Tuesday, February 23, 2010

Mencurigai iman..


Mengimbau kembali gelombang H1N1 yang pertama..

Semua orang begitu prihatin dengan tahap kesihatan fizikal mereka. Mana tidaknya, hampir setiap hari ada saja orang yang mati gara-gara menghidapi virus ini. Sehinggakan klinik-klinik mahupun hospital-hospital dipenuhi orang ramai yang ingin mendapatkan kepastian tentang tahap kesihatan mereka. Sampaikan kalau bersin sahaja pun ada yang nak jumpa doktor kerana takut selesema. Padahal mungkin sahaja kerana tersedak kuah laksa. Semua orang begitu curiga dengan tahap kesihatan mereka pada masa itu (termasuklah penulis kerana diserang demam panas. sempat juga merasa dikuarantin selama seminggu).

Begitu juga sekarang. Walaupun barangkali bukan virus H1N1 yang menghantui kita sekarang ini, tapi kita tetap begitu prihatin dengan tahap kesihatan fizikal kita. Cukuplah jerawat tumbuh sebutir, tak tenang kita dibuatnya(dalam konteks menjaga kesihatan muka).

Namun pernahkah kita mencurigai tahap kesihatan iman kita?

Kalau di zaman persekolahan dulu amat mudah untuk bangun solat subuh berjemaah ( terima kasih kepada warden), adakah apabila melangkah ke alam universiti ataupun pekerjaan hal demikian tetap menjadi sesuatu yang mudah bagi kita untuk kita lakukan? ataupun kita semakin mengambil enteng tentang solat kita sehingga kita melewat-lewatkannya?

****
Terkenang kata-kata murobbi:

" ikhwah fillah, senang je nak tau hati kita ni sakit ke tak. tengok solat kita, kalau subuh pun subuh gajah, itu tandanya hati kita sakit. solat pun kita lewat-lewatkan. lepas tu baca quran pun macam tak ada kesan. padahal dalam quran Allah berfirman :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (8:2)

"kalau hati kita tak bergetar bila membaca quran, itu maknanya ada somethings yang tak kena dengan hati kita. kemudian kita meletakkan priority terhadap dunia lebih daripada keperluan akhirat. bila tahjjud pun susah nak mengalirkan air mata..." sambungnya.

****
Hati yang sakit itu sebenarnya hati yang telah hilang sensitifnya terhadap perkara-perkara yang sepatutnya mendekatkan dirinya kepada tuhannya.

Hati itu tidak sensitif lagi untuk bersyukur terhadap nikmat-nikmat tuhannya, padahal hati orang beriman itu begitu sensitif sekali terhadap nikmat-nikmat yang dikurniakan tuhan walau sekecil manapun.

Hati itu tidak sensitif lagi terhadap perkara-perkara lagha sihingga perkara-perkara lagha ini menghiasi kehidupannya.

Kemudian hati itu mula berasa senang dengan kemungkaran yang dilakukan. Bermula dengan perkara-perkara yang kecil seperti tidak memelihara pandangan dan diikuti dengan yang lebih besar jika tidak ketemu ubat hati.

Lantaran itu, apakah dia ubat hati?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP