Sunday, April 25, 2010

"Makan hati"


"Engko ni teruklah. Bukan macam tu. Yang ko cakap tu salah..yang betul macam ni...Haishh! dah la, aku nak balik lah..penat la pulak. Jumpa lagi esok.Soalan yang lagi satu tu jangan lupa siapkan."

Tiba-tiba hati terasa seakan-akan dicucuk-cucuk dengan seribu satu jarum. Padahal ini bukan kali pertama si sahabat berperilaku sedemikian. Biasanya kata-kata tersebut hanya diambil enteng lantaran sudah cukup masak dengan sifat si sahabat. Entah kenapa kali ini katanya terasa begitu berbisa.

Barangkali sudah penat, bosan, meluat melayan karenah si sahabat.

" Ei engko ni, aku tau la aku salah, cakap baik-baik boleh? Macam la ko bagus sangat!"

bentaknya. Namun sekadar didengari hati sedang mulut membisu menahan amarah. Diam, tidak terkata, makan hati, makan dalam.

**********************
Bersabar dan Berlapang dada



"Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik" (Al-Maarij:5)

"Sesugguhnya orang yang bersabar itu diganjari dengan pahala tanpa hisab" (39:10)

Maka banyakkanlah bersabar. Tak rugi pun.

Namun kadang-kadang sukar untuk berbuat kemudian. Ye la kan, cakap senang la, cuba buat tengok!

Sebab itulah kita perlu mempunyai hati yang lapang untuk mengubat "makan hati". Kalau hati sebesar cawan, tentulah rosak susu secawan dek terkena setitik nila. Tetapi, andai kata hati seluas lautan, nescaya tak terusik sedikit pun sekali pun nila sebelanga tumpah ke dalamnya.

Justeru jagalah hubungan dengan Allah untuk hati yang lapang. Banyak-banyakkanlah berdoa agar dikurniakan hidayah daripadaNya. Jaga hubungan dengan Allah, pasti dia akan menjaga hubunganmu dengan insan lain.


Berbincang dengannya


Biasanya mudah sekali untuk menegur kesalahan orang yang tidak ada hubungan rapat dengan kita. Sebagai contoh menegur junior . Bilamana tiba masanya untuk menegur sahabat sendiri, seakan-akan ada bebanan yang berat yang menghempap diri. Tak tahu bagaimana untuk bermula. Takut ini itu salah.

Kuatkan diri. Betulkan niat. Menegur untuk memperbaiki perbuatannya. Bukan untuk lepas geram!Insyaallah sahabat yang rapat akan faham. Mulakan teguran dengan beberapa pujian. Untuk menegur sahabat yang suka menyindir , mulakanlah dulu dengan kelebihan yang dia ada seperti hebat bersukan, mudah mesra, ringan tulang dan sebagainya. Kemudian barulah tegur. Insyaallah si dia akan melihat banyak kelebihan yang ada pada dirinya berbanding satu kekurangan.

Selain itu pilihlah masa dan tempat yang betul untuk berbicang.

Mudah-mudahan dengan berbincang segalanya bertambah baik. Seterusnya bertawakkallah kepada Allah agar hubungan kembali akrab..

Read more...

Friday, April 23, 2010

Selawat

Di dalam Al Quran, kita berjumpa dengan ayat yang Allah perintahkan kita untuk bersolat, tetapi tidak ada pula kita berjumpa akan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga bersolat.



Di dalam Al Quran, kita juga berjumpa dengan ayat yang Allah perintahkan kita untuk menunaikan zakat, tetapi tidak ada pula kita berjumpa akan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga menunaikan zakat.

" Dan dirikanlah kamu akan sembahyang, dan keluarkanlah zakat..."
(Al-Baqarah:43)




Kita juga menjumpai di dalam Al-Quran akan perintah Allah yang menyeru kita menunaikan ibadah haji kepadanya, tetapi tidak ada pula kita berjumpa akan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga menunaikan haji.



" Sempurnakanlah ibdah Haji dan Umrah kerana Allah..."
(Al-Baqarah: 196)


Begitu juga perintah Allah tentang puasa, tetapi tidak ada pula kita berjumpa akan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga berpuasa.


" Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu..."
( Al-Baqarah:183)

Tetapi..

Di dalam Al-quran, kita akan bertemu dengan ayat daripada Allah yang memerintahkan kita untuk berselawat, dan kita juga akan bertemu dengan ayat yang menyatakan bahawa Allah juga turut berselawat ke atas nabi.

" Sesugguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kamu ke atas nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
( Al-Ahzab: 56)

Justeru, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Insan yang begitu cinta kepada umatnya. Yang sentiasa menginginkan kebaikan untuk mereka. Sambutan "maulidurrasul" sepatutnya disambut sepanjang masa, bukan hanya kencang berselawat pada 1 Rabiul Awal.

"Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin.

Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung."

(At-Taubah:128-129)





Read more...

Friday, April 16, 2010

(17:32)

Fakta nombor:

-17303 anak luar nikah didaftarkan pada tahun 2009. (sumber: Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran negara (JPN)

-Purata: 8 orang bayi luar nikah dilahirkan dalam sehari.

Perkara yang perlu diteliti:

-Sekurang-kurangnya berlaku 17303 penzinaan, semuanya berhasil membuahkan zuriat, serta wujud kesedaran untuk mendaftarkan bayi tersebut sebagai rakyat yang sah.

-
Bagaimana pula dengan bilangan penzinaan yang tidak menghasilkan zuriat?

-Bagaimana pula dengan bilangan penzinaan yang zuriatnya tidak didaftar?


"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat." (17:32)

Read more...

Banyak orang...

Banyak orang banyak sekali tawanya,
lupa,
bahawa maut sedang mengintainya.


Banyak orang cepat datangnya khusyuk solat,
Tetapi cepat pula ia pergi,
Dingin tanpa penghayatan.



Banyak orang yang sedikit sekali beramal,
Tapi disebut-sebutnya banyak sekali.




Read more...

Saturday, April 10, 2010

Hard Disk vs RAM

Realiti pengurusan masa kebanyakan kita (2)

******
"test 2 will be conducted 2 week from now. the chapter will cover the chapter you learn right now and the next chapter that we are going to learn after this. Be prepared. Use this opportunity to improve your coursework mark" the lecturer remind her students..

***** one day before test****

" alamak, habis r aku..esok ada test!..dah la tak study lg" bisik hati si X.

Kemudian si X mengambil buku di atas mejanya yang sudah berhabuk.lalu dibelek-beleknya.

"mak ei, banyaknya aku tak cover lg. habis la aku"

" as P increase V will decrease..oooo baru aku faham, mcm ni rupanya...aik, ni apa pulak ni..argh...awat susah sgt pulak ni??..tension2,..ah, main PES jap lah...goal!..baik aku sambung balik study...pung-pang-pung-pang...huh habis pun...alamak, dah pukul 3 pagi..ah, tawakal je lah..harap2 esok bangun awal..dah la test pukul 8"

****during test****

"ya allah, susahnya...apa yg aku study mlm tadi!apasal x bley ingat ni!..time ni la pulak otak ni blank...argh!..zzz,zzz" rebah , lentok kepenatan..sedar2 masa dah time, sedang kertas kekosongan..



**************

Perkara di atas mungkin pernah berlaku kepada kita, adik-adik kita mahupun rakan-rakan kita.Time tu lah baru nak faham, time tu lah nak tension, time tu lah nak main PES( lepas tensyen),time tu lah start pening, semuanya time tu. Sekiranya dikaji faktor yang menyumbang kepada berlakunya perkara di atas, saya yakin kita semua akan bersuara dalam nada sama:

"study last minute"

Apa sebenarnya yang berlaku pada otak kita ketika study last minit?

Apabila kita study last minute, kita sebenarnya hanya menyimpan memori yang kita gunakan untuk study di dalam 'RAM' dan bukannya ' Hard Disk'.

"aik, bila masa pulak otak aku ada RAM dengan Hard Disk ni?"

Pening? Tak faham?

Jangan pening dulu. Baiklah, saya akan terangkan. RAM dan Hard Disk adalah komponen di dalam komputer yang bertindak sebagai storage. Maknanya, semua maklumat yang kita masukkan akan disimpan di dalam RAM ataupun Hard Disk. Samalah seperti studi, semua maklumat akan di simpan didalam otak.

Bezanya, maklumat yang di simpan di dalam RAM hanyalah sementara, hanya ketika komputer beroperasi. selepas kita matikan komputer, maklumat tersebut akan hilang dan tidak boleh di akses lagi.


Sebagai contoh aktiviti copy and paste menggunakan word. selagi mana komputer tidak di off, kita boleh paste sebenyak mana pun item yang kita copy dengan cara rigth click dan klik "paste"( kalau nak cepat just tekan Ctrl+V). Cuba matikan komputer dan buka semula. Buka word document dan right klik. Anda akan dapati "paste" tidak menyala lagi. untuk paste, anda perlu copy semula. Kerana apa? kerana memori item yang hendak di paste tadi telah hilang sewaktu komputer di tutup.

Lain pula Hard Disk.Segala apa yang kita simpan di dalam hard disk bolah di akses walaupun setelah komputer ditutup. Sebagai contoh, kita save assignment yang kita taip menggunakan word di desktop. Apabila komputer di buka semula setelah ditutup, kita masih boleh mengakses assignment yang kita taip menggunakan word tadi. pendek kata, selagi kita tidak delete file word tadi, selagi itu kita boleh mengaksesnya.

Samalah seperti otak. Apabila kita study last minit, segala information yang kita serap kebanyakannya hanya di simpan di dalam 'RAM'. Sebab itulah apabila kita bangun dari tidur dan menduduki test @ exam, tiba-tiba sahaja otak kita jadi blank. Habis semua yang kita studi malam tadi hilang.

Pengajarannya, jangan simpan memori kita di dalam 'RAM', tapi simpanlah di dalam 'Hard Disk'. Sentiasa boleh diakses apabila diperlukan. Untuk itu, kita perlu studi "early in the minute" dan sentiasa review apa yang kita dah belajar.

Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP