Tuesday, February 23, 2010

Mencurigai iman..


Mengimbau kembali gelombang H1N1 yang pertama..

Semua orang begitu prihatin dengan tahap kesihatan fizikal mereka. Mana tidaknya, hampir setiap hari ada saja orang yang mati gara-gara menghidapi virus ini. Sehinggakan klinik-klinik mahupun hospital-hospital dipenuhi orang ramai yang ingin mendapatkan kepastian tentang tahap kesihatan mereka. Sampaikan kalau bersin sahaja pun ada yang nak jumpa doktor kerana takut selesema. Padahal mungkin sahaja kerana tersedak kuah laksa. Semua orang begitu curiga dengan tahap kesihatan mereka pada masa itu (termasuklah penulis kerana diserang demam panas. sempat juga merasa dikuarantin selama seminggu).

Begitu juga sekarang. Walaupun barangkali bukan virus H1N1 yang menghantui kita sekarang ini, tapi kita tetap begitu prihatin dengan tahap kesihatan fizikal kita. Cukuplah jerawat tumbuh sebutir, tak tenang kita dibuatnya(dalam konteks menjaga kesihatan muka).

Namun pernahkah kita mencurigai tahap kesihatan iman kita?

Kalau di zaman persekolahan dulu amat mudah untuk bangun solat subuh berjemaah ( terima kasih kepada warden), adakah apabila melangkah ke alam universiti ataupun pekerjaan hal demikian tetap menjadi sesuatu yang mudah bagi kita untuk kita lakukan? ataupun kita semakin mengambil enteng tentang solat kita sehingga kita melewat-lewatkannya?

****
Terkenang kata-kata murobbi:

" ikhwah fillah, senang je nak tau hati kita ni sakit ke tak. tengok solat kita, kalau subuh pun subuh gajah, itu tandanya hati kita sakit. solat pun kita lewat-lewatkan. lepas tu baca quran pun macam tak ada kesan. padahal dalam quran Allah berfirman :

Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal (8:2)

"kalau hati kita tak bergetar bila membaca quran, itu maknanya ada somethings yang tak kena dengan hati kita. kemudian kita meletakkan priority terhadap dunia lebih daripada keperluan akhirat. bila tahjjud pun susah nak mengalirkan air mata..." sambungnya.

****
Hati yang sakit itu sebenarnya hati yang telah hilang sensitifnya terhadap perkara-perkara yang sepatutnya mendekatkan dirinya kepada tuhannya.

Hati itu tidak sensitif lagi untuk bersyukur terhadap nikmat-nikmat tuhannya, padahal hati orang beriman itu begitu sensitif sekali terhadap nikmat-nikmat yang dikurniakan tuhan walau sekecil manapun.

Hati itu tidak sensitif lagi terhadap perkara-perkara lagha sihingga perkara-perkara lagha ini menghiasi kehidupannya.

Kemudian hati itu mula berasa senang dengan kemungkaran yang dilakukan. Bermula dengan perkara-perkara yang kecil seperti tidak memelihara pandangan dan diikuti dengan yang lebih besar jika tidak ketemu ubat hati.

Lantaran itu, apakah dia ubat hati?

Read more...

Wednesday, February 17, 2010

Forum Baitulmuslim (2)

Alhamdulillah forum Forum Baitulmuslim yang diadakan malam tadi berjalan dengan lancar..
Subhanallah, dari moderator hingga ke ahli panel, semuanya mantop-mantop!.

Insyaallah akan saya postkan recording sound untuk forum ni nanti dalam post yang akan datang...

*********************************

Dipetik daripada website ustaz zahazan www.saifulislam.com

Arah Tuju Sebuah Cinta: Forum Bersama Kang Abik


Moderator Dr. Raja Ahmad Iskandar bersama panelis Ustadz Habiburrahman el-Shirazi dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Pernikahan itu harus ada visi dan misi yang dikongsi bersama,” Kang Abik memulakan bicaranya.

Program menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan institusi sekitar negeri Perak.

“Al-Quran itu sendiri sudah memaparkan empat jenis perkahwinan yang bersangkutan soal visi dan misi,” aktivis juga novelis luar biasa dari tetangga Indonesia itu melanjutkan penerangannya.

Saya sendiri pantas menyambar pena untuk mencatat. Tidak mahu terlepas walaupun sedikit mutiara kata Ustadz Habiburrahman el-Shirazi, tatkala digandingkan bersama saya selaku panelis Forum Baitul Muslim yang diselenggarakan oleh moderator yang juga merupakan sahabat saya, Dr. Raja Ahmad Iskandar, pensyarah di UTP.

NUH DAN LUT

Mereka berdua adalah insan yang soleh. Rasul utusan Allah, ‘alayhim al-solaat wa al-salaam.

Tetapi Allah menguji mereka dengan beristerikan wanita yang durhaka kepada Tuhan. Begitu juga dengan sang anak. Si suami menyeru manusia kepada Iman manakala isteri pula bermati-matian mempertahankan kekufuran. Rumahtangga dan cinta antara mereka musnah oleh visi dan misi yang bertentangan. Satu memanggil ke Syurga dan satu lagi menyeru ke Neraka.

ISTERI FIRAUN

Sama ceritanya dengan isteri Firaun.

Seorang wanita yang beriman, bersuamikan manusia paling kufur kepada Allah. Gila kuasanya, bukan setakat mahu menduduki takhta kepimpinan malah mendakwa diri Tuhan. Cinta dan rumahtangga mereka berakhir dengan perpisahan pada sempadan iman dan kufur. Seorang tabah mempertahankan iman, tatkala seorang lagi sanggup mati pada menjulang kekufuran hingga tenggelam dalam keingkaran.

Kedua-dua rumahtangga ini saling berantakan apabila cita-cita antara suami dan isteri berbeza. Berlainan pada visi dan misi mereka.

ABU LAHAB DAN UMMU JAMIL

Pasangan ini sehati sejiwa. Mereka berdansa seirama pada meraikan kekufuran mereka.

Suami sangat membenci kebenaran dan menolak kenabian. Isteri pula memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada menyokong apa yang diperjuangkan. Mereka sekepala, satu selera, satu cita-cita. Hidupnya hanya terhimpun pada satu erti. Mereka bercinta dalam perjuangan mendaulatkan Jahiliyyah dan kekufuran terhadap Tuhan.

Mereka ‘bahagia’.

Bahagia pada seiring dan sejalannya mereka menuju Neraka.

Nantikan nasib mereka di Sana!

RASULULLAH S.A.W DAN ISTERI

Itulah contoh teladan utama kita. Uswah Hasanah.

Tiada cacatan pada rumahtangga yang berjaya dan cemerlang itu bermula dengan berpacaran atau cuba-cuba melanggar aturan Tuhan atas nama mencari keserasian. Apa yang ada adalah Taaruf. Apa yang dicatat adalah merealisasikan cinta pada mencintai kebenaran. Dalam kemiskinan, ketika ada harinya dapur rumahtangga itu ketiadaan makanan, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda mengecap kebahagiaan.

Benar sekali… rumahtangga yang tidak ditentukan arah tujunya, adalah rumahtangga yang tidak tentu arah.

Satu jalan menuju ke Syurga.

Satu jalan menuju ke Neraka.

Bahagia, biar sampai ke Syurga.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Read more...

Wednesday, February 10, 2010

Forum Baitulmuslim

Dalam perjalanan pulang dari tutor physical chemistry, aku terlihat satu kaunter di buka di depan Academic Block, Poket D. Banner kecil yang menemani kaunter tersebut tampaknya berjaya menarik perhatianku. Di dadanya tertera " Forum Baitulmuslim"..

" eh, macam kenal je gambar pakcik dua orang dalam banner ni! sorang ni ustaz Hasrizal, sorang lagi Habiburrahman El Shirazy" bisik hati kecilku..

Pada mulanya agak segan untuk singgah di kaunter tersebut gara-gara memikirkan perkataan 'baitulmuslim'..maklumlah, umur pun tak cukup 19 tahun lagi...tapi memikirkan panel yang akan mengupas isu ini bukanlah calang-calang orangnya, aku gagahkan diri untuk bertandang di kaunter tersebut sambil di temani sahabatku Iqbal mewakili 5 orang lagi sahabatku malu-malu kucing..

"em, akak, forum ni agaknya macam mana ye?" soalku kepada akak yang bertugas di kaunter tersebut.

"oh, forum ni akan di sampai oleh dua orang ni ( sambil menunjukkan ke arah wajah yang tercetak di banner)..adik kenal x?

Aku dan Iqbal memberi isyarat "kenal" dengan menganggukkan kepala.

"ringkasnya forum ni akan membahaskan tentang baitulmuslim dan juga bedah buku..Buku-buku yang digunakan contohnya Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Aku Terima Nikahnya..bla..bla" sambungnya..

Seperti biasa, aku dan Iqbal ha nya mengangguk...

Perbualan yang mengambil masa beberapa minit itu berakhir dengan ijab dan kabul

"kami beli noe tiket ni" ijabku

"akak jual " balas akak tersebut....

********************

P/s :Promote sikit
tiket : RM5
tarikh forum : 17 haribulan ni
Lokasi :Chancellor Hall

Read more...

Monday, February 8, 2010

Open your eyes, your heart and your mind...

Thanks to my friend, Hazim for introducing me this song. What a wonderful song.. Subhannallah, so many signs that He show to us...Allahuakbar, allahuakbar...


Open Your Eyes- Maher Zain

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..


When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Read more...

Saturday, February 6, 2010

Beauty of math

Kubelek "mukabuku" cikguku,
kutemui sesuatu :
Subhannallah...
Indahnya perancanganMu..

Read more...

Monday, February 1, 2010

ESQ Preview (UTP)

Pak Firdaus (ESQ trainer)
mempersiapkan laptopnya untuk ESQ Priview

-1 Feb 201o-

Malam tadi aku ke Undercroft, UTP untuk menyaksikan sendiri Priview ESQ yang disampaikan oleh Pak Firdaus (one of the ESQ trainer)...yup, selama ni aku just tahu sedikit shj tentang ESQ..yang aku tahu, ESQ ni merupakan program motivasi yg bagus, menteri2 pun bnyk dah pergi, dan MAHAL..walaupun kalau kat UTP ni PETRONAS dah bg subsidi, tp hrga ttp MAHAL..

Namun begitu, aku belajar something dr priview yang melahap masa selama hampir 2jam setengah ni..at the same time i got a more clearer view about what ESQ all about..

Sedar x sedar, manusia secara fitrahnya dikurniakan dgn 3 potensi yang luar biasa: Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ) dan Spiritual Quatient (SQ)..Pelatihan IQ menjadikan seseorang itu bijak(sbg contoh bijak dalam matapelajaran) manakala EQ melatih orang untuk lebih berperasaan dan berperikemanusiaan..

Bagaimanapula dgn SQ? x bnyk yg kupasan yang disampaikan pak Firdaus tntg SQ mlm ini kerna bakal diterangkan waktu ESQ training session nnt..tetepi secara roughly, pelatihan SQ mengajar seseorang itu untuk sedar hakikat kehidupannya di bumi ini..untuk mengenal siapa dirinya...dan berasakan kehidupan bertuhan..

Persekitaran yang kita diami skg ini menyebabkan ketiga-tiga potensi td membangun secara x seimbang..kita ke sekolah sejak usia 6 tahun lg. 1 tahun tadika, 6 tahun sekolah rndah, 5 tahun sekolah menengah, kemudian ada yang sambung ke U untuk beberapa tahun lg( depend on course and level)..sedar x sedar persekitaran kita hanya dicorak untuk belajar..suasana ini hanya mengasah pembangunan IQ sahaja....melahirkan ramai graduan2 bijak...tp dari sudut EQ dan SQ nya kurang..sbb itu lah ramai yang menganggur...kalau dah kerja pun x lama, then berhenti lantaran x tahu apa sebenarnya yang dirinya mahu...

Kerna kehidupan bukan semata-mata tentang kepandaian, tetapi perasaan dan mengenal hakikat kehidupan.. Insyaallah perkara inilah yang bakal dikupas panjang sewaktu ESQ Training nanti..ada bbrpa perkara lagi yang disampaikan pada malam itu termasuklah sharing yang disampaikan presiden iluvislam.com ,Imran Koyube yang juga merupakan seorang alumni ESQ..

Insyaallah aku akn join program ni nnt..dan kongsikan lagi pengalaman di ESQ training kelak di blog ini...setakat ini saja coretan pada kali ini..

*****
Duit scholar mara x masuk lg...kena berjimat nih kalau nak pi ESQ..(^_^)





Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP