Sunday, December 27, 2009

Vaksin untuk virus pink..


Kumelihat realiti remaja masakini... Begitu ramai yang telah dijangkiti dengan virus yg kugelar virus pink..asyik dengan pasangan masing2...menumpahkan segala perasaan cinta antara satu sama lain..

Barangkali mereka fikir mereka bahagia...mungkin..
kerna yang berasa bahagia itu adalah nafsu sedang iman terseksa..inilah bahayanya virus pink ; mejadikan indah pada pandangan insan2 yang dijangkitinya akan maksiat yang dilakukan..

Setelah kutelusuri masalah ini, kudapati virus pink ini menjangkiti remaja2 yang tidak tahu mengalirkan perasaan cinta kearah yang sepatutnya...jika kecil dahulu perasaan ini hanya untuk ibu dah ayah, bila meningkat remaja ia mula beralih arah...sayangnya remaja sering tersalah arah..kerna itulah mereka perlu dibimbing...

Aku dapati virus ini dapat diubati dengan suatu vaksin..
yakni vaksin usrah..
Dalam usrah remaja2 ini akan lebih terbimbing...perasaan cinta dapat disalurkan dengan betul kepada ahli2 usrah...alangkah untungnya bila dapat merasai manisnya ukhuwah serta redha dari Ilahi?..

Bagiku sudah cukup usrah sebagai pengganti kepada virus pink...x perlu nak ber'couple'..kerna ia mengundang murka Ilahi..

****
Buat mereka yang telah pun terkesan dengan usrah..teruskan berada didalam biah yang baik ini sebagai pembimbing diri kalian..manfaatkannya sebaik mungkin...insyaallah usrah merupakan medan yang baik dalam membentuk jati diri...

Buat yang belum...aku hanyalah sekadar memberi pandangan ..sesungguhnya virus pink bukanlah satu2nya virus yang menyerang kita, malahan banyak lagi virus yang lain..dan aku melihat usrah sebagai satu alternatif yang amat baik untuk menghadapi segala virus2 tersebut..

****
p/s: kadang2 aku terfikir...bagaimanakah agaknya hidupku tanpa usrah yang aku ikuti skg ini?

Read more...

Sunday, December 20, 2009

Selamatkan diri ! Api ! Api !....



"Nun di sana kelihatan api sedang marak membakar rumah yang masih berisi dengan insan-insan di dalamnya.. kebanyakannya masih lena diulit mimpi indah dalam keadaan tidak sedarkan diri..sedang bahaya mendekati dari segenap arah..ada juga yang telah di hempap dengan runtuhan papan-papan yang rebah dek dimamah api, tapi masih bernyawa..


Syukurlah ada beberapa insan pilihan tersedar dari terus lena...Jumlah mereka hanyalah segelintir jika nak dibandingkan dengan jumlah insan yang terus tidak sedarkan diri..berusaha untuk menyedarkan insan-insan lain..dan membawa mereka jauh...jauh dari bahaya...."

*****
Inilah ibaratnya kehidupan yang kita lalui masa kini...
umpama buih di lautan banyaknya manusia islam
yang masih tidak sedar bahawa mereka sedang dan sentiasa di serang dari segenap arah..
baik yang terlihat(jarum-jarum kafir laknatullah yang menusuk fikiran berupa budaya hedonisme, seks bebas, pakaian-pakaian yang tidak menutup aurat dsb)
maupun yang tersirat (bisikan syaitan dan nafsu)..
Yang mana setiap kali kemungkaran ini dilakukan mendekatkan lagi pelakunya kepada bahaya yang lebih besar yakni, NERAKA..
Mujurlah masih ada golongan yang menyedari bahana bahaya ini..
mereka sentiasa berusaha menangkis serangan-serangan ini dengan sedaya-upaya baik yang datang kepada mereka mahupun kepada insan-insan lain...bermujahadah untuk menyelamatkan insan-insan yang sedang "lena" ..merekalah para daie yang menyeru kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran...
"kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada allah..." (Al-imran:110)
*****
Buat para daie
Bersabarlah dalam menyeru insan-insan yang didakwahi..sesugguhnya kalian menyeru mereka ke arah suatu yang tidak ternilai harganya..
"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka.." (At-Taubah:42)
Bukan kerna malapnya bintang membuatkan ia tidak kelihatan di malam hari,
tapi kerna pekatnya awan yang melindungi sinarnya..
berdoalah kepada Allah agar dihilangkan halangan-halangan yang menyekat pandangan mata hati mereka sehingga mereka dapat melihat dengan sejelas-jelasnya akan bahaya yang menyerang mereka serta jalan keluar dari bahaya tersebut..
******
Buat insan-insan yang masih lena dibuai mimpi
Ayuh, sedarlah!..kehidupan ini hanya sementara..jangan terus membiarkan diri digelumangi perkara-perkara lagha dan maksiat.. sesugguhnya tempat kembali kita hanyalah pada Allah..dan di sana kita akan dinilai nanti..yang mana penghujungya cuma dua pilihan..
yakni
SYURGA atau NERAKA





Read more...

Saturday, December 12, 2009

Pilihan untukmu makhluk bergelar insan..


life is all about making decision..kadangkala kita sedar kita sedang membuat keputusan dan kadangkala kita tidak.. kenapa? kerana membuat pilihan telah menjadi suatu rutin dalam kehidupan kita.



Samalah seperti membawa kereta..kita amat berhati-hati ketika mula belajar memandu. Tatkala enjin mula berderum, pelbagai fikiran menerjah kepala ; bagaimana nak masuk gear, mcm mana nk buat spy x mati enjin kat bukit, minta2lah lampu hijau ja sepanjang perjalanan nnti, aku ni atas trek yg betul atau dah makan jalan org, dan mcm2 lagi..tapi apabila memandu sudah menjadi satu kebiasaan, kita x sedar pun tangan secara automatiknya telah msuk gear, kaki begitu lincah menekan apa yg patut di tekan, tiada lagi kerisauan enjin mati dsb...



Tetapi apa yang ingin saya bawa hari ini adalah 1 perkara yang kita tiada pilihan.... yakni... kita merupakan hamba Allah...nak atau tidak kita tetap adalah hamba allah..this is the only choice that we have..



Pilihan yang ada ialah samaada ingin menjadi hamba Allah yang taat ataupun yang ingkar..


" maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyuci jiwa itu. dan sesugguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (Asy-Syams:8-10)


Sekiranya difikir-fikirkan, tiada langsung alasan di atas muka bumi ini untuk kita menjadi hamba yang ingkar..sedang jasad yang kita miliki ini pun hanyalah pinjaman.. kita maha lemah dan memerlukan banyak bantuan, dan sungguh Allah maha pemurah.. Ar Rahmannya buat seluruh makhluk..siapalah kita di atas muka bumi ini..kita hanyalah sekadar habuk kepada habuk kepada habuk...mana tidaknya, sekiranya dibandingkan kita dgn bumi ini, kita hanyalah umpama habuk, bumi pula ibarat habuk kepda galaksi bima sakti, galaksi bima sakti pula hanyalah ibarat habuk kepada alam semesta ini yang mengandungi berbilion-bilion galaksi...ttp tetap diberikanNya kita nikmat yang banyak..


Namun kadangkala @ selalu kita akan tewas terhadap bisikan nafsu dan godaan syaitan lalu berlaku ingkar..Sesungguhnya sifat pengampun Allah itu melebihi sifat pengampun seluruh makhluknya..bertaubatlah, biar sebesar bukit uhud pun dosamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun.. Dan selepas itu berusahalah meniggalkan kemungkaran tersebut, dan terus berusaha dan terus berusaha walaupun kadangkala kita terjatuh juga..Asuhlah hati kita supaya tetap membenci kemungkaran..


Begitu banyak alasan yang ada untuk menjadi hamba yang taat...Adakah kau menemukan alasan untuk menjadi hamba yang ingkar?

Read more...

Monday, December 7, 2009

Tadabbur Alam (Gunung Nuang)

Tarikh: 4-6 Disember 2009
Lokasi: Gunung Nuang, Hulu Langat.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....

Mukhayyam kali ini benar2 membekas dijiwaku. Sarat dengan pelbagai ibrah. Sekali gus memotivasikan kembali jiwa yang kian futur. Dalam sedar, terasa begitu manisnya ukhuwah sesama ikhwah-ikhwah lain walaupun ada yang baru sahaja dikenali. Alhamdulillah segala puji kupanjatkan kepada tuhan yang mengikat hati-hati ini dengan kecintaan keranaMu.....

Pendakian kali ini berbeza dengan pendakian yang pernah kualami sebelum ini. Bukan sahaja jasmani yang ditarbiyah, rohani juga tidak ketinggalan. Ada sahaja taujih yang disampaikan dikala berhenti untuk merehatkan jasmani. Sekiranya difikir-fikirkan, jika mengharapkan kekuatan jasmani semata-mata, pasti telah kuberhenti dipertengahan jalan lantaran pendakian yang mencabar. Adakalanya muka menyentuh lutut kerna curamnya gunung yang didaki. Adakalanya diri kesejukan kerna disapa hujan. Barangkali pengisian jiwa inilah yg merangsang kembali jasmani untuk berdiri dan meneruskan perjalanan kepuncak, Alhamdulillah....

Alangkah indahnya nikmat yang dirasai tatkala kaki menjejak puncak setelah bermujahadah mendaki walaupun dalam kesejukan, dan kelaparan...tatkala itu nasi berlaukkan telur rebus pun terasa sedapnya seakan-akan sedapnya nasi minyak di walimah. Terbit dalam diri erti syukur. Bila diuji dengan kesenangan, byk nikmat yang dikurniakanNya kita persiakan, bila diuji dengan kesempitan barulah kita sedar betapa bermaknanya nikmat tersebut...

Satu lagi kenangan di Gunung Nuang yang tidak akan kulupakan ialah ketika sharing moment..
Setiap orang meluahkan perasaan masing-masing..Ketika itu, terasa begitu manisnya ukhuwah..
amat manis...mudah-mudahan ukhuwah yang terbina senantiasa berkekalan..mudah-mudahan berjumpa lagi, jika tidak di dunia, insyaallah di syurga nanti.....

Demikianlah secoret pengalamanku bermukhayyan bersama ikhwah2 yang dapat kunukilkan pada kesempatan kusinggah ke cc kali ini...







Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP