Monday, February 1, 2010

ESQ Preview (UTP)

Pak Firdaus (ESQ trainer)
mempersiapkan laptopnya untuk ESQ Priview

-1 Feb 201o-

Malam tadi aku ke Undercroft, UTP untuk menyaksikan sendiri Priview ESQ yang disampaikan oleh Pak Firdaus (one of the ESQ trainer)...yup, selama ni aku just tahu sedikit shj tentang ESQ..yang aku tahu, ESQ ni merupakan program motivasi yg bagus, menteri2 pun bnyk dah pergi, dan MAHAL..walaupun kalau kat UTP ni PETRONAS dah bg subsidi, tp hrga ttp MAHAL..

Namun begitu, aku belajar something dr priview yang melahap masa selama hampir 2jam setengah ni..at the same time i got a more clearer view about what ESQ all about..

Sedar x sedar, manusia secara fitrahnya dikurniakan dgn 3 potensi yang luar biasa: Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) dan Spiritual Quatient (SQ)..Pelatihan IQ menjadikan seseorang itu bijak(sbg contoh bijak dalam matapelajaran) manakala EQ melatih orang untuk lebih berperasaan dan berperikemanusiaan..

Bagaimanapula dgn SQ? x bnyk yg kupasan yang disampaikan pak Firdaus tntg SQ mlm ini kerna bakal diterangkan waktu ESQ training session nnt..tetepi secara roughly, pelatihan SQ mengajar seseorang itu untuk sedar hakikat kehidupannya di bumi ini..untuk mengenal siapa dirinya...dan berasakan kehidupan bertuhan..

Persekitaran yang kita diami skg ini menyebabkan ketiga-tiga potensi td membangun secara x seimbang..kita ke sekolah sejak usia 6 tahun lg. 1 tahun tadika, 6 tahun sekolah rndah, 5 tahun sekolah menengah, kemudian ada yang sambung ke U untuk beberapa tahun lg( depend on course and level)..sedar x sedar persekitaran kita hanya dicorak untuk belajar..suasana ini hanya mengasah pembangunan IQ sahaja....melahirkan ramai graduan2 bijak...tp dari sudut EQ dan SQ nya kurang..sbb itu lah ramai yang menganggur...kalau dah kerja pun x lama, then berhenti lantaran x tahu apa sebenarnya yang dirinya mahu...

Kerna kehidupan bukan semata-mata tentang kepandaian, tetapi perasaan dan mengenal hakikat kehidupan.. Insyaallah perkara inilah yang bakal dikupas panjang sewaktu ESQ Training nanti..ada bbrpa perkara lagi yang disampaikan pada malam itu termasuklah sharing yang disampaikan presiden iluvislam.com ,Imran Koyube yang juga merupakan seorang alumni ESQ..

Insyaallah aku akn join program ni nnt..dan kongsikan lagi pengalaman di ESQ training kelak di blog ini...setakat ini saja coretan pada kali ini..

*****
Duit scholar mara x masuk lg...kena berjimat nih kalau nak pi ESQ..(^_^)





0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP