Sunday, September 27, 2009

Khutbah terakhir Rasulullah saw




Hari ini hari ke 5 aku di rumah kakakku..sebaik mendengar azan dikumandangkan, aku terus ke surau..di sana, tiba2 mataku terpaku ke arah dinding yg mana terdapat sebuah frame bersandar padanya..rupanya terukir khutbah terakhir Rasulullah saw di dlm frame itu..lantas aku membacanya..

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

subhanallah, kasihnya baginda kpd kita..semoga pesanan baginda menjadi ibrah utk kita...

Read more...

Friday, September 25, 2009

Jom puasa sunat enam















Mari sama2 kita berpijak diatas penimbang berat dan lihat apa bacaannya..ops, dah meningkat la..

Bagaimana pula dgn ukuran pinggang?..apa! ukuran pinggang directly proportional dgn berat badan!!

Ksian perut kita di syawal ini...di lanyak selanyak-lanyaknya dgn makanan yg x henti2 menghujani utk dicerna..so, what should we do?

(just an intro utk motivate diri kita utk berpuasa sunat di syawal ini. bukan tujuan utama melaksanakn ibdah sunat ini..sesugguhnya hnya utk Allah kita niatkan segala sesuatu)


Puasa sunat selama 6 hari di bulan syawal amat digalakkan sesuai dgn sabda baginda yg berbunyi

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]

Bayk lg fadhilat yg tersirat di sebalik puasa sunat syawal selain drpd apa yg disabdakan Rasulullah saw spt di atas..Antara kelebihan yg lain ialah

1) Mengimbangi kembali sistem perncernaan kita yg mengalami "syawal shock" .
( Ramadhan{perut berehat}
+menjelang Syawal {perut dihentam dgn makanan yg dtg bertalu-talu} = sistem
pencernaan x seimbang...jadi,dgn puasa 6, sistem pencernaan dpt di seimbangkan semula )

2) Sbg tanda amalan di bulan ramdhan diterima Allah. (Apabila Allah menerima amalan seseorang itu,
pasti Dia mudahkan lg insan tersebut untuk berasa ringan melakukan ketaatan2 yg lain)

3)
kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.

4)Diampunkan dosa
(Menerusi hadis lain yang dikeluarkan At-Tabrani dengan sanadnya daripada Ibnu Umar
r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa pada Ramadan dan diiringi dengan puasa enam hari pada Syawal, nescaya hilang segala dosanya seperti bayiyang baru dilahirkan oleh ibunya.”
)

Jadi, apa tunggu lagi..yuk kita berpuasa sunat syawal (^_^)

"Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam golongan orang yang merindui Ramadhan kerana kami sedar di syurga terdapat sebuah pintu bernama Ar-Rayyan yang tidak boleh dimasuki oleh sesiapa kecuali orang yang berpuasa saja. Kami juga sedar Ya Allah bahawa puasa merupakan benteng terkuat dari azab neraka. Oleh itu jadikanlah kami orang yang rajin mengerjakan puasa wajib dan sunatnya. Kau peliharakanlah kami dari azab api neraka yang tidak mampu bagi kami untuk menanggungnya.." Amin.

p/s: utk maklumat lanjut tentang puasa sunat 6, boleh rujuk di link2 berikut 1- http://hafizfirdaus.com/index.php?option=com_content&task=view&id=92&Itemid=9 2- http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/17/puasa-qadha-puasa-enam-syawal/

Read more...

Muhasabah diri di syawal

Resah menyelubungi diri tatkala mengimbau kembali fiilku di jendela syawal ini. Lain sekali perilakuku di aidilfitri ini jika nak dibandingkan dgn apa yg telah ku usahakan di madrasah ramdhan yg baru 6 hari melambai pergi...seolah-olah deruman enjin mujahadah untuk melawan nafsu dan bisikan syaitan menjadi semakin perlahan...

Kuambil masa sebentar untuk bermuhasabah diri..sedar hakikat bahawa hati mulai semakin keras...

mungkin kerna tgn ini x henti2 mencapai kuih muih di dalam balang yang sepatutnya dihidangkan kepada tetamu yg datang melawat. perut kempis jadi bulat..jesteru hati menjadi semakin malap..badan bertambah berat..nk pi masjid pun x larat..tambahan pula mata di jamu pemudi yg berpakaian ketat-ketat (ya allah berilah kekuatan kepadaku untuk menundukkan pandngan terhadap perkara2 yg engkau haramkan utk mata ini)..

Katakanlah kepada laki-laki yg beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya:yg demikian itu lebih suci bagi mereka.sungguh Allah maha mengetahui apa yg mereka perbuat (annur:30)

Pada kesempatan Engkau mengingatkan diri ini Ya Allah..Kau suburkanlah kembali semangat ini untuk terus beristiqamah mentaatiMu..ringan badan utk beribadah kpdMu..kekuatan utk meninggalkan kemaksiatan yg mengundang kemurkaanMu..

Ya Allah,
semoga di kemeriahan Syawal ini
Hati kami tetap di madrasah Ramadan
Dalam alpa dan berdosa… kami takut
Dalam ingat dan taat… kami harap
Takut kemurkaan-MU!
Harap keampunan-MU!

Semoga segala yg baik 'di madrsah tarbiyah' dapat dikekalkan untuk menempuh 11 bulan yg mendatang...





p/s: sampai bila nk bersugguh-sungguh beribadah "HANYA" pd bulan ramdhan?bagaimana pula bulan yg lain?

Read more...

Thursday, September 24, 2009

Petang pertama

assalamualaikum...
Akhirnya kuzahirkan jua impian yg kupendam sejak 2 bulan yg lepas untuk bergelumang dalam arena blog ni. Namun tiba2 fakulti akalku ini ketandusan idea untuk di post dalam blog ni umpama 'otak blackout' saat nak buat esei english waktu exam dulu...
Lama aku bermenung depan pc baru abangku ni memburu idea2 utk di post, tp x kutemui..Sah otakku tgh 'jem' skg ni(macam jem kat lebuh raya lima hari yg lalu saat 29 ramdhan tiba)..mungkin kepenatan agaknya...baiklah, it seem better for me utk mengundurkan diri dulu skg dan mengemaskini blog ni pada kesempatan yg lain..ilal liqo..



Read more...

  © Blogger template PingooIgloo by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP