Monday, December 7, 2009

Tadabbur Alam (Gunung Nuang)

Tarikh: 4-6 Disember 2009
Lokasi: Gunung Nuang, Hulu Langat.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....

Mukhayyam kali ini benar2 membekas dijiwaku. Sarat dengan pelbagai ibrah. Sekali gus memotivasikan kembali jiwa yang kian futur. Dalam sedar, terasa begitu manisnya ukhuwah sesama ikhwah-ikhwah lain walaupun ada yang baru sahaja dikenali. Alhamdulillah segala puji kupanjatkan kepada tuhan yang mengikat hati-hati ini dengan kecintaan keranaMu.....

Pendakian kali ini berbeza dengan pendakian yang pernah kualami sebelum ini. Bukan sahaja jasmani yang ditarbiyah, rohani juga tidak ketinggalan. Ada sahaja taujih yang disampaikan dikala berhenti untuk merehatkan jasmani. Sekiranya difikir-fikirkan, jika mengharapkan kekuatan jasmani semata-mata, pasti telah kuberhenti dipertengahan jalan lantaran pendakian yang mencabar. Adakalanya muka menyentuh lutut kerna curamnya gunung yang didaki. Adakalanya diri kesejukan kerna disapa hujan. Barangkali pengisian jiwa inilah yg merangsang kembali jasmani untuk berdiri dan meneruskan perjalanan kepuncak, Alhamdulillah....

Alangkah indahnya nikmat yang dirasai tatkala kaki menjejak puncak setelah bermujahadah mendaki walaupun dalam kesejukan, dan kelaparan...tatkala itu nasi berlaukkan telur rebus pun terasa sedapnya seakan-akan sedapnya nasi minyak di walimah. Terbit dalam diri erti syukur. Bila diuji dengan kesenangan, byk nikmat yang dikurniakanNya kita persiakan, bila diuji dengan kesempitan barulah kita sedar betapa bermaknanya nikmat tersebut...

Satu lagi kenangan di Gunung Nuang yang tidak akan kulupakan ialah ketika sharing moment..
Setiap orang meluahkan perasaan masing-masing..Ketika itu, terasa begitu manisnya ukhuwah..
amat manis...mudah-mudahan ukhuwah yang terbina senantiasa berkekalan..mudah-mudahan berjumpa lagi, jika tidak di dunia, insyaallah di syurga nanti.....

Demikianlah secoret pengalamanku bermukhayyan bersama ikhwah2 yang dapat kunukilkan pada kesempatan kusinggah ke cc kali ini...







4 comments:

fiqOo December 10, 2009 at 2:14 AM  

seronoknya.
teringat masa naik gunung jerai taun lepas.
:)

ADZLAN SYAZNI December 10, 2009 at 2:54 AM  

luqman menjadi semakin gagah perkasa selepas ini!
hahaha...

anon December 11, 2009 at 7:34 AM  

pergh.. bukak sem nanti leh le citer pengisian yg ko dpt kat sana ye....

fityah91 December 12, 2009 at 12:24 AM  

to fiqoo-> yup, terkenang waktu naik gunung jerai..tp gunung jerai lg tinggi la..but for gunung nuang ni treknya even harder compare to track gunung jerai yg kita nek dulu (^_^)

to ferumnori-> yela tu lan oi..haha

to hazim -> insyaallah..igtkan aku nnt

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP