Friday, September 25, 2009

Jom puasa sunat enam















Mari sama2 kita berpijak diatas penimbang berat dan lihat apa bacaannya..ops, dah meningkat la..

Bagaimana pula dgn ukuran pinggang?..apa! ukuran pinggang directly proportional dgn berat badan!!

Ksian perut kita di syawal ini...di lanyak selanyak-lanyaknya dgn makanan yg x henti2 menghujani utk dicerna..so, what should we do?

(just an intro utk motivate diri kita utk berpuasa sunat di syawal ini. bukan tujuan utama melaksanakn ibdah sunat ini..sesugguhnya hnya utk Allah kita niatkan segala sesuatu)


Puasa sunat selama 6 hari di bulan syawal amat digalakkan sesuai dgn sabda baginda yg berbunyi

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]

Bayk lg fadhilat yg tersirat di sebalik puasa sunat syawal selain drpd apa yg disabdakan Rasulullah saw spt di atas..Antara kelebihan yg lain ialah

1) Mengimbangi kembali sistem perncernaan kita yg mengalami "syawal shock" .
( Ramadhan{perut berehat}
+menjelang Syawal {perut dihentam dgn makanan yg dtg bertalu-talu} = sistem
pencernaan x seimbang...jadi,dgn puasa 6, sistem pencernaan dpt di seimbangkan semula )

2) Sbg tanda amalan di bulan ramdhan diterima Allah. (Apabila Allah menerima amalan seseorang itu,
pasti Dia mudahkan lg insan tersebut untuk berasa ringan melakukan ketaatan2 yg lain)

3)
kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

4)Diampunkan dosa
(Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar
r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayiyang baru dilahirkan oleh ibunya.”
)

Jadi, apa tunggu lagi..yuk kita berpuasa sunat syawal (^_^)

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

p/s: utk maklumat lanjut tentang puasa sunat 6, boleh rujuk di link2 berikut 1- http://hafizfirdaus.com/index.php?option=com_content&task=view&id=92&Itemid=9 2- http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/17/puasa-qadha-puasa-enam-syawal/

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP