Saturday, December 12, 2009

Pilihan untukmu makhluk bergelar insan..


life is all about making decision..kadangkala kita sedar kita sedang membuat keputusan dan kadangkala kita tidak.. kenapa? kerana membuat pilihan telah menjadi suatu rutin dalam kehidupan kita.



Samalah seperti membawa kereta..kita amat berhati-hati ketika mula belajar memandu. Tatkala enjin mula berderum, pelbagai fikiran menerjah kepala ; bagaimana nak masuk gear, mcm mana nk buat spy x mati enjin kat bukit, minta2lah lampu hijau ja sepanjang perjalanan nnti, aku ni atas trek yg betul atau dah makan jalan org, dan mcm2 lagi..tapi apabila memandu sudah menjadi satu kebiasaan, kita x sedar pun tangan secara automatiknya telah msuk gear, kaki begitu lincah menekan apa yg patut di tekan, tiada lagi kerisauan enjin mati dsb...



Tetapi apa yang ingin saya bawa hari ini adalah 1 perkara yang kita tiada pilihan.... yakni... kita merupakan hamba Allah...nak atau tidak kita tetap adalah hamba allah..this is the only choice that we have..



Pilihan yang ada ialah samaada ingin menjadi hamba Allah yang taat ataupun yang ingkar..


" maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyuci jiwa itu. dan sesugguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (Asy-Syams:8-10)


Sekiranya difikir-fikirkan, tiada langsung alasan di atas muka bumi ini untuk kita menjadi hamba yang ingkar..sedang jasad yang kita miliki ini pun hanyalah pinjaman.. kita maha lemah dan memerlukan banyak bantuan, dan sungguh Allah maha pemurah.. Ar Rahmannya buat seluruh makhluk..siapalah kita di atas muka bumi ini..kita hanyalah sekadar habuk kepada habuk kepada habuk...mana tidaknya, sekiranya dibandingkan kita dgn bumi ini, kita hanyalah umpama habuk, bumi pula ibarat habuk kepda galaksi bima sakti, galaksi bima sakti pula hanyalah ibarat habuk kepada alam semesta ini yang mengandungi berbilion-bilion galaksi...ttp tetap diberikanNya kita nikmat yang banyak..


Namun kadangkala @ selalu kita akan tewas terhadap bisikan nafsu dan godaan syaitan lalu berlaku ingkar..Sesungguhnya sifat pengampun Allah itu melebihi sifat pengampun seluruh makhluknya..bertaubatlah, biar sebesar bukit uhud pun dosamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.. Dan selepas itu berusahalah meniggalkan kemungkaran tersebut, dan terus berusaha dan terus berusaha walaupun kadangkala kita terjatuh juga..Asuhlah hati kita supaya tetap membenci kemungkaran..


Begitu banyak alasan yang ada untuk menjadi hamba yang taat...Adakah kau menemukan alasan untuk menjadi hamba yang ingkar?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP