tidak mengembangkan pemikiran langsung. Barangkali sudah menjadi takdir rezekiku hari ini, Humaidi masih belum memiliki Solusi isu yang terbaru. Kesempatan ini digunakannya untuk mendapatkan majalah yang kujual. Tidak sekadar itu sahaja, rakannya yang sedang membelek-belek majalah Solusi yang kutawarkan turut kelihatan berminat untuk membelinya. Akhirnya kedua-dua mereka membeli majalah Solusi daripadaku.

Alhamdulillah ya Allah atas rezekimu!

Hasrat di hati ingin kupanjangkan lagi perbualan bersama dua orang huffaz ni. Tetapi seusai saja akad membeli, tren sudah pun tiba ke Kuala Kubu Baru. Memandangkan institut Darul Quran berada di Kuala Kubu Baru, mereka terpaksa turun di sini.Tampaknya pertemuan kami berakhir di sini. Andai ditakdirkan Allah, mudah-mudahan berjumpa lagi......

*****
p/s: kepada sahabat-sahabat di UTP, insyaallah sesiapa yang berminat untuk dapatkan majalah Solusi bolehlah dapatkan daripada saya selepas buka sem baru nanti.

Read more...

Wednesday, July 7, 2010

Marketting di dalam train (bahagian 1)

" hm, banyak lagi majalah Solusi isu 21 ni..Nak di jual di UTP...UTP pulak cuti" bisik hati kecilku sambil melihat ke dalam kotak yang berisi naskah Majalah Solusi. Kotak inilah yang ku usung ke sana dan ke mari seusai mengikuti dourah di Masjid Shah Alam tadi sehinggalah ke dalam komuter. Boleh tahan juga beratnya.



" tak boleh jadi ni..kena usaha juga untuk di jual..barang baik kena dikongsi dengan orang ramai" getus jiwaku.

Kembali kuimbau tujuan sebenar aku menjual majalah ini. Bukan kerana terdesak wang. Bukan kerna tak cukupnya biasiswa. Tetapi sebagai "modal" untuk memulakan bicara dengan masyarakat supaya diri ini lebih mengenali medan dakwahnya. Kerna realitinya medan dakwah itu besar, bukannya hanya berlegar di sekitar kampus.

Kubersihkan niat, ku gagahkan diri lalu ku ambil senaskah majalah Solusi. Sengaja ku biarkan kotak yang penuh berisi majalah itu terbuka luas. Sengaja juga ku buka helaian majalah itu lebar-lebar agar bisa orang di sisiku melihat kandungannya.

Tiba-tiba mataku terpana di satu respon pembaca di dalam majalah ini. Bait- Bait ayatnya seakan-akan ku kenal. Kulihat penulisnya. Subhanallah rupa-rupanya tulisan itu merupakan respon yang ku kirim 2 bulan yang lepas. Apa lagi, bertambah semangat diriku jadinya.



Sekejap ku arahkan buku ke kanan, sekejap ke kiri dengan harapan orang di sebelah dapat membaca sama. Namun begitu strategi membuka kotak dan buku luas-luas tidak menjadi. Penumpang komuter (dari KL Sentral ke Rawang) masing-masing dengan hal sendiri. Ada yang melihat pemandangan, membaca dan ada juga yang tidur.

Tidak kurang juga yang memanaskan hatiku. Seorang anak muda, melayu dan yang lebih penting seorang islam. Tanpa segan silu membuang sisa kertas dan pembalut plaster yang digunakannya untuk membalut jarinya ke tengah train. Nak di kata luka jarinya, tak kelihatan pula kesan cederanya. Barangkali sengaja suka-suka membalut jari. Bukan 1 plaster, tetapi dua. Sah dia memang suka bermain dengan plaster. Apa salahnya sekiranya sisa kertas dan pembalut plaster itu di simpan dulu di dalam begnya dan kemudian di buang ke dalam tong sampah di perhentian yang ditujunya. Cara duduk pun boleh tahan juga kurang ajarnya. Sengaja kaki diangkat tinggi dan diletakkan di tiang tengah komuter padahal di depannya ada orang yang lebih tua.

" Patut di ajar anak muda ini" aku bermonolog sendiri.

Alhamdulillah sebaik saja tren berhenti di hentian Rawang, pintunya agak lambat dibuka. Orang berpusu-pusu ke pintu menuggu pintu dibuka. Lalu aku menuju ke tempat sisa yang dibuang anak muda itu tadi dan mengutip sampah tersebut. Sengaja ku kutip lambat-lambat.Para penumpang yang menunggu pintu di buka melihatku dan melihat pemuda tadi. Mudah-mudahan hal ini menimbulkan keinsafan kepada pemuda tersebut.

Di Rawang aku bertukar tren untuk ke Tajong Malim. Strategi untuk menjual tadi tampaknya kurang berkesan. Perlu inovasi teknik marketting yang labih canggih. Namun aku bersyukur, dalam tidak dapat menjual apa-apa, sempat juga aku berbual dengan orang di sebelahku dalam usaha mengenali masyarakat dengan lebih dekat. Meskipun begitu perbualan terasa sedikit hambar kerana aku banyak mengajukan soalan bersifat tertutup. Maklumlah, rasa gemuruh masih lagi menebal menutupi keberanian, keyakinan serta idea-idea untuk menghidupkan suasana. Namun, inilah yang dikatakan pengalaman. Mudah-mudahan pengalaman kali ini membantu kelak. Pengalaman adalah guru!



******( insyaallah sambungannya di post yang seterusnya)

Akhirnya kedua-dua mereka membeli majalah Solusi daripadaku.

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP