Sunday, April 25, 2010

"Makan hati"


"Engko ni teruklah. Bukan macam tu. Yang ko cakap tu salah..yang betul macam ni...Haishh! dah la, aku nak balik lah..penat la pulak. Jumpa lagi esok.Soalan yang lagi satu tu jangan lupa siapkan."

Tiba-tiba hati terasa seakan-akan dicucuk-cucuk dengan seribu satu jarum. Padahal ini bukan kali pertama si sahabat berperilaku sedemikian. Biasanya kata-kata tersebut hanya diambil enteng lantaran sudah cukup masak dengan sifat si sahabat. Entah kenapa kali ini katanya terasa begitu berbisa.

Barangkali sudah penat, bosan, meluat melayan karenah si sahabat.

" Ei engko ni, aku tau la aku salah, cakap baik-baik boleh? Macam la ko bagus sangat!"

bentaknya. Namun sekadar didengari hati sedang mulut membisu menahan amarah. Diam, tidak terkata, makan hati, makan dalam.

**********************
Bersabar dan Berlapang dada



"Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik" (Al-Maarij:5)

"Sesugguhnya orang yang bersabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab" (39:10)

Maka banyakkanlah bersabar. Tak rugi pun.

Namun kadang-kadang sukar untuk berbuat kemudian. Ye la kan, cakap senang la, cuba buat tengok!

Sebab itulah kita perlu mempunyai hati yang lapang untuk mengubat "makan hati". Kalau hati sebesar cawan, tentulah rosak susu secawan dek terkena setitik nila. Tetapi, andai kata hati seluas lautan, nescaya tak terusik sedikit pun sekali pun nila sebelanga tumpah ke dalamnya.

Justeru jagalah hubungan dengan Allah untuk hati yang lapang. Banyak-banyakkanlah berdoa agar dikurniakan hidayah daripadaNya. Jaga hubungan dengan Allah, pasti dia akan menjaga hubunganmu dengan insan lain.


Berbincang dengannya


Biasanya mudah sekali untuk menegur kesalahan orang yang tidak ada hubungan rapat dengan kita. Sebagai contoh menegur junior . Bilamana tiba masanya untuk menegur sahabat sendiri, seakan-akan ada bebanan yang berat yang menghempap diri. Tak tahu bagaimana untuk bermula. Takut ini itu salah.

Kuatkan diri. Betulkan niat. Menegur untuk memperbaiki perbuatannya. Bukan untuk lepas geram!Insyaallah sahabat yang rapat akan faham. Mulakan teguran dengan beberapa pujian. Untuk menegur sahabat yang suka menyindir , mulakanlah dulu dengan kelebihan yang dia ada seperti hebat bersukan, mudah mesra, ringan tulang dan sebagainya. Kemudian barulah tegur. Insyaallah si dia akan melihat banyak kelebihan yang ada pada dirinya berbanding satu kekurangan.

Selain itu pilihlah masa dan tempat yang betul untuk berbicang.

Mudah-mudahan dengan berbincang segalanya bertambah baik. Seterusnya bertawakkallah kepada Allah agar hubungan kembali akrab..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP