Saturday, October 3, 2009

Jangan terus jatuh..

0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Garisan paksi x dan paksi y telah dilakar. Titik2 'mutabaah amal' selesai dipindahkan ke graph, lantas tangan mengeratkan genggaman pensel lalu menyambung titik2 tersebut satu persatu secara free hand membentuk garisan. Analisis bermula.

"Alamak, ini petanda x baik ni. Gradient(kecuraman) graph 'mutabaah amal' semakin menurun belakangan ni''

Langsung pensel di genggam semula, tapi kali ini ditemani dengan kehadiran pembaris. Titik puncak 'mutabaah amal' di kesan. Dengan bantuan pembaris, satu garisan menegak di unjurkan ke paksi x. Analisis bermula sekali lagi.

''hm, nampaknya graph mula menurun sejak berakhirnya ramadhan..kenapa ya?

Lantas minda berazam mencari jawapan. Langkah diatur satu persatu. Mencari dimana sebab jatuhnya graph. Akhirnya jawapan ditemui di mimbar jumaat. Khatib berkhutbah:

..adapula golongan yang bersungguh-sungguh beribadah di bulan ramadhan.. tidak kita bertemu mereka melainkan mereka dalam keadaan ruku', sujud, dan menangis memohon keampunan kepada Sang Pencipta...sehinggakan kita jatuh hati kepada mereka...tetapi apabila ramdhan meninggalkan mereka, mereka berubah...tidak lagi kita bertemu mereka dalam keadaan yang membuatkan kita jatuh hati, malah kita menjadi benci..bulan ramadhan umpama "penjara ibadah" bagi mereka..habisnya ramadhan bermakna mereka bebas..bebas daripada "penjara ibadah"...



di mana silapnya?silapnya dari awal lagi..niatnya..niat untuk beribadah di bulan ramadhan tidak ditujukan kepada allah secara mutlak..mereka berusaha meningkatkan kuantiti mahupun kualiti amalan mereka kerana mereka berada dibulan ramadhan, bukan sepenuhnya kerana Allah..justeru semangat beribadah semakin luntur dibulan yang lain..kenapa? kerana bulan yang lain bukan bulan ramadhan...umpamanya mereka hanya mengiktiraf Allah pada bulan ramadhan..barangkali mereka terlupa, Allah juga tuhan Syawal, tuhan Zulkaedah, tuhan Zulhijjah dan tuhan bulan-bulan yang lain..



Tersentak hati apabila mendengar khatib berkhutbah..niat..salah di sini rupanya.. benarlah sabdanya Rasulullah saw yang berbunyi:

"Dari Amirul Mukminin, Umar bin Khatthab radhiallahu 'anhu, beliau berkata: Sesungguhnya seluruh amalan itu bergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapatkan ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barang siapa yang berhijrah karena Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya menuju keridhaan Allah dan rasul-Nya. Barang siapa yang berhijrah karena mencari dunia atau karena ingin menikahi seorang wanita, maka hijrahnya tersebut kepada apa yang diatuju." (HR. Bukhari no. 1, Muslim no. 155, 1907)



Syukur alhamdulillah, sebab jatuhnya graph telah ditemui..harap bersemangat semula untuk bertaqrrub diri kepadanya selepas ini..Rasulullah saw bersabda:

" Setiap amalan ada kemuncaknya, setiap kemuncak akan menurun barang siapa yang menurun kepada sunnahku sesungguhnya dia mendapat petunjuk"

Imam Ahmad.


Andaikata graph jatuh sekalipun, janganlah jatuh merudum sehingga terkeluar dari landasan sunnah Rasulullah saw...sehingga kita mula meninggalkan sunnah, diikuti perkara wajib dan seterusnya terbiasa dengan kemungkaran..jangan dibiarkan terus jatuh sehingga mencecah angka negatif....mudah-mudahan dalam jatuh kita masih diberi hidayah-Nya untuk naik semula..dan apabila jatuh lagi, kita dinaikkan semula sekali lagi..dan seterusnya kerna hakikat iman itu bertambah dan berkurang..dan apabila kita bertemu ajal kelak,mudah-mudahan graph kita dalam keadaan menaik..



p/s: Ramadhan bulan mujahid, begitu juga bulan2 yang lain..jadi tiada istilah untuk menjadi mujahat di bulan selain ramadhan..

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP